MANZIL
MANZIL'
mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah
SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa
jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari
sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS
SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana
Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan
Tirmizi.
Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama
Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya
Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa
penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab
orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama
Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat
Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat
Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul
haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama
surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah
al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.
Fadhilat Manzil ini
terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang,Manzil ini sangat
mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk
mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut
ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini
diminum oleh pesakit.
Suatu perkara yang sgt penting dalam
mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh
tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT).Sejauh mana
seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah
amalan ini akan memberi manfaat .Tiadak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH
SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
UNTUK BERAMAL DENGAN MANZIL ADALAH LEBIH BAIK MENDAPATKANNYA SECARA BERTALAQQI
Cara beramal :
Diamalkan 3x sehari, iaitu selepas solat subuh, asar dan maghrib/isyak/sebelum tido
Niat beramal semata-mata kerana Allah, minta Allah sembuhkn penyakit,
minta Allah segarkan tubuh, minta Allah jaga diri dan keluarga.
No comments:
Post a Comment