TANDA TANDA GANGGUAN JIN

Tanda-Tanda Gangguan Jin

Gangguan Umum:
1.Badan terasa berat dan malas.
2.Sukar tidur malam.
3.Bermimpi tempat tinggi.
4.Bermimpi seram yang menakutkan.
5.Mengantuk bila dengar Al-Quran.
6.Selalu ditindih ketika tidur.
7.Mimpi melihat binatang seperti ular
 dan sebagainya.
8.Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
9.Suka melakukan tabiat buruk.


Gangguan Sihir:
1.Sakit kepala selepas asar keatas.
2.Sukar mendapat jodoh.
3.Sikap berubah secara mendadak
4.Sakit dada bila waktu asar ke atas
5.Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas asar.
6.Suami isteri bertengkar walau perkara kecil
7.Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
8.Batuk yang berpanjangan.
9.Terlalu rendah diri dan tidak berkeyakinan.
10.Mandul.
11.Gagal melakukan hubungan kelamin.
12.Badan terasa bisa-bisa.
13.Sakit mental/gila.

Gangguan Saka:
1.Sakit ketika ziarah orang meninggal.
2.Panas baran.
3.Kerap sedawa bila mendengar Al-Quran.
4.Bermimpi bayi/ menyusukan bayi (bagi perempuan)
5.Bermimpi arwah moyang/datuk/ayah beri barang(seperti pedang) untuk pelindung diri.
6.Nyanyuk ketika usia lanjut.
7.Kerap keguguran.
8.Melihat jin secara terus. (ada perbahasan samaada saka/sihir/kasyaf)
9.kerap mendengar sesuatu bisikan.

 

Gangguan Asyik:
1.Selalu bermimpi tempat-tempat kotor.
2.Selalu bermimpi tandas.
3.Suka berada lama dalam tandas.
4.Sukar mendapat jodoh.
5.Sakit pinggang tanpa sebab.

 





Beramal ilmu salah:
1.Sakit mental/gila.
2.Nafsu seksual yang melampau.




 











Rumah berhantu:
1.Selalu melihat kelibat dalam rumah.
2.Bunyi guli jatuh atas syiling pada waktu malam.
3.Bunyi perabot dialihkan walaupun tiada siapa yang buat pada waktu malam.
4.Bunyi bertukang pada waktu malam
5.Bayi kerap menangis.




 




#Tanda-tanda ini bukan bukti secara total sama ada seseorng itu bersaka/ disihir/ mempunyai jin asyik/ sebagainya. Tetapi tanda-tanda ini merupakan telaan awal untk memastikan apa jenis gangguan dan apa kaedah rawatan yang sesuai. Yang pasti pesakit perlu diruqyah, tidak kira sama ada dia ada saka/ sihir / asyik. Tanda-tanda ini merupakan sebahagian daripada tanda-tanda gangguan jin.

RAWATAN ISLAM PENYAKIT KULIT

Bukan gambar sebenar kejadian

Pesakit semalam yang dirawat oleh team kami menghadapi satu penyakit misteri. Disebabkan banyak tempat dah di ikhtiar keluarga utk dirawat, maka dia cuba berikhtiar bekam juga sebagai rawatan islam. Pesakit mempunyai penyakit kulit yg kritikal.. Tapi misteri..misteri dari segi wujudnya penyakit kulit tu bermusim.. Penyakit ni dideritai pesakit sejak umur 12 tahun.. Dia punya kulit tu nak katanya melepuh kemerah merahan tanpa sebarang sebab.. Di kaki di pinggang di tangan dan di muka
Kaki nya membengkak sehingga sukar untuk pesakit menggerakkan kakinya.. Yang lebih kritikal sebelum ni.. 


Sehinggakan kulit yang luka itu bernanah hampir seluruh badan.. Sehinggakan terpaksa di masukkan ke wad utk dibalut kan tangan dan kaki dan juga anggota yg terkena penyakit kulit tersebut.. Yang aneh, apabila Dr hospital tidak dapat mengesahkn penyakit yang dideritai pesakit.. Memang sedih tgokk keadaan pesakit.. Tidak dapat nak berjalan sempurna solat pun diatas kerusi.. Umur baru 25 tahun

Nk katanya kulit tu ibarat mcm luka eksiden yg teruk.. Sgt merah.. Kata ibu dia penyakit ni..datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu je.. Jika hilang, memang tak nampk macam mempunyai penyakit kulit

Kami mulakan rawatan dengan membekam dan teknik sedutan menggunakan cup bekam di kawasan kulit yang tidak mempunyai sakit.. Setelah selesai, kami mulakan rukyah dan pesakit muntah sewaktu rukyah, sedawa dan juga mengeluarkan bunyi hisssing sound... Macam bunyi ularr

Kami teruskan dengan teknik tarik dan buang di sekitar kaki dan badan pesakit.. Alhamdulillah pesakit merasa lega sedikit... Kaki terasa ringan sikit berbanding sebelum rawatan.. Badan pesakit juga makin kurang panas berbanding sebelum rawatan kami. Pesakit mengamalkan mandian daun bidara.

Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu

DARUL MUALLIJ ARCHERY NEWS UPDATE




Ayuh semua ke Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu pada 13 & 14 Disember 2014 sempena cuti sekolah di Ladang Alam Warisan. Peluang yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak anda dengan memberi pendedahan kepada mereka kepada sejarah warisan bangsa Melayu dan juga riadah sunnah seperti memanah dan berkuda.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk seisi keluarga. Antara aktivitinya adalah:


1. Taman Tema Mini untuk kanak-kanak bermandi-manda (soopa
doopa & giant bubble)
2. Permainan tradisional seperti congkak, galah panjang, & baling tin
3. Sukaneka
4. Santai Berkuda & Memanah
5. Pameran & Jualan
6. Persembahan Nasyid & Qasidah
7. Persembahan kebudayaan
8. Seminar dan majlis ilmu mengenai Zaman Kegemilangan Melayu
9. Pertandingan Silat Tari & Busana Terindah


Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir.


Jumpa anda di sana In sha Allah

Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Ketiga 2014.

DARUL MUALLIJ ARCHERY NEWS UPDATE


Tarikh: 9 Disember-13 Disember 2014
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra,Kangar,Perlis.

Jom sertai!!!
Buat semua peminat-peminat sukan memanah



JADUAL TERKINI AKTIVITI MEMANAH DARUL MUALLIJ

Upcoming Event DM ARCHERY Disember 2014



Program Bulan Ini

Program : Kem Pra Tahfiz
Tarikh: 12 Disember 2014 
Hari: Jumaat 
Tempat : Masjid Al-Hidayah 


Program: PASTI
Tarikh: 19 Disember 2014
Hari: Jumaat
Tempat: Pasti As-Syakirin


Program: Kem Cuti Sekolah
Tarikh: 21 Disember 2014
Hari: Ahad
Tempat: Surau Kampung Kuantan

ANDA BERMINAT SERTAI KAMI?
sila hubungi Ustaz Hassan
017- 238 1956 / 019- 207 0213