AMALAN MANZIL
MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.
Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.
Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang,Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini diminum oleh pesakit.
Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tiadak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
UNTUK BERAMAL DENGAN MANZIL ADALAH LEBIH BAIK MENDAPATKANNYA SECARA BERTALAQQI
Cara beramal :
Diamalkan 3x sehari, iaitu selepas solat subuh, asar dan maghrib/isyak/sebelum tido
Niat beramal semata-mata kerana Allah, minta Allah sembuhkn penyakit, minta Allah segarkan tubuh, minta Allah jaga diri dan keluarga.
Labels:
Kaedah Rawatan
TANDA TANDA GANGGUAN JIN
Tanda-Tanda Gangguan Jin
Gangguan Saka:
Gangguan Umum:
1.Badan terasa berat dan malas.
2.Sukar tidur malam.
3.Bermimpi tempat tinggi.
4.Bermimpi seram yang menakutkan.
5.Mengantuk bila dengar Al-Quran.
6.Selalu ditindih ketika tidur.
7.Mimpi melihat binatang seperti ular
dan sebagainya.
8.Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
9.Suka melakukan tabiat buruk.
Gangguan Sihir:
1.Sakit kepala selepas asar keatas.
2.Sukar mendapat jodoh.
3.Sikap berubah secara mendadak
4.Sakit dada bila waktu asar ke atas
5.Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas asar.
6.Suami isteri bertengkar walau perkara kecil
7.Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
8.Batuk yang berpanjangan.
9.Terlalu rendah diri dan tidak berkeyakinan.
10.Mandul.
11.Gagal melakukan hubungan kelamin.
12.Badan terasa bisa-bisa.
13.Sakit mental/gila.
Gangguan Saka:
1.Sakit ketika ziarah orang meninggal.
2.Panas baran.
3.Kerap sedawa bila mendengar Al-Quran.
4.Bermimpi bayi/ menyusukan bayi (bagi perempuan)
5.Bermimpi arwah moyang/datuk/ayah beri barang(seperti pedang) untuk pelindung diri.
6.Nyanyuk ketika usia lanjut.
7.Kerap keguguran.
8.Melihat jin secara terus. (ada perbahasan samaada saka/sihir/kasyaf)
9.kerap mendengar sesuatu bisikan.
Gangguan Asyik:
1.Selalu bermimpi tempat-tempat kotor.
2.Selalu bermimpi tandas.
3.Suka berada lama dalam tandas.
4.Sukar mendapat jodoh.
5.Sakit pinggang tanpa sebab.
Beramal ilmu salah:
1.Sakit mental/gila.
2.Nafsu seksual yang melampau.
Rumah berhantu:
1.Selalu melihat kelibat dalam rumah.
2.Bunyi guli jatuh atas syiling pada waktu malam.
3.Bunyi perabot dialihkan walaupun tiada siapa yang buat pada waktu malam.
4.Bunyi bertukang pada waktu malam
5.Bayi kerap menangis.
#Tanda-tanda ini bukan bukti secara total sama ada seseorng itu bersaka/ disihir/ mempunyai jin asyik/ sebagainya. Tetapi tanda-tanda ini merupakan telaan awal untk memastikan apa jenis gangguan dan apa kaedah rawatan yang sesuai. Yang pasti pesakit perlu diruqyah, tidak kira sama ada dia ada saka/ sihir / asyik. Tanda-tanda ini merupakan sebahagian daripada tanda-tanda gangguan jin.
Labels:
Alam Jin
RAWATAN ISLAM PENYAKIT KULIT
![]() |
| Bukan gambar sebenar kejadian |
Kaki nya membengkak sehingga sukar untuk pesakit menggerakkan kakinya.. Yang lebih kritikal sebelum ni..
Sehinggakan kulit yang luka itu bernanah hampir seluruh badan.. Sehinggakan terpaksa di masukkan ke wad utk dibalut kan tangan dan kaki dan juga anggota yg terkena penyakit kulit tersebut.. Yang aneh, apabila Dr hospital tidak dapat mengesahkn penyakit yang dideritai pesakit.. Memang sedih tgokk keadaan pesakit.. Tidak dapat nak berjalan sempurna solat pun diatas kerusi.. Umur baru 25 tahun
Nk katanya kulit tu ibarat mcm luka eksiden yg teruk.. Sgt merah.. Kata ibu dia penyakit ni..datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu je.. Jika hilang, memang tak nampk macam mempunyai penyakit kulit
Kami mulakan rawatan dengan membekam dan teknik sedutan menggunakan cup bekam di kawasan kulit yang tidak mempunyai sakit.. Setelah selesai, kami mulakan rukyah dan pesakit muntah sewaktu rukyah, sedawa dan juga mengeluarkan bunyi hisssing sound... Macam bunyi ularr
Kami teruskan dengan teknik tarik dan buang di sekitar kaki dan badan pesakit.. Alhamdulillah pesakit merasa lega sedikit... Kaki terasa ringan sikit berbanding sebelum rawatan.. Badan pesakit juga makin kurang panas berbanding sebelum rawatan kami. Pesakit mengamalkan mandian daun bidara.
Labels:
Kaedah Rawatan
Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu
DARUL MUALLIJ ARCHERY NEWS UPDATE
Ayuh semua ke Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu pada 13 & 14 Disember 2014 sempena cuti sekolah di Ladang Alam Warisan. Peluang yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak anda dengan memberi pendedahan kepada mereka kepada sejarah warisan bangsa Melayu dan juga riadah sunnah seperti memanah dan berkuda.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk seisi keluarga. Antara aktivitinya adalah:
1. Taman Tema Mini untuk kanak-kanak bermandi-manda (soopa
doopa & giant bubble)
2. Permainan tradisional seperti congkak, galah panjang, & baling tin
3. Sukaneka
4. Santai Berkuda & Memanah
5. Pameran & Jualan
6. Persembahan Nasyid & Qasidah
7. Persembahan kebudayaan
8. Seminar dan majlis ilmu mengenai Zaman Kegemilangan Melayu
9. Pertandingan Silat Tari & Busana Terindah
Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir.
Jumpa anda di sana In sha Allah
Ayuh semua ke Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu pada 13 & 14 Disember 2014 sempena cuti sekolah di Ladang Alam Warisan. Peluang yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak anda dengan memberi pendedahan kepada mereka kepada sejarah warisan bangsa Melayu dan juga riadah sunnah seperti memanah dan berkuda.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk seisi keluarga. Antara aktivitinya adalah:
1. Taman Tema Mini untuk kanak-kanak bermandi-manda (soopa
doopa & giant bubble)
2. Permainan tradisional seperti congkak, galah panjang, & baling tin
3. Sukaneka
4. Santai Berkuda & Memanah
5. Pameran & Jualan
6. Persembahan Nasyid & Qasidah
7. Persembahan kebudayaan
8. Seminar dan majlis ilmu mengenai Zaman Kegemilangan Melayu
9. Pertandingan Silat Tari & Busana Terindah
Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir.
Jumpa anda di sana In sha Allah
Labels:
Kaedah Rawatan
Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Ketiga 2014.
DARUL MUALLIJ ARCHERY NEWS UPDATE
Labels:
PERHIDMATAN MEMANAH
Subscribe to:
Posts (Atom)











