yasin

Yaasin Fadhilah

Selain Yaasin 40 dan Yaasin Tunggal, Yaasin Fadhilah (Yasin Fadhilat) juga ialah bacaan yaasin yang juga dibacakan untuk hamba Allah yang sedang sakaratul maut atau dalam koma. Dalam perubatan islam, semua Yaasin boleh digunakan untuk pesakit saka yang sukar sakaratul maut. Insya Allah


Kelebihan Surah Yasin

1. Apabila orang lapar membaca Surat Yassin, ia menjadi kenyang.
2. Jika orang tidak mempunyai pakaian akan mendapat pakaian.
3. Jika orang belum menikah, segera mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan akan hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat, sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Rasulullah Saw telah bersabda, “Bacalah Surat Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surat Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surat Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

Malaikat Maut tidak memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan 

PENGIJZAHAN PERAWAT ISLAM

Hanya 10 sahaja sijil ijazah perubatan islam dikeluarkan kepada peserta seminar kursus Mualij Islamiah 13 sesi. Penerima sijil telahpun di'sms' dan sijil akan dihantar melalui pos ekspres atau pos laju.

Calon penerima sijil dipilih berdasarkan:

a. Ujian Tasmik (4 orang)
-menyertai ujian dan tasmik

b. Kehadiran sesi praktikal rawatan (3 orang)
-khusus untuk peserta yang menghadiri rawatan Perdana di Masjid Sg Buaya

c. Memenuhi syarat khusus (3 orang)
- Kesungguhan, pengalaman, kefasihan bacaan dan komitmen

Kepada peserta yang tidak mendapat sijil, semoga dapat meluangkan masa untuk ujian tasmik pada bulan 6 akan datang.

Sanad doa ruqyah hadis: Sebagaimana yang ana perolehi dalam pengijazahan kitab hadis yang enam (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai Dan Ibnu Majah) oleh Maulana Sayyid Salman Al-Hussaini An-Nadwi, yang dihuraikan dan dikhatamkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam An-Nadwi Al-Maliki seperti dalam kitabnya, Al-Awa’il Salmaniah (الأوائل سلمانيه), yang mengandungi setiap satu hadis di dalam kitab hadis imam-imam di atas. Sebahagian besar doa ruqyah dalam Ruqyah Asas 17 Mustaqim adalah bersumber dari hadis.


MUALLIJ (Perawat Islam)

FORUM diskusi Muallij - semua di jemput

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekali lagi di jemput kepada semua untuk sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan di forum

www.muallij.com

'Walahaulawala Quwatailla Billahil 'Aliyiladzim'