ADAKAH JIN MATI DISEMBELIH DAN APA HUKUMANYA

Email yang seterusnya ialah dari pesakit yang berpengalaman mendapat rawatan dengan kebanyakan pusat rawatan di Malaysia seluruh tanah air. Hanya menanti ana merawat sahaja. Pernah datang ke Melaka tetapi tak kesampaian untuk ana merawatnya kerana ketika itu ana sibuk.

Soalan:

1) Apa hukumnya sembelih jin yang masuk tubuh manusia hingga mati, ada dalilkah yang menunjukkan haram membunuh jin yang merasuk ni? Saya pun kurang pasti tentang hukum sembelih jin tapi ada dengar perawat islam di expose mistik dan ustaz di sekolah bercerita bunuh jin hanya ada sebab, bukan boleh main sembelih je. Jin hanya mati di alam manusia sahaja tetapi di alam ghaib masih ada lagi.

2) Yang kedua, perawat cakap jin ini makhluk yang IQnya rendah sikit, jadi senang kena tipu. Adakah jin tertipu atau perawat yang tertipu? Soalan saya ini juga berkait dengan sembelih jin, manalah tahu kot-kot jin acah-acah kat perawat supaya perawat rasa dirinya handal dapat sembelih jin.

3) Ketiga, Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas atau diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan. Diat jenayah membunuh dengan sengaja ialah 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp;
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah

Jenis qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. Jika membunuh dengan sengaja, maknanya qisasnya bunuh semula orang yang membunuh.

Bermakna adakah perawat boleh dikenakan qisas? atau diat?

Jawapan

1) Sebenarnya kita tidak tahu adakah jin itu mati disembelih, hanya terlihat respon jin itu seolah-olah mati (pesakit tumbang). Ana sendiri tak pernah sembelih jin walaupun ada menuntut ilmu sembelih ini. Tiada dalil 'haram' bunuh/sembelih jin, memang tiada di dalam al-quran mahupun hadis. Cuma ada satu hadis di mana Nabi tidak jadi mengikat jin yang mengganggu solatnya kerana Nabi saw teringat doa Nabi Sulaiaman iaitu dalam surah Sod ayat 20:

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكاً لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
Sembelih bukan jalan penyelesaian kerana ana pernah mendapat pesakit yang pernah memberitahu perawat yang ditemuinya dah sembelih jin tapi gangguan tak beransur sembuh. Inilah bukti bahawa sembelih bukan jalan penyelesaian. Datangkan kepada ana, pesakit yang sembuh setelah disembelih, barulah ana tarik balik statement ni.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa ayat 29:

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً
sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Dalam surah al-Isra ayat 82, Allah memesan kepada orang yang beriman, jadikan pembacaan al-quran sebagai penawar dan penyembuh:


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

2) IQ jin tidak rendah, malah diceritakan jin mampu membina istana Nabi Sulaiman hingga Balqis mengangkat kainnya kerana disangka sedang berjalan di atas air. Dalilnya dalam surah al-naml ayat 44:


قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam".

Teknologi itu baru dapat ditiru umat Nabi Muhammad iaitu Lantai Marmar. Jin jadi 'bingai' kerana kesan ruqyah yang dibaca, manusia juga akan jadi 'bingai' kalau dipukul/dibelasah di ISA/Penjara walaupun manusia itu ada phD.
Ada juga jin IQ rendah sebagaimana manusia. Ada yang tak sekolah, macam manusia juga. Di Amerika, walaupun negara moden tapi ada yang tak pandai membaca. Jadi benda ini 'subjektif' sebenarnya.
Jika jin yang mengganggu itu jenis IQ tinggi, kadang-kadang dia buat-buat bodoh sebab dia nak memperdayakan perawat. Jadi untuk kes ini, mungkin perawat yang tertipu. 
Maka boleh jadi jin acah-acah mati ketika disembelih itu 80-20. Mungkin juga jenis jin missionary iaitu jin yang cuba memperdayakan keimanan perawat. Bila perawat lihat jin mati, lalu timbul takbur dan bangga, lalu disiarkan di blog dan di kedai kopi mahupun warung mamak.

3) Kesalahan-kesalahan soalan nombor tiga termasuk di bawah kategori ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas. Namun begitu, terdapat hukuman bagi ta'zir iaitu nasihat, teguran, ancaman, pemulauan, pengisytiharan (mendedahkan aib mereka kepada umum), denda, penjara, sebat, bunuh dan buang daerah. 
Jika benar perawat itu bersalah membunuh (dan andaikata jenayah membunuh jin itu termasuk dalam hudud), tetapi tiada bukti mengesahkannya, maka perawat itu harus dinasihat atau ditegur atau dipulau. Ini kerana kesalahannya tidak nampak dan tiada bukti. Tidak mustahil jin itu ada Islam, ada kafir. Jika yang disembelih itu Islam? Ia boleh dimasuk ke dalam jenayah hudud kerana hukum hudud terpakai kepada semua hamba Allah yang beragama Islam. Wallahu alam.

Dalam surah al-Baqarah ayat 178, Allah swt berfirman:


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan yang dibunuh;  merdeka dengan yangg merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih

Namun begitu ana akhiri dengan sedikit pendapat ana, tidak perlu sembelih jin. Yakin dengan Allah dengan membaca surah al-baqarah. Malah jika yakin, ayat kursi itu sudah mampu membunuh jin. Azan pula sudah mampu membuat jin terberak/tercirit. Biasanya perawat tidak yakin dengan doanya pada Allah, maka perawat itu menggunakan teknik sembelih. Ini telah dikiaskan oleh perawat tentang pendapat sembelih, contohnya.. palestin sedang ditakluk Israel, kalau kita bom nuklear Israel, tentu selesai masalah. Jika doa (qunut nazilah) sahaja, sudah 40 tahun Israel selamat, tak jadi apa-apa pun walaupun sudah 40 tahun.
Konsep tawakal itu sudah hilang dari dalam diri perawat yang berkata begitu. Ana pernah mendengar ceramah Habib Umar, katanya.. lailaha illallah itu mampu membenamkan musuh Islam. Pada penghujung dunia kelak, konstatinopel akan dirampas oleh Islam semula dengan kalimah Lailaha illallah tanpa pertumpahan darah kerana yakinnya uma

1 comment:

  1. Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya..
    -Lemal,Kelantan

    ReplyDelete