Berkahwin dengan Jin
Ada
seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah
berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun
damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya
dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya
ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia,
berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh
menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah
S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan
makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis
adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya
daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam
sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah
berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis
ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah
berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan
hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman
Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan
bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu
mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan
rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup
manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih
sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan
jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak
nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak
tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan
terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur
ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku
perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan
jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus,
yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah
agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah.
Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar
bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa
dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu
mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka
sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran,
menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau
di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga
ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah
dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah
perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”
Wallahu’alam….
Ustaz Hassan
DARUL MUALLIJ
No comments:
Post a Comment