Kaedah merawat histeria

Ramai pula yang tanya bagaimana kaedah merawat histeria. Dengan ini, ana pamerkan beberapa panduan khususnya untuk guru-guru, pensyarah kolej dan universiti selesaikan. Kembalilah ke al-Quran wahai doktor cemerlang didikan USA, London, dan negara Kristian pro Yahudi serta dari negara 5.

Asas
1. Pada asasnya, hendaklah asingkan orang yang terkena histeria jauh dari orang ramai. Mangsa histeria biasanya terkena histeria di khalayak ramai dan ini memungkinkan berjangkitnya kepada orang lain yang lemah semangat. Cari PESAKIT yang mula-mula sekali terkena histeria!!
2. Baca al-fatihah dan ayat kursi.
3. Baca surah Al-Hasyr
4. Ha mim

6. Doa tepuk belakang belikat iaitu:
بِسْمِ اللهِ رَبِّيْ اللهِ حَسْبِيَ اللهُ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهُ إعْتِصَمْتُ بِاللهِ فَوَضَّتُ أَمْرِيْ إِلَى الله مَاشَاءَ اللهُ لاَ قوَّةَ إِلاَّ بِالله
Atau
بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ
Atau
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ كُنْ فَيَكُونُ مَاشَاءَ اللهُ قَدِيرٌ اَبَدًا اَبَدًا

Histeria Kecilan:
1. Asingkan mangsa histeria ke ruang yang lain
2. Bercakap dengan bahasa yang baik pada mangsa histeria agar bertenang
3. Jangan diikat, digari atau pukul mangsa histeria
4. Muallij membaca ayat pendinding. Jika tidak sempat, minimumkan bacaan bismillahirrahmanirrahim sudah memadai.
5. Jika bekesempatan, pagarlah di muka pintu atau kawasan dengan membaca:-
Yaasin ayat 9 (buat isyarat dengan jari telunjuk)
6. Tepuk dahi pesakit sambil membaca selawat tafrijiah dan ha mim
7. Baca doa penggerak dan tekan di titik-titik sendi bermula dari ubun-ubun hingga ke hujung kaki. Jika perempuan, cukup sekadar menepuk belakangnya.
8. Jika masih berterusan, kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan seperti gambarajah di antara tulang belikat.

Histeria Besar-besaran:
1. Elakkan campur tangan tukang sihir dan bomoh.
2. Pasang cd ruqyah dengan speaker kuat. Kalau tak ada stok cd ruqyah, boleh beli dari ana ataupun kalau tak ada peruntukan, bolehlah baca ayat qursi atau azan kuat-kuat secara beramai-ramai.
3. Cari mangsa yang paling agresif, tunjuk dengan jari sambil baca Yaasin ayat 9
4. Kejar dan cekup belakang lehernya dan jatuhkannya, bacakan surah al-namlu ayat 30-31. Tepuk ubun-ubunnya sambil membaca selawat tafrijiah
5. Kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan seperti gambarajah di antara tulang belikat.
6. Suruh orang berhampiran pegang mangsa sambil membacakan surah al-falaq dan ha mim berulang-ulang kali sambil menyuruhnya tidur selepas habis bacaan.
7. Cari lagi mangsa agresif kedua dan seterusnya.

Kesan dari amalan ilmu yang diajar ini
Pro = Kesannya ialah jimat duit tak payah telefon perawat atau bomoh aka mbah dukun.
Con = Mungkin tak boleh setel kes tu sebab cikgu-cikgu atau lecturer belum dapat ijazah perubatan islam.

Jazam
Nak jazam juga ke? X payah la, cukuplah perawat bidan terjun ini amalkan zikir berikut 100x selepas solat maghrib dan subuh. Ada dua saja zikirnya, baca dua-dua sekali setiap satu 100x iaitu:
لَا إِلَه إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُل شَيْء قَدِيْر
dan
سُبْحَانَ الله، وَالْحَمْدُ لله، وَلَا إِلَهَ إِلا اللهُ، وَالله أَكْبَرُ

 
Ustaz Hasan Darul Muallij

Histeria

Histeria adalah gerak laku atau perbuatan diluar kawalan batas normal kehidupan manusia. Individu yang terkena serangan hysteria akan berkelakuan seperti orang kurang siuman dan tindakannya diluar kawalan serta susah dijangka dengan logik akal.


PUNCA HISTERIA

Serangan histeria berlaku kerana dua factor iaitu:-
1- Masalah psikologi
2- Masalah gangguan jin

A – MASALAH PSIKOLOGI

Indiividu yang mempunyai banyak masalah atau tekanan dalam kehidupan boleh diserang hysteria. Antara punca masalah hysteria ialah:-

a- Masalah perhubungan seperti:-
1- Putus cinta
2- Dibenci keluarga
3- Penceraian
4- Perbalahan
5- Cinta tidak bersahut
6- Hubungan dengan masyarakat

b- Tekanan kerja seperti:-
1- Pelajar yang sering dimarahi guru
2- Permusuhan sahabat disekolah antara pelajar
3- Pekerja yang dimarahi majikan
4- Tekanan kerja yang menimbun
5- Majikan pulaukan pekerja
6- Masalah kenaikan pangkat
7- Diturunkan pangkat

c- Masalah kehidupan
1- Masalah kemampuan sara hidup
2- Masalah hutang
3- Masalah pengangguran
4- Masalah kesihatan
5- Masalah kerjaya

B- MASALAH GANGGUAN JIN

Histeria akibat gangguan jin lazinnya disangkal oleh golongan saintis. Namun begitu kenyataan statistic kes menunjukkan bahawa majoriti gangguan hysteria adalah berpunca dari gangguan jin. Seperti diterangkan dalam bab pengenalan alam jin, sesungguhnya jin adalah musuh nyata dalam menganggu kehidupan normal manusia. Namun begitu, kebanyakkan kes yang dialami oleh ustaz dalam menanangi kes hysteria adalah kerana berpunca daripada kesilapan manusia mengganggu jaum jin yang menyebabkan mereka marah lalu merasuk ke dalam jasad manusia.

Antara punca gangguan adalah:-

1- Tempat kediaman asal jin diambil tanpa kebenaran dengan mendirikan bangunan perumahan, pusat pengajian ataupun pusat ekonomi.
2- Tempat kediaman jin diganggu seperti membuang kotoran,memotong pokok tempat mereka bermain,membakar kawasan mereka seperti aktiviti pembukaan hutan,mmbuang air kecil dan mencurahkan air panas.
3- Menyakiti jin tanpa disedari seperti memijak,membakar atau menindih mereka.
4- Kebisingan manusia menyebabkan jin tidak selesa berada di kediaman mereka.

BAGAIMANA JIN MENGGANGGU

Jin akan merasuk ke dalam jasad manusia dan terus ke bahagian otak. Ketika ini ,semua gerakan dan perlakuan dikawal oleh jin yang berada di otaknya. Antara tanda-tanda serangan hysteria ini adalah:-

1- Berlaku secara berkumpulan
2- Mangsa tiba-tiba mengamuk,menjerit,murung,menangis atau sawan tanpa sebab
3- Kebiasaannya, mangsa akan menggigil kesjukkan
4- Mangsa juga berkelip dan menelan air liur dengan laju
5- Mangsa hysteria akan menunjukkan identity jin dalam badan sebagai contoh jika jin itu sudah tua, maka perlakuan mangsa seakan-akan orang yang sudah berumur. Adakalanya, mangsa boleh bercakap dalam bahasa asing dan itu adalah bahasa perantaraan yang digunakan oleh jin tersebut di alam mereka.

Ustaz Hasan Darul Muallij

Apakah hukum memakai tangkal @ azimat ?

PERSOALAN :
Apakah hukum memakai tangkal @ azimat?Ada pendapat mengatakan harus sebagai ikhtiar selagi iktiqad meyakini segala yang berlaku dengan izin Allah?


JAWAPAN :
Penggunaan Tankal dan azimat.. berhubung dengan perkara-perkara yang bida'ah dan khurafat. Bolehkah kiranya diberikan keterangan dengan lebih lanjut berkenaan dengan :- ng1. Hukum menggunakan tangkal ( seperti yang diperbuat dari limau dan kemenyan ) 2. Tangkal ini ada yang dibuat sebagai 'pagar rumah' dengan menanam atau menggantung di pintu-pintu rumah 







Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan. 

Dalil-dalil yang mengharamkannya: 

1. maksud hadis,"sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya" HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154. 

2. maksud al hadis,"sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik." HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156 

3. maksud alhadis,"sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik." HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530. 

Syarah/Penjelasan: 

1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat. Firman Allah, "Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya." maksud ayat Surah Yunus:107 

2. Furqan:3 3. anNaml: 65 4. alA'araf: 188 

---------------------------------- 


Segolongan fuqaha' mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur'an: 

1. al Khitobi (Fathul-Majid, ms 126) 2. Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara: * ianya berbentuk ayat alQur'an * dengan bahasa Arab * i'tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua. 

Rumusan: 1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al Azhar) 

2. Tangkal dan azimat yang diperbuat selain ayat alQuran tidak boleh dibolehkan (fatwa Ibn Hajar) 

3. Tangkal dari buah limau dan kemenyan serta pagar rumah perlu dinilai dengan pendapat ulama' di atas.. 

Rujukan: Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa musykilatul Hayah Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat Fi Risalah atTa'alim Ibn Hajar, Fathul Bari Imam Ahmad, alMusnad Imam Ahmad Ibn Hanbal 


3. Membakar asap kemenyan dan mengasap seluruh rumah dan orang yang 'sakit' 

------------------------------------- 

Jawab: Wangi-wangian termasuk hal yang disukai oleh RasuluLlah saw termasuklah bau kemenyan. Dari Anas bin Malik RA, "adalah bagi RasuluLlah itu sukkah (wangian campuran misk), di mana baginda berwangian dengannya." (Termidzi) 

Menjadi kebiasaan di zaman RasuluLlah saw bila ada kematian, maka semerbaklah bau gaharu untuk memberi keharuman bagi pengunjung dan mendatangkan rasa syahdu. Bahkan majlis-majlis ilmu dan pertemuan juga disunatkan berwangi-wangian. 

Oleh itu jika pembakaran kemenyan dan gaharu untuk keharuman semata-mata, maka ia adalah sunnah. Jika ada kerana lain, maka sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam agama, maka ia adalah tertolak. 

4. Mandi bunga / memakai minyak wangi dan meminum air yang telah dijampi (tidak diketahui apa yang telah dijampi) 

--------------------------------------------------- Jawab: 

Pertama: Persoalan mandi bunga dan minyak wangi. 

Kepercayaan kita terhadap sesuatu dikeliling kita hendaklah dalam batas-batas yang wajar. Misalnya kita percaya dengan khasiat minyak gamat, khasiat tongkat ali kerana kelebihan istimewa yang ada padanya. 

Begitu juga dengan mandi bunga dan wangi-wangian. Kita tahu mandi bunga dan wangian menyegarkan badan dan memulihkan semangat dan tenaga. Ia di amalkan oleh masyarakat turun temurun. Setakat itulah kepercayaan kita. Misalnya kepercayaan kita terhadap keris. Kita percaya keris adalah senjata yang terbaik untuk zaman kepahlawanan Melayu purba. Dengan ada keris di pinggang kita, kita percaya kita dapat mempertahankan diri dan memberi keyakinan bila berdepan dengan musuh. Tapi kita tidak percaya keris itu ada kuasa sakti; begitu juga dengan mandi bunga dan minyak wangi. Jika kita percaya dengan kadar yang wajar, maka tiada masalah untuk mandi bunga. Kita tidak boleh percaya melebihi daripada itu kerana ia masuk ke dalam daerah khurafat.

Kedua: Minum air yang dijampi. 

Jampi dan mentera dalam bahasa Arab ialah arruqyah atau al udzah. Menurut Ibn Mandzur (Lisanul Arab, Jld 5, ms 34)," al udzah, al ma'adzah, atta'widz, atau ruqyah adalah jampi yang dipergunakan orang untuk melindungi diri dari terkejut ketakutan atau gila bertujuan berlindung dengannya." 

Jampi-jampi ini sudah lama di amalkan oleh manusia sebelum kedatangan Islam dan ia mengandungi kata-kata yang tidak dimengerti, atau memuja dan menyeru pertolongan jin dan iblis. Jika ia berasal dari kaum musyrik sudah tentu ia mengandungi jampi yang mengandungi nama-nama Dewa-dewa mereka. 

Maka Islam telah mengganti jampi berupa ayat-ayat alQur'an, asma Allah serta hadis-hadis tertentu. Misalnya Dari Abi Sa'id al Khudri RA, meriwayatkan bahawa ketika Jibrael AS datang kepada Nabi saw beliau dalam keadaan kurang sihat, lalu dijampi oleh Jibrael dan ini ada diriwayatkan dalam kitab sahih Muslim akan matan jampi itu. 

Maka syarat jampi dalam islam ialah sama dengan syarat untuk tangkal iaitu: - asma' Allah atau do'a yang ma'thur atau ayat alQur'an - jampi dalam bahasa Arab; jika menggunakan bahasa lain ialah yang dimengerti oleh pesakit - iktiqad bahawa jampi itu sebagai alat sahaja bukan penyebab. 

Rujukan:
1. fathul Bari (Ibn Hajar asqalani) 
2. al farawal hadisiah (Ibn Hajar al Haithami al Syafi'iyah)
Ustaz Hasan Darul Muallij

Rawatan Islam Perdana di Shah Alam

"Dia kelihatan biasa...boleh solat dan mengaji.Tapi bila dibacakan ayat ruqyah dan beberapa teknik, si dia menangis..rupanya ada yang menjaga si dia. ALhamdulillah, si dia beransur pulih..."

Jumpa kami di sini:




Syampo Terapi Islam Pertama Di Malaysia

Syampo Terapi Islam Pertama Di Mala


MAKLUMAN: 
Alhamdulillah setelah 3 bulan membuat kajian dan hasilnya dapat mengeluarkan satu syampo terapi islam pertama dimsia yang digunakan untuk
rawatan gangguan makhluk halus(saka/sihir),rawatan penyakit kulit( kayap/sopak/gatal2 badan/ruam/kudis/kelemumur/kemerahan/dan pelbagai penyakit kulit),mengharumkan badan badan,masalah badan berbau,meningkatkan aura dalaman dan luaran,melancarkan per
edaran badan,menyejukkan badan/resdung/alahan pada muka..

ANTARA BAHAN2 SYAMPO TERAPI ISLAM :
*pati minyak kasturi hitam
* daun bidara ruqyah
*bunga2 terpilih
*ekstrak herba perubatan tibb nawawi
*dibacakan ayat2 manzil,solawat syifa’,solawat tafrijiyyah,ayat pembatal sihir,bismillah 5,doa bismillah,ayat ahzab,dan doa2 amalan tok guru pondok.
-banyak pesakit telah menggunakan syampoo terapi islam….dan hasilnya Alhamdulillah…insyaallah nanti us keluarkan komen dari pesakit..


TESTIMONI PESAKIT DALAM MENGGUNAKAN SYAMPOO TERAPI ISLAM DARUL MUALLIJ:

CIKGU SUE PUTRAJAYA:
‘saya mula guna syampoo terapi islam setelah 3 tahun badan saya gatal-gatal diseluruh tubuh dan masalah paling besar adalah waktu malam..shingga susah nak tidur..bila buat mandian syampoo..adalah ada kesan yang amat baik..bahkan dapat tidur dengan lena’

MACKCIK THOM PULAU INDAH,KLANG:
‘Anak makcik sakit dah beberapa tahun ..dah banyak pi berubat .merawat tempat masih begitu juga..setelah dipelkenalkan syampoo rawatan islam…anak makcik dapat kembali pulih ..alhmdulillah sykur pada Allah atas ujian dberikan…”

EN ZAHIR SEKELUARGA
“ Pada mulanya saya ingat anak-anak ruam seluruh badan adalah sakitbiasa mungkin sbab musim panas tidak menentu…setelah berubat dan perawat didapati ada tindak balas gangguan makhluk halus.setelah menggunakan syampoo alhamdulilah Nampak amat ketara pada anak- anak saya..”

INA SG CHOH,RAWANG:
‘Badan saya selalu gatal bahkan tangan dan kaki berair ..doktor mengatakan saya ada masalah hormon sehingga mengeluarkan peluh begitu banyak pada tapak tangan dan kaki….dan badan berbau..setelah berubat dan menggunakan syampoo ..alhamdulillah semua sudah hilang…”

MAKCIK Z ,KUANTAN:
‘Masalah sebenar bukan pada makcik tapi anak makcik ..selalu kemurungan dan suka menyendiri …bila dating berubat…dan buat mandian syampoo pada anak saya..alhamdulillah saya dengan anak saya sudah bertegur sapa …tidak seperti dulu lagi…..alhamdulillah sangt2 pada Allah….”

NUR DELIMA,PULAU PINANG;
“saya ade masalah resdung…us mengesyorkan pada saya supaya sapu pada hidung dan sekitarnya….alhamdulillah ….begitu cepat proses kesmbuhan………….”

CIKGU INTAN,KEDAH:
‘msalah saya ialah resdung dan anak2 gatal badan bila waktu petang….bila mendapat rawatn dengan perawat dan buat mandian syampoo terapi islam ni…rasa hilang semua tu….macam tak caya pulak..kita ikhtiar….syukur pada Allah’

ADIK ILYANA:
‘Saya suka bau syampoo terapi islam….ade bau kasturi dan badan rasa segar …”

CIK SALIMAH:
‘Saya ada gangguan menyebabkan badan saya sentiasa panas walhal duduk dalam bilik beraircond…bila dating berubat….dan ,menggunakan syampoo terapi islam…badan saya sejuk .rasa tenang..bahkan bertenaga….’

Dan banyak lagi testimoni dari pesakit-pesakit ….kita ikhtiar dengan kaedah islam…kesembuhan milik ALLAH jua.