Histeria
Histeria adalah gerak laku atau perbuatan diluar kawalan batas normal
kehidupan manusia. Individu yang terkena serangan hysteria akan
berkelakuan seperti orang kurang siuman dan tindakannya diluar kawalan
serta susah dijangka dengan logik akal.
PUNCA HISTERIA
Serangan histeria berlaku kerana dua factor iaitu:-
1- Masalah psikologi
2- Masalah gangguan jin
A – MASALAH PSIKOLOGI
Indiividu yang mempunyai banyak masalah atau tekanan dalam kehidupan
boleh diserang hysteria. Antara punca masalah hysteria ialah:-
a- Masalah perhubungan seperti:-
1- Putus cinta
2- Dibenci keluarga
3- Penceraian
4- Perbalahan
5- Cinta tidak bersahut
6- Hubungan dengan masyarakat
b- Tekanan kerja seperti:-
1- Pelajar yang sering dimarahi guru
2- Permusuhan sahabat disekolah antara pelajar
3- Pekerja yang dimarahi majikan
4- Tekanan kerja yang menimbun
5- Majikan pulaukan pekerja
6- Masalah kenaikan pangkat
7- Diturunkan pangkat
c- Masalah kehidupan
1- Masalah kemampuan sara hidup
2- Masalah hutang
3- Masalah pengangguran
4- Masalah kesihatan
5- Masalah kerjaya
B- MASALAH GANGGUAN JIN
Histeria akibat gangguan jin lazinnya disangkal oleh golongan saintis.
Namun begitu kenyataan statistic kes menunjukkan bahawa majoriti
gangguan hysteria adalah berpunca dari gangguan jin. Seperti diterangkan
dalam bab pengenalan alam jin, sesungguhnya jin adalah musuh nyata
dalam menganggu kehidupan normal manusia. Namun begitu, kebanyakkan kes
yang dialami oleh ustaz dalam menanangi kes hysteria adalah kerana
berpunca daripada kesilapan manusia mengganggu jaum jin yang menyebabkan
mereka marah lalu merasuk ke dalam jasad manusia.
Antara punca gangguan adalah:-
1- Tempat kediaman asal jin diambil tanpa kebenaran dengan mendirikan
bangunan perumahan, pusat pengajian ataupun pusat ekonomi.
2- Tempat
kediaman jin diganggu seperti membuang kotoran,memotong pokok tempat
mereka bermain,membakar kawasan mereka seperti aktiviti pembukaan
hutan,mmbuang air kecil dan mencurahkan air panas.
3- Menyakiti jin tanpa disedari seperti memijak,membakar atau menindih mereka.
4- Kebisingan manusia menyebabkan jin tidak selesa berada di kediaman mereka.
BAGAIMANA JIN MENGGANGGU
Jin akan merasuk ke dalam jasad manusia dan terus ke bahagian otak.
Ketika ini ,semua gerakan dan perlakuan dikawal oleh jin yang berada di
otaknya. Antara tanda-tanda serangan hysteria ini adalah:-
1- Berlaku secara berkumpulan
2- Mangsa tiba-tiba mengamuk,menjerit,murung,menangis atau sawan tanpa sebab
3- Kebiasaannya, mangsa akan menggigil kesjukkan
4- Mangsa juga berkelip dan menelan air liur dengan laju
5- Mangsa hysteria akan menunjukkan identity jin dalam badan sebagai
contoh jika jin itu sudah tua, maka perlakuan mangsa seakan-akan orang
yang sudah berumur. Adakalanya, mangsa boleh bercakap dalam bahasa asing
dan itu adalah bahasa perantaraan yang digunakan oleh jin tersebut di
alam mereka.
Ustaz Hasan Darul Muallij
No comments:
Post a Comment