Bolehkah Blajar Ilmu Tanpa Berguru!
Sejak kebelakangan ini, kita sering kedengaran seruan dan juga saranan
supaya mendalami perbahasan para ulama cukup sekadar berpandukan
buku-buku yang dibeli sahaja tanpa perlu merujuk dan bertalaqqi dengan
para ulama.
Mereka juga turut merasa yakin dengan kefahaman
sendiri seolah-olah menyamakan taraf ilmu agama yang sangat rumit dan
memerlukan penjelasan daripada para ulama dengan ilmu-ilmu keduniaan
yang lain.
Maka muncullah golongan tertentu yang merasakan diri
mereka sudah cukup layak untuk masuki di dalam bidang ini hasil bacaan
buku semata-mata.
Gejala ini mengundang pelbagai kesan negatif
di antaranya kelemahan mereka memahami dan mendalami perbahasan sesuatu
bidang ilmu itu dengan gambaran yang sebenarnya.
Ini kerana
ilmu Islam bukan sahaja mencakupi fakta dan kenyataan semata-mata,
bahkan ia memerlukan kefahaman yang jelas daripada dada-dada para alim
ulama yang mengambil ilmu daripada ulama terdahulu sehinggalah sampai
kepada Rasulullah SAW.
Tanpa bimbingan daripada ulama atau
guru, jikalau berlaku salah kefahaman ketika membaca, seseorang itu akan
terus sesat dengan kefahamannya tadi bahkan terus menyesatkan orang
lain pula.
Disebabkan itulah muncul kenyataan bahawa belajar
agama seorang diri dengan buku semata-mata tanpa bimbingan ulama/guru
seumpama bergurukan syaitan (walaupun kebanyakkan ulama berpendapat
kenyataan ini bukan hadis tetapi Ibnu Arabi di dalam kitabnya al-Futuhat
al-Makiah berpendapat bahawa kenyataan ini adalah hadis).
Memandangkan perkara ini telah menjadi perdebatan hangat, maka saya
ingin mengambil sedikit ruang untuk menjelaskan perkara ini.
Semoga penjelasan ringkas ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
InsyaAllah.
Alim Ulama Adalah Pewaris Para Nabi
Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud
seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza
dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi
belum tentu orang itu mendalami.
Perkataan ulama ini telah
disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis
SAW. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama
adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala
dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji.
Oleh itu, ulama
yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu
pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan
syarat-syarat tertentu sebagai ulama.
Para ulama ialah mereka
yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran
al-Karim dan al-Hadis SAW dengan sempurna.
Mereka juga bukan
sahaja setakat memahami dalil-dalil dan penjelasan daripada ulama silam,
bahkan ada diantara mereka menghafal ratusan ribu hadis, matan-matan
ilmu dan sebagainya lagi untuk melayakkan mereka diistilahkan sebagai
seorang ulama.
Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu
yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka
bersumberkan dari Rasulullah SAW. Agama Islam telah mengiktiraf ulama
sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah
hadis:
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesungguhnya
ulama itu Sesungguhnya ulama itu Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris
para adalah pewaris para adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak nabi.
Para nabi tidak nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan mewariskan
dinar dan mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya dirham. Mereka hanya
dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka mewariskan ilmu. Maka
mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang barangsiapa yang barangsiapa yang
mengambil (warisan mengambil (warisan mengambil (warisan ilmu) tersebut
ia telah ilmu) tersebut ia telah ilmu) tersebut ia telah mengambil
habuan yang mengambil habuan yang mengambil habuan yang paling sempurna.
– paling sempurna. –paling sempurna. –Riwayat Ahmad, al- Riwayat Ahmad,
al-Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Tirmizi, Abu Daud dan
Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah Ibnu Majah Ibnu Majah
Oleh
itu, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa ulama adalah golongan yang
mendapat kelebihan dan kemuliaan di sisi agama Islam dengan mengiktiraf
mereka sebagai pewaris para nabi.
Memandangkan ulama mendapat
tempat yang istimewa juga di dalam masyarakat, maka ramailah pula
golongan tertentu seolah-olah mendakwa diri mereka sama tarafnya dengan
ulama sedangkan mereka baru sahaja mengecapi permulaan memahami
ilmu-ilmu Islam.
Golongan seperti inilah yang akan merosakkan
syariat agama sedikit demi sedikit daripada mengikut manhaj para ulama
yang sebenarnya.
Kepentingan Mempelajari Ilmu Agama Daripada Ulama
Kita biasa mendengar suara-suara sumbang daripada golongan tertentu
yang cuba sedaya-upaya untuk merendah-rendahkan keilmuan dan kemuliaan
para ulama bagi menutup kelemahan dan kesalahan yang telah mereka
lakukan.
Ada di antara mereka ini berkata bahawa para ulama
bukanlah maksum sepertimana Rasulullah SAW lantas menyarankan agar tidak
perlu mengikut tunjuk ajar daripada para ulama untuk memahami urusan
agama Islam ini.
Mereka juga berkata bahawa boleh sahaja untuk
mengambil terus dalil-dalil al-Quran al-Karim dan al-Hadis SAW dengan
kefahaman sendiri dengan hanya merujuk kepada buku-buku tertentu.
Adakah tindakan ini bertepatan dengan Islam?
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka hendaklah kamu Maka hendaklah kamu Maka hendaklah kamu bertanya
kepada ahli bertanya kepada ahli bertanya kepada ahli zikir (alim ulama)
zikir (alim ulama) zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak seandainya
kamu tidak seandainya kamu tidak mengetahuinya. – mengetahuinya.
–mengetahuinya. –Surah Surah Surah al-Nahl: Ayat 43 al-Nahl: Ayat 43
al-Nahl: Ayat 43
Imam Syatibi di dalam karyanya al-Muwafaqat
telah menjawab persoalan ini dengan beliau menimbulkan persoalan
mengenai bolehkah seseorang itu memperolehi dan mempelajari ilmu agama
dengan kefahaman sendiri tanpa guru.
Beliau mempertahankan hujjahnya yang mengatakan betapa perlunya guru di dalam mendalami dan memahami sesuatu ilmu itu.
Imam Syatibi juga mengatakan bahawa para ulama telah berkata:
Sesungguhnya ilmu itu berada di dada-dada guru, kemudian dipindahkan
ilmu tersebut ke dalam kitab. Maka kunci bagi ilmu tersebut tetap berada
di tangan para guru.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesungguhnya Allah Sesungguhnya Allah Sesungguhnya Allah Taala tidak
mencabut Taala tidak mencabut Taala tidak mencabut ilmu dengan ilmu
dengan ilmu dengan menghilangkan ilmu menghilangkan ilmu menghilangkan
ilmu daripada manusia akan daripada manusia akan daripada manusia akan
tetapi Allah Taala tetapi Allah Taala tetapi Allah Taala mencabut ilmu
dengan mencabut ilmu dengan mencabut ilmu dengan mematikan para ulama. –
mematikan para ulama. –mematikan para ulama. –Riwayat al-Bukhari,
Riwayat al-Bukhari, Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi Muslim dan
al-Tirmizi Muslim dan al-Tirmizi
Menurut Imam Syatibi lagi,
hadis ini bertindak sebagai hujjah bahawa guru adalah kunci bagi ilmu
dan keperluan mempelajari ilmu daripada dada-dada guru.
Selain
itu juga, bagi pelajar yang tidak faham sesuatu perkara yang
dipelajarinya, mereka boleh terus bertanya kepada guru/ulama untuk
mendapatkan penjelasan sehingga terang semuanya.
Sedangkan bagi yang belajar tanpa guru, kefahaman mereka amat terbatas berdasarkan buku yang ada di hadapan mereka semata-mata.
Boleh jadi kefahaman mereka itu betul dan besar kemungkinan juga kefahaman mereka itu salah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Ilmu itu seperti gudang Ilmu itu seperti gudang Ilmu itu seperti gudang
dan kuncinya adalah dan kuncinya adalah dan kuncinya adalah bertanya.
Maka bertanya. Maka bertanya. Maka hendaklah kamu sering hendaklah kamu
sering hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu bertanya semoga kamu
bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh diberikan rahmat oleh
diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka Allah Taala. Maka Allah Taala.
Maka sesungguhnya dari satu sesungguhnya dari satu sesungguhnya dari
satu pertanyaan itu diberikan pertanyaan itu diberikan pertanyaan itu
diberikan pahala akan empat pahala akan empat pahala akan empat orang.
Pertamanya orang orang. Pertamanya orang orang. Pertamanya orang yang
bertanya. Keduanya yang bertanya. Keduanya yang bertanya. Keduanya guru
yang menjawab. guru yang menjawab. guru yang menjawab. Ketiganya orang
yang Ketiganya orang yang Ketiganya orang yang mendengar jawapan itu.
mendengar jawapan itu. mendengar jawapan itu. Keempatnya orang yang
Keempatnya orang yang Keempatnya orang yang cinta kepada mereka - cinta
kepada mereka -cinta kepada mereka -Riwayat Abu Nuaim Riwayat Abu Nuaim
Riwayat Abu Nuaim
Kritikan Belajar Agama Tanpa Bimbingan Ulama/Guru
Sanggahan dan kritikan belajar tanpa bimbingan ulama/guru ini saya
nukilkan daripada kata-kata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.
Kenyataan beliau ini diambil dari kitabnya al-Sahwah al-Islamiah Baina
al-Jumud Wa al-Tatarruf, katanya:
Kebanyakkan daripada mereka
tidak bertalaqqi dengan ahli ilmu dan syeikh-syeikh yang mempunyai
pengetahuan khusus di dalam bidang tersebut.
Sebaliknya mereka
hanya menelaah lembaran dan helaian kitab secara langsung tanpa membuka
peluang dan tempoh untuk merujuk dan berbincang apa yang akan diambil
dan ditolak pendapatnya untuk membolehkan dikenalpasti kefahaman itu dan
pengetahuan yang diletakkan di dalam mensyarahkan secara mendalam.
Ini akan dibentangkan dan diperbahaskan ketika tempoh pengkajian.
Akan tetapi, malangnya mereka hanya membaca sedikit sahaja dan
berdasarkan kefahamannya (yang sedikit) itu mereka mengistinbatkan
(mengeluarkan) hukum-hakam.
Barangkali mereka melakukan
kesalahan ketika membaca, salah kefahaman atau juga salah di dalam
mengistinbatkan hukum, tetapi mereka masih tidak mengetahui kesalahan
mereka itu.
Beliau menambah lagi kenyataan itu:
Walaupun mereka ini ikhlas, namun hakikatnya mereka lupa bahawa ilmu
syariat (agama Islam) dan kefahamannya perlu dirujuk kepada ahli ilmu
berkenaan yang boleh dipercayai.
Sesungguhnya mereka tidak akan
mampu merempuh lautan luas ini secara seorang diri tanpa pembimbing
(ulama/guru) yang sentiasa memimpin tangan mereka.
Pembimbing
inilah yang akan menerangkan kepada mereka apa yang tidak jelas dan
istilah-istilah yang mempunyai kesamaran dan menerangkan dari
cabang-cabang sehinggalah apa yang utama dan akan memperlihatkan segala
kesamaran.
Pada akhir penerangannya mengenai perkara ini,
beliau menegaskan lagi kenyataannya bahawa perlunya berguru untuk
mempelajari ilmu agama, katanya:
Inilah (mempelajari ilmu agama
dengan ulama/guru) merupakan apa yang telah dijadikan sebagai langkah
berhati-hati oleh para ulama Salaf al-Soleh agar menjauhi dari
mempelajari ilmu dengan cara seperti ini (tanpa berguru).
Mereka berkata: Janganlah mengambil al-Quran al-Karim hanya dengan
mushafnya dan bukanlah ilmu itu diambil dengan hanya daripada mushaf
(kitab).
Apa yang dimaksudkan dengan mengambil hanya daripada
mushaf itu ialah menghafaz al-Quran al-Karim dari catatan-catatan pada
mushaf tanpa bertalaqqi (mengambil dan belajar ilmu secara bersemuka
dengan para ulama/guru) dengan mulut-mulut guru yang diyakini
(keilmuannya).
Peringatan ini bermaksud mengambil ilmu daripada catatan-catatan semata-mata tanpa belajar daripada ahli ilmu.
Berkata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi lagi di dalam kitabnya al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd:
Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang
hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis, lantas
merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun
mengecapi permulaannya.
Mendakwa mereka mampu berijtihad di
dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta
komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang.
Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik.
Mereka juga tidak mempelajari ilmu Usul Fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan segala permasalahan.
Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi
untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka
lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik.
Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.
Tidak Boleh Langsung Belajar Dengan Buku?
Walaupun saya menyeru kepada belajar ilmu agama dengan para ulama/guru
yang diyakini, ini bukanlah bermakna saya menolak secara mutlak belajar
melalui buku.
Cumanya belajar dengan buku tanpa guru perlu diberikan penelitian dan perhatian tentang keharusannya pada beberapa ketika.
Bagi mereka yang berada di peringkat permulaan dan menengah, maka sudah
pastilah tuntutan mempelajari ilmu itu secara berguru lebih diutamakan
memandangkan mereka tidak mempunyai asas yang kukuh tentang sesuatu ilmu
itu.
Setelah mereka memahami dan mendalami segala asas-asas
yang diperlukan dengan kukuh, barulah mereka harus membaca buku-buku
yang berkaitan untuk menambahkan lagi pengetahuan.
Namun jika
terdapat beberapa perkara yang kurang difahami atau wujud kesamaran
ketika pembacaan, maka mereka dituntut semula untuk bertanya dengan
ulama/guru.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan menuntut ilmu
secara berguru, mereka juga diharuskan membaca buku-buku atau mendengar
ceramah dan boleh juga membaca di internet untuk meningkatkan
pengetahuan masing-masing.
Namun jika terdapat sebarang perkara
yang kurang difahami, maka mereka mestilah merujuk juga kepada
ulama/guru yang diyakini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Ini kerana seseorang ulama/guru lebih memahami sesuatu ilmu itu
berbanding dengan orang yang hanya membaca buku semata-mata sebagai
rujukan.
Oleh itu, keutamaan dan kelebihan sudah pastilah
berada pada mereka yang mempelajari ilmu agama secara berguru jika
hendak dibandingkan dengan golongan yang mempelajari ilmu agama tanpa
berguru.
Ini kerana menuntut ilmu agama dengan berguru merupakan jalan yang ditempuhi oleh generasi Salaf al-Soleh dan para ulama lain.
Manakala bagi mereka yang telah mendalami dan menguasai segala
asas-asas ilmu, mereka sudah boleh membaca sendiri kerana mereka mampu
memahami isi kandungan buku berkenaan berpandukan apa yang telah mereka
pelajari daripada ulama/guru sebelum itu.
Penutup
Andaikata Islam menggalakkan belajar tanpa guru, mengapakah para ulama
terdahulu sanggup merantau dan berpindah-randah demi untuk menuntut
dengan ulama yang diyakini?
Bahkan mereka mempunyai ratusan
guru yang terdiri daripada alim ulama muktabar, bukankah ini menunjukkan
kepentingan berguru di dalam menuntut ilmu agama?
Mungkin ada
yang berpendapat, zaman dahulu tidak mempunyai teknologi canggih
sepertimana sekarang, disebabkan itulah mereka merantau untuk menuntut
ilmu.
Jika benar kenyataan ini, mengapa pula Nabi SAW menyarankan umatnya untuk belajar (anak murid) dan mengajar (guru)?
Bukankah ini menunjukkan bahawa kepentingan menuntut ilmu agama secara berguru?
Tidak mungkin segala saranan Nabi SAW ini silap dan tidak mengikuti perkembangan zaman, bukan?
Berkata Muhammad bin Sirin (seorang alim di zaman tabien) sepertimana
yang disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim karangan Imam Muslim:
Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa engkau mengambil agamamu!
No comments:
Post a Comment