Masalah anak nakal, hyperaktif, kaki lepak,
berjinak-jinak dengan sahabat nakal, ada potensi bakal jadi bohjan,
bohsia, mat rempit, kupu-kupu malam adalah antara masalah yang sering
berlaku di zaman ini dan merungsingkan ibu bapa di mana ibu bapa mula
menyalahkan anaknya atas terjadi semua ini, Ada juga yang menyalahkan
takdir.
Sebenarnya, semua ini
berlaku kerana hampir 70% isteri bekerja dan bekerjaya. Maka masa untuk
anak-anak sudah diabaikan. Namun dalam islam telah mengajar kita
satu ilmu yang telah lama dipinggirkan sejak ahli kaunseling yang tidak
ada asas kelulusan agama, tidak ada pengetahuan tentang al-quran dan
hadis telah mengambil alih peranan ini.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya
dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh
Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus
menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah
Taha).
Di antara bahan-bahan
ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat
dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi
Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut
hati
Mengikut aturannya, bacalah:
BACA SURAH AL-FATIHAH
بِسْمِ
اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (3) مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ
نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
(6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّينَ (7)
** اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ DIULANG 10
KALI AYAT
PEMECAH KEBUNTUAN (AL-HASYR:21-24):
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا
مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا
لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا
إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ
الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ
الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ
الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ
الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
(24)
BACA AYAT 1-5 SURAH TAHA
طه
(1) مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (2) إِلَّا تَذْكِرَةً
لِّمَن يَخْشَى (3) تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ
الْعُلَى (4) الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (5)
kemudian baca doa pelembut hati di bawah
اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
KEMUDIAN TIUPKAN KE AIR
Doa
di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa
melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri
sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada
iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas
perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain,
ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati
orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa
pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
Jenis air yang boleh digunakan:
1. Air Zam-zam
2. Air Kolah Masjid (tempat berwuduk)
3. Air Bacaan Yaasin beramai-ramai pada malam jumaat.
4. Air wuduk ibu bapa (syarat pengambilan air basuhan ialah 4 anggota wajib.
No comments:
Post a Comment