Perbezaan iblis,syaitan Dan jin????



Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru.


Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta jin, manusia dan malaikat. Bapa kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t Surah Ar-Rahman ayat 15 :

bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij ).

Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas." Sebab itulah jin telah terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia.

Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50) Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para malaikat. Ia digelar iblis, yang dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT murka. Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.Bermakna yang Allah ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat. Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Bagaimana pula dengan syaitan? Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat. Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat. Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan. Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia. Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia. Oleh itu usah keliru lagi. Ramai yang silap, keliru dan tidak faham selama ini.

Sekian.
Ustaz Hasan Darul Muallij

1 comment:

  1. Nak tnya.. kalau syaitan tu adalah sifat, terdiri dripada jin dan manusia, mengapa tidak nmpak manusia dibelengu jika ada yang dari golongan syaitan dalam bulan Ramadan?

    ReplyDelete