Buah Limau Purut

Digunakan untuk mandian pada bilasan terakhir bagi merawat gangguan dan juga sebagai aromatherapi

  • Ambil 3 biji limau purut diperah kedalam sebaldi air paip.
  • Masukkan 3 cawan air ruqyah(air yang dibacakn dengan manzil).
  • Isikan setengah kilo ais.
  • Mandian ini dibuat selepas asar dan selama 7 hari berturut-turut

Cuka Epal Ruqyah

Minum satu sudu cuka epal bersama satu cawan air ruqyah(air yang dibacakn dengan ayat-ayat manzil) pada waktu pagi , petang dan malam
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.
Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai home cure (ubat di rumah).






KHASIAT CUKA EPAL

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Wangian Kasturi Hitam


1.Memberi kekuatan pada roh
2.Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
3.Menenangkan Jiwa
4.Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
5.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
6.Menghilangkan debaran jantung
7.Menghilangkan Sesak Nafas
8.Melegakan Lelah (Asma)
9.Menyedarkan orang yang pengsan
10.Memperkuatkan organ luaran tubuh
 

11.Memperkuatkan organ dalaman tubuh
12.Menghilangkan rasa gementar
13.Menghilangkan sejuk tubuh
14.Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
15.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
16.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
17.Menjernihkan mata putih pada mata
18.Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
19.Mencegah wabak penyakit
20.Melanjutkan usia
21.Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
22.Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Perbezaan iblis,syaitan Dan jin????



Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru.


Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta jin, manusia dan malaikat. Bapa kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t Surah Ar-Rahman ayat 15 :

bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij ).

Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas." Sebab itulah jin telah terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia.

Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50) Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para malaikat. Ia digelar iblis, yang dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT murka. Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.Bermakna yang Allah ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat. Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Bagaimana pula dengan syaitan? Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat. Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat. Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan. Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia. Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia. Oleh itu usah keliru lagi. Ramai yang silap, keliru dan tidak faham selama ini.

Sekian.
Ustaz Hasan Darul Muallij