JADUAL RAWATAN PERDANA !!!

RAWATAN PERDANA 4

MASJID BANDAR TASIK PUTERI,RAWANG,SELANGOR
TARIKH: 17 JULAI 2011



RAWATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS (SAKA DAN SIHIR), RAWATAN PENYAKIT FIZIKAL  DAN RAWATAN BEKAM

RAWATAN PERDANA !!!

RAWATAN PERDANA SIRI 4  :10 JULAI 2011

MASJID AL-ABIDIN,TAMAN SRI SKUDAI,SKUDAI,JOHOR,
81300,MALAYSIA.

RAWATAN ADALAH UNTUK SAKA/SIHIR ,RAWATAN FIZIKAL
DAN RAWATAN BEKAM


RAWATAN PERDANA SIRI 5:  17 JULAI 2011

MASJID AS-SALAM,BUKIT SENTOSA,RAWANG,SELANGOR
DARUL EHSAN


RAWATAN ADALAH UNTUK SAKA/SIHIR ,RAWATAN FIZIKAL
DAN RAWATAN BEKAM

RAWATAN PERDANA SIRI 4

RAWATAN PERDANA SIRI 4 AKAN DIBUAT DI MASJID AL ABIDIN ,TAMAN SRI SKUDAI,SKUDAI,JOHOR 81300,MALAYSIA


rawatan yang akan dijalankan adalah RAWATAN SAKA/SIHIR,..RAWATAN FIZIKAL DAN RAWATAN BEKAM...

TERIMA KASIH

Pihak Darul Mualij mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada seorang HAMBA ALLAH yang menaja baju koprat untuk keseragaman perawat islam DARUL MUALIJ semasa RaWATAN PERDANA SIRI 3 di MASJID AL MUSLIHIN ,KG SUNGAI KANDIS ,SHAH ALAM....JAZAKALLAH

RAWATAN PERDANA SIRI KE 3

Alhamdulillah ,RAWATAN PERDANA SIRI3 berjalan dengan lancar walaupun sambutan yang kurang memuaskan disebabkan banyak kenduri khawin.Syeikh Muhammad Raffi Allaudeen mengulas tentang
RAWATAN PERDANA SIRI 3,"Alhamdulillah penyertaan amat menggalakkan daripada orang kampung . Kali ni rawatan dibuat secaraPERSONAL ,Ramai juga perawat-perawat baru yang hebat-hebat yang pertama kali ana jumpa.Seramai 15orng perawat yang terlibat dalam rawatan perdana kali ini.Kita juga mendapat kerjasama dengan yang sangat baik daripada pihak MASJID AL MUHSININ.Komitmen yang diberikan oleh pihak masjid sehingga sanggup memberi sponser air,limau dan juga makanan kepada pesakit.

PERAWAT-PERAWAT YANG TERLIBAT:

USTAZ HASSAN
USTAZ ROSDI
MUALIJ MUHAMMAD RAFFI
MUALIJ MUHAMMAD
MUALIJ JAMALI
MUALIJ RADZMI
MUALIJ MUHAMMAD HANAFIAH
MUALIJ MUDA AIZAT ISMAIL
MUALIJ MUDA HARITH FAIZUN
MUALIJ MUDA EMIR SYAIFUL

DAN LAIN-LAIN LAGI



                                                   
                                       
Bekam itu sunnah


                                       
                               Nanti kita jumpa kat Masjid Besi kat Putrajaya!

PENYAKIT GATAL KULIT



Anda sakit gatal kulit? kusta? kurap? Ubatinya seperti yang diperintahkanNya kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod ayat ke-42

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

“Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Kaedahnya:

1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya) atau;

2. Mandi dengan limau purut setiap hari atau;

3. Mandi dengan larutan sesudu garam atau tawas atau;

4. Mandi dengan campuran segenggam tanah (bukan macam nak samak)

5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya)(perubatan tradisional melayu)

Sebelum mandi, hentakkan kaki ke bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub dalam wahyu ilahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi, doanya ialah:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ)

Jangan lupa buat zikir 83 kali selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu:
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

14 August 2010


Tujuh Langkah Mengubati Penyakit Kulit


Tujuh Langkah Mengubati Penyakit Kulit perlu dituruti untuk mengubati penyakit kulit atau kegatalan selepas rawatan ruqyah dan bekam dibuat. Ini kerana apabila seseorang telah diruqyah, sihir atau gangguan jin telah hilang dan pergi namun yang tinggal hanya bekas di anggota badan. Ramai perawat tertinggal kaedah ini selepas meruqyah dan membekam (atau tidak tahu kaedah petua tradisional dan pengantar perubatan Islam)

1. Dengar cd ruqyah
Selepas proses ruqyah bersama perawat, pesakit hendaklah sentiasa mendengar ayat ruqyah dari cd atau rakaman sepanjang tempoh rawatan ini.

2. Baju sutera dan baju linen/nilon
Dalam tempoh rawatan di atas, baju sutera dipakai waktu tidur. Adakah baju sutera dilarang untuk lelaki? Ya, malah diharamkan kecuali bagi penyakit kulit!
Baju linen dan nilon pula dipakai pada hari siang. Jika memakai kain kapas, maka lambat sembuh. Muallij Mustaqim tak suruh orang sihat pakai, untuk org gatal satu badan je, Kalau gatal kat hujung jari, tak payah pakai!

Ikuti langkah seterusnya. Ianya mengambil masa 3 minggu.

3. Mandian Limau Purut dan Akar Kelapa
Untuk 3 hari yang pertama, mandian limau purut dibuat pada sebelah petang manakala mandian rebusan akar kelapa dibuat pada waktu pagi. Ia adalah mandian bilasan terakhir dan bukan mandian permulaan. Barang yang diperlukan ialah:

a. air ruqyah
b. limau purut 9 biji (3 biji setiap hari)
c. Akar pokok kelapa (panjang 2 jengkal sebanyak 5 batang dan direbus)

4. Tanah atau sarang angkut-angkut
Untuk hari ke 4, mandian air tanah perlu dibuat jika kegatalan kulit itu seluruh badan. Kaedahnya sama sepeti samak:
Langkah 1: 3 baldi air paip
Langkah 2: 1 baldi air tanah
Langkah 3: 2 baldi air kolah 2 masjid
Langkah 4: 1 baldi air ruqyah

Manakala jika tempat gatal itu cuma sedikit, dapatkan sarang angkut-angkut dan lumatkan dengan air liur dan cuma disapu ditempat gatal dan dibiarkan sejam sebelum bilas.

5. Madu
Selepas mandian air tanah tadi, lumurkan badan atau anggota yang gatal/berkudis/berkurap dengan madu. Lakukan di waktu pagi selepas solat subuh dan biarkan sehingga 1 jam minimum dan 3 jam maksimum.
Proses lumur madu ini dibuat selama 3 hari.

6. Inai (Henna)
Pada waktu malam pula, dapatkan daun inai sama ada yang dijual dikedai dalam bentuk botol ubat gigi ataupun dari daun inai yang ditumbuk sendiri. Air pati daun inai dilumur ke badan sejam sebelum tidur.
Proses ini dilakukan selama seminggu.

7. Mandian Daun Bidara
Selepas habis proses lumur inai selama 7 malam, kemudian pada waktu pagi, mandi dengan daun bidara (atau sabun daun bidara jika sukar nak dapatkan daun bidara). Mandian dengan daun bidara dengan melumatkan daun dengan tangan (gosok) dan sapu daun itu ke seluruh badan. Sebanyak 7 helai daun diperlukan bagi sekali mandian.
Mandi dengan daun bidara pada pagi dan petang selama 3 hari.
**boleh guna daun ketapang jika gagal mencari daun atau sabun bidara.

Pantang semasa tempoh rawatan.

1. Makan makanan laut kecuali ikan. Ikan perkasam dilarang!
2. Makan apa saja telur
3. Makan makanan peram, perkasam dan jeruk.
4. Buat maksiat termasuklah merempit mahupun pakai pakaian seksa mata hati.
5. Pakai baju kain kapas/cotton.
6. Percaya kepada tuah barang mistik
7. Tinggalkan solat kecuali haid.

Digalakkan....

1. makan kurma ajwah setiap pagi sebanyak 7 biji. Jika tidak mampu, kurma yusuf tayyob pun boleh.
2. Puasa sunat sepanjang tempoh rawatan (jika berdaya, jika tidak.. buat puasa Nabi Daud yakni selang sehari)
3. Minum madu 3 sudu selepas dan sebelum tidur.
4. Mendengar cd ruqyah sebelum tidur dan lebih afdal pada pagi, petang dan malam.
5. Minum susu kambing
6. Makan habatus sauda (dari bijirin untuk dikunyah kerana enzim kunyahan lebih baik dari minuman).
7. Zikir dan solat tahajjud.

Selepas 21 hari atau seminggu dalam rawatan, mungkin akan terhasil parut kasar. Gunakan minyak zaitun untuk sapuan. Bukan minyak olive johnson n johnson atau safi dan yang sewaktu dengannya.

DOA SULAIMAN




Ada diriwayatkan tatakala ditanya oleh mereka kepada Nabi SAW :
"Wahai Rasulullah SAW, antara banyak-banyak Nabi itu, Nabi
manakah yang Rasulullah SAW suka?" Jawab dan Sabdanya Nabi SAW :
"Semua Nabi-Nabi itu adalah saudara-saudaraku. Antara mereka yang
aku suka adalah Nabi Yunus AS."

Maka sebanyak-banyak Nabi itu pula, Nabi manakah yang dikurniakan
mengetahui rahsianya Ilmu Bismillah? Diriwayatkan hanya kepada 2
orang Nabi sahaja yang Allah SWT telah kurniakan kepada mereka
Rahsia Ilmu Bismillah.

(Pertama) Kepada Nabi Sulaiman AS.
(Kedua) Kepada Junjungan Agung kita, Nabi Muhammad SAW.

(Pertama) Nabi Sulaiman AS bisa menakluki TIMUR dan BARAT.
(Kedua) Nabi Muhammad SAW pula bisa menguasai...
7 PETALA LANGIT, 7 PETALA BUMI, Serta barang diantara keduanya.

Nabi Sulaiman AS terkenal dengan :
Mahkota Nabi Sulaiman,
Tongkat Nabi Sulaiman,
Cincin Nabi Sulaiman (King Solomon Ring), dll.

Doa Nabi Sulaiman دعاء نبي الله سليمان

Barangsiapa beramal dengan doa ini selepas solat maghrib sebanyak 7x insya Allah lepas ia daripada bahaya dunia dan akhirat, mendapat rezeki yang murah dan berkat selama-lamanya, jikalau berhutang terlepas, dapat binakan jin dan syaitan, aman dari segala jenis binatang yg buas, berkat dalam perjalanan jauh

اَللَّهُمَّ أَدْخِلْنَا فِى سُـوْرِ سُـلَيْمَانَ وَمَلَكَ سُـلَيْمَانُ مِنَ الْمشْـرِقِ وَالْمَغْرِبِ بِذَاتِهِ وَصِفَاتِهِ وَأَفْعَالِهِ وَقُوَّتِهِ وَسـَلاَمٌ يَارَبَّ جِبْرَآئِيْلَ وَمِيْكَآئِيْلَ وَإِسْـرَافِيْلَ وَعِزْرَآئِيْلَ وَمَلَكَ سُـلَيْمَانُ مِنَ الْمَشـْرِقِ وَالْمَغْرِبِ جِنًّا وَإِنْسَـانًا وَرِيْحًا وَغَمَامًا تَسْـلِيَمًا كَثِيْرًا كثِيْرًا وَسُـبْحَانَهُ وَتَعَالَى جَلَّ جَلَالُهُ وَكَمَالُهُ اِعْلَمْ يَآ إِبْلِيْس يَآ إِبْلِيْس يَآ إِبْلِيْس وَالشَّيَاطِيْنُ سَـاكِنِيْنَ فِى الظُّلُمَاتِ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَآءَ سُـلَيْمَانَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سُـلَيْمَانَ وَعَلَى سَـائِرِ الْأَنْبِيَاءِ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya."

Doa Nabi Sulaiman II دعاء نبي الله سليمان

بِسمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ, اَلَّلهُمَّ صَلِّ وَسـلِّمْ عَلى سـَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل مُحَمَّدٍ ,اَلَّلهُمَّ إنَّ خَلْتَ فِى سُـوْرَةِ سُـلَيْمَانَ وَمِنْكَ سُـلَيْمَانَ مِنَ المَشْـرِقِ وَالمَغْرِبِ, لِذَاتِهِ وَصِفَاتِ وَسـلَامِ يَارَبَّ يَارَبَّ يَا رَبَّ جِبْرَيلِ وَمِيكَائِيلُ وَإسـرَافِيلُ وَعِزرَائِيلُ, وَمُلْكُ سـلَيْمَانَ مِنَ المَشْـرِقِ وَالمَغْرِبِ,جِنًّا وَإِنْسَـانًا وَرِيْحًا وَغَمَامًا وَسَـلَمًا تَسـلِيمًا كَثِيرًا كَثِيرًا سُـبْحَانَه وَتَعَالَى جَلَالُهُ وَكَمَالُهُ عَلِيمًا, يَا اِبْلِسُوْ وَشَـيْطَانُ وَسَكَرًا فِى الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّورِ رَبَّنَا رَبَّنَا رَبَّنَا تَقَبَّلْ سـُلَيْمَانُ وَصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلِّم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Tuhan memberkati atas kami Muhammad dan keluarga Muhammad, Ya Allah, dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman dan kerajaanmu sulaiman dari timur dan barat, hal yang sama dengan sifatmu dan sejahtera
Wahai Tuhan 3x kepada Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, kerajaan sulaiman dari timur ke barat, dari jin, manusia, angin dan awan, dan menyerahkan pengakuan sebanyak-banyaknya, Maha suci Allah taala yang maha mulia kemuliaan dan kesempurnaan ilmuNya. Wahai iblis, dan Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan dari cahaya.Tuhan kami (3x) terimalah doa sulaiman s.a.w

Doa Nabi Sulaiman as Untuk Kerajaan Tiada Banding

Nabi Sulaiman dan nabi Daud termasuk nabi-nabi Ilahi yang Allah swt sebutkan dengan baik di dalam al-Qur’an. Karena nabi Sulaiman as memiliki ketertarikan luar biasa kepada kuda, tentara beliau mengatur pertandingan balapan kuda untuk mempersiapkan diri berperang menghadapi musuh dan nabi Sulaiman as menyaksikan pertunjukan tersebut. Pertandingan berjalan lama sementara waktu utama shalat telah berlalu. Allah swt yang hendak menguji nabi Sulaiman as memaparkan sebuah jenazah di hadapan beliau as. Nabi Sulaiman as menghadapkan wajah ke hadirat Ilahi dan mengangkat tangan berdoa dan berkata:

رَبِّ اغْفِرْ لى‏ وَهَبْ لى‏ مُلْكاً لا يَنْبَغى‏ لأَحَدٍ مِنْ بَعْدى‏ إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”(QS. Shaad [38]: 35.)

Allah swt pun mewujudkan keinginan beliau dan menganugerahkan sebuah kerajaan tiada banding kepada beliau as. Setelah ribuan tahun berlalu kisah kerajaan nabi Sulaiman masih tetap dibicarakan dan kebesaran dan keagungannya selalu diingat.

Doa Nabi Sulaiman as Untuk Taufik Mensyukuri Nikmat-nikmat Ilahi

Pada doa sebelumnya telah kita katakan bahwa Allah swt memberikan sebuah kerajaan tiada banding kepada nabi Sulaiman as. Meskipun mayoritas manusia ketika mencapai kekuasaan dan kekayaan melalaikan Allah swt Sang Pemberi nikmat, akan tetapi setiapkali nabi Sulaiman as melihat kenikmatan-kenikmatan material dan spiritual yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada beliau as dan sebelumnya kepada ayahanda beliau, nabi Daud as, beliau berkata: “Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya).”(QS. An-Naml [27]: 40.)

Suatu hari nabi Sulaiman as bersama bala tentara melewati suatu wilayah dan beliau as mendengar bahwa pemimpin para semut berkata kepada semut-semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Nabi Sulaiman as yang memahami bahasa seluruh makhluk hidup ketika mendengar ucapan ini tersenyum dengan tertawa dan mengangkat tangan berdoa seraya mengucapkan demikian:

رَبِّ أَوْزِعْنى‏ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الّتى‏ أَنْعَمْتَ عَلَىّ وَعَلى‏ والِدَىَّ وَأَنْ اَعْمَلَ صالِحاً تَرْضيهُ وَأَدْخِلْنى‏ بِرَحْمَتِكَ فى‏ عِبادِكَ الصَّالِحينَ

“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.”[QS. An-Naml [27]: 19.]

Nabi Daud Dan Sulaiman Ber-“Hamd” Kepada Allah swt

Ber-“hamd” (memuji) dan bersyukur kepada yang membantu dan menolong adalah sebuah perbuatan yang terpuji dan harus. Dan siapakah yang seperti Allah swt memberikan anugerah, pemaafan dan kebaikan! Apa pun kenikmatan, kemampuan dan kesempurnaan yang kita miliki adalah dari Dia. Allah swt menganugerahkan berbagai kenikmatan kepada dua nabi-Nya, Daud dan Sualaiman as dan memberikan sebagian kenikmatan kepada keduanya yang tidak diberikan kepada yang lain. Allah swt memberikan ilmu tentang hukum dan pengadilan dan membuat tembaga menjadi lembut di tangan beliau as dan menganugerahkan kepada nabi Sulaiman as pengetahuan tentang bahasa burung dan binatang-binatang, penguasaan jin, pengendaraan udara dan kerajaan tiada banding. Namun kedua pemimpin kaum muwahhid memuji dan bersyukur kepada Allah swt dan mengucapkan:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذى‏ فَضَّلَنا عَلى‏ كَثيرٍ مِنْ عِبادِهِ الْمُؤْمِنينَ

“Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman(QS. An-Naml [27]: 15.)

RAWATAN ISLAM PERDANA SIRI KE 3-new banner

                                                    image from KLINIIK MUALLIJ

Rawatan Penyakit Fizikal Dengan kaedah petua melayu

Marhaban! Sebelum kita teruskan tajuk ini, mohon iklan sekejap. Pelancaran Buku Siri Pengajian Pengubatan Islam Darussyifa. Ianya dari Edisi Rintis untuk Jilid-1 hingga Jilid-5 diterbitkan berperingkat-peringkat . Setelah kelima-lima jilid edisi rintis diterbitkan, buku ini telah disemak dengan teliti dan disusun semula. Banyak pembaharuan yang telah dibuat termasuk ditukar gambar kulitnya. Buku yang telah disemak semula ini boleh dijual untuk pasaran umum. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sangat berpuas hati dengan buku ini dan telah dilancarkan pada hari Isnin 25 April 2011 jam 6:30 petang di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.

Buku ini boleh dibeli setelah dilancarkan pada 25-April-2011. Harga senaskah buku ini ialah RM20.00, bagaimanapun harga yang dijual di Koperasi Darussyifa’ Bandar Baru Bangi ialah RM18.00 senaskah atau RM90 untuk kelima-lima jilid.

Rawatan Penyakit Fizikal Dengan kaedah petua melayu.

Selawat Syifa' sebagai selawat penyembuhan yang dibaca bersama surah al-fatihah. Lafaz selawat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut: 





اللهمّ صَلِّ على سَيِّدِنَا مُحَمَّد طِبِّ القُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأبْدَان وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأبصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ



Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah."

RESDUNG
Penyakit ini merupakan sejenis penyakit hidung yang mempunyai pelbagai simptom bergantung kepada individu-individu berkenaan. Ada yang mengalami kesesakan bernafas dan ada juga yang sentiasa bersin terutamanya di waktu pagi. Cara merawatnya adalah ambil enam helai daun limau purut dan enam helai daun limau nipis. Tumbuk daun ini bersama-sama dan dibakar pada nyalaan api untuk menghasilkan asap dan baunya. Asap yang terhasil disedut melalui hidung dengan menarik nafas yang panjang dan dihembuskan nafas keluar melalui mulut.

SAKIT GIGI
Rawatan: Ambil tempurung kelapa , dibakar dan kemudiannya ditelangkupkan sebuah bekas plastik atau kaca ke atasnya. Tujuannya adalah untuk menghasilkan wapnya atau abu minyak pada bekas tersebut. Calitkan wap tersebut dengan kapas yang kecil dan letakkan kapas tersebut di gigi yang sakit.

SENGGUGUT
Bahan: Lima helai daun ati-ati , 3 cm ubi bemban ,satu camca kecil abu dan satu gelas air. Daun ati-ati dan ubi bemban ditumbuk dan dicampurkan dengan abu. Dan kemudiannya dimasukkan dalam satu bekas berisi air. Separuh dari larutan tadi diminum ketika sakit dan sebahagian yang lebih itu kira-kira lima jam kemudiannya.

SEMBELIT
Ramuan: 2 biji nenas masak. Nenas yang telah dibasuh ,diparut dan perahkan airnya. Simpan dalam bekas di dalam peti ais. Airnya diminum sebanyak satu cawan dua kali sehari.

KURAP
Rawatan: 11 – 13 helai daun ketapang, 1 camca kecil kapur sirih. Tumbukkan dan penyekkan daun ketapang bersama-sama dengan kapur sehingga lumat. Sapukan ubat tadi pada tempat yang dijangkiti iaitu 2 – 3 kali sehari bergantung kepada besarnya kawasan jangkitan dan biarkan ia kering sendiri.

KURANG NAFSU MAKAN
Bahan: 3 cm bahagian ubi lempuyung , 3 cm bahagian ubi cekur, 3 cm bahagian ubi temu kuning. Tumbukkan keseluruhan ramuan hingga lumat dan perahkan airnya ke dalam satu bekas. Minum air hasil tumbukkan pada setiap pagi.

PENYAKIT ANGIN
Orang yang menghidapi penyakit angin dan sering merasa sejuk perlu minuman campuran berikut tiap-tiap hari. Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam . Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. Campuran tersebut hendaklah di ayak terlebih dahulu . Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. Sebuk tersebut kemudian di campur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ubat ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk.

BARAH
Barah yang baru menyerang mungkin dapat diubati dengan mengambil sehelai daun sirih yang disapu dengan sedikit kapur sirih. Daun sirih itu dijampi terlebih dahulu sebelum disapukan pada bahagian yang ditumbuhi barah. Jampi ubat barah adalah seperti berikut:
Bismillahirrahmanirrahim, kayu aras, darah babi, pecah darah, pacah bisul
Banyak susu basi yang jadi berkat La ilaha illallah Muhammadur rasulullah.
Daun sirih yang telah dijampi itu hendaklah disapukan pada barah di waktu matahari terbenam hampir terbenam (senja). Pengubatan ini dilakukan selama 3 hari berturut-turut.

BISUL
Bahan untuk mengubati bisul adalah sama seperti pengubatan barah tetapi jampi yang digunakan adalah seperti berikut:
Bismillahirrahmanirrahim, kerasak kerisik rat gigitir, daging jangan masak, urat jangan tagincit, berkat akan menjampi ubat tawan bisul, berkat La ilaha illallah Muhammadur rasulullah.
Sirih tadi disapukan di sekeliling bisul. Bahagian mata bisul ditinggalkan tanpa disapu. Lakukan tiap-tiap hari sehingga bisul pecah dengan sendirinya.

BATUK BERDARAH
Pokok cili api sangat berguna dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok cili api yang telah mati dan kering perlu disimpan untuk digunakan sebagai ubat. Seseorang yang menderita batuk berdarah boleh diubati dengan menggunakan akan cili api yang telah kering. Akar cili api tidak kira berapa banyaknya direndam dalam air sejuk selama semalam. Air rendaman itu diminum tiap-tiap pagi dan malam sehingga penyakit itu benar-benar sembuh.

UBAT BAU BADAN DAN DARAH KOTOR
Bau badan yang tidak sedap dapat diatasi dengan membiasakan diri memakan daun selasih sebagai ulam. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak ulam ini dapat melancarkan atau menyegerakan keluarnya darah kotor.

MUDAH BERSALIN
Ubat yang akan diterangkan di bawah ini dapat digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin atau sekiranya ibu belum sampai lagi masanya untuk bersalin maka ubat ini akan menyembuhkan segera kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu. Bahan-bahan yang diperlukan ialah 10 biji lada putih , sebiji garam jantan, 3 – 4 inci halia dan 2 sudu besar gula merah. Halia tersebut hendaklah ditumbuk atau diparut terlebih dahulu. Air perahannya dimendapkan terlebih dahulu kemudian di bubuh di dalam gelas lain dan di campur dengan bahan-bahan selebihnya. Air perahan ini mestilah sekurang-kurangnya suku cawan atau seruas jari manis. Sekiranya air halia itu masih kurang dari suku, maka halia perlu ditumbuk lagi untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan itu. Ubat ini diminum apabila ibu-ibu mengalami kesakitan yang agak teruk.

DARAH TINGGI
Darah tinggi merupakan penyakit yang merbahaya. Penyakit ini sukar diubati oleh perubatan moden. Pesakit sering kali mengubati penyakit darah tinggi dengan menggunakan perubatan tradisional. Di samping berpantang mereka juga makan ubat-ubat yang pahit. Di antara tanda-tanda seseorang itu mengidap sakit darah tinggi ialah pening kepala yang berpanjangan, sering pitam dan bahagian-bahagian badan terasa sakit dan lemah. Sebelum istilah darah tinggi ini diketahui masyarakat Melayu mengenalinya sebagai penyakit lemah. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing. Salah satu cara untuk mengubati adalah dengan minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.

DEMAM PANAS
Sakit demam panas dapat diubati dengan menggunakan beberapa jenis bahan iaitu beberapa helai daun tapak itik atau daun sedingin , daun bunga raya, sebiji bawang merah tunggal dan sebiji garam jantan. Bahan-bahan ini kemudian diramas di dalam air. Air ramuan ini di jaram atau disapukan di kepada pesakit. Cara ini dilakukan beberapa kali sehingga pesakit tersebut merasa lega atau suhu badannya menurun.

DEMAM SELSEMA
Caranya adalah dengan menconteng sedikit kunyit bersama sedikit kapur sirih. Kunyit ini diconteng seperti tanda ( + ) ini di dahi, tapak kaki , tapak tangan dan dada. Selepas itu kunyit yang digunakan terus dibuang. Ubat ini bertujuan untuk menurunkan sesak nafas dan mengelakkan hidungnya tersumbat. Selain dari itu orang-orang tua, percaya kanak-kanak yang mendapat selesema kerana gangguan dari syaitan atau makhluk halus. Oleh itu syaitan akan menjauhkan diri dari kanak-kanak tersebut apabila kunyit disapukan pada bahagian tertentu badan.

SAKIT KENCING, GATAL-GATAL DAN KEPUTIHAN
Sakit kencing ialah sakit yang dialami oleh seseorang semasa membuang air kecil. Penyakit ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja . Penyakit gatal-gatal dan keputihan pula adalah penyakit yang sering terjadi kepada wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum. Keputihan juga sering kali disebut sebagai darah putih. Keputihan ialah lendir-lendir berwarna putih yang keluar dari rahim. Pesakit yang mengalaminya akan berkeadaan letih dan kurang bertenaga. Penyakit ini bertambah banyak apabila seseorang itu berada dalam runsing atau sedang menghadapi sesuatu maslah. Penyakit ini amat merbahaya sekiranya dibiarkan berlarutan. Penyakit ini dapat diubati dengan cara mengambil 7 helai daun sirih kerakap , 3 pucuk daun selasih dan seketul ibu kunyit . Bahan –bahan ini ditumbuk dan diperah airnya . Kunyit boleh ditambah lagi sekiranya air perahan belum cukup seruas jari manis. Perahan ini di campur dengan sebiji garam jantan dan dimendapkan terlebih dahulu sebelum diminum tiap-tiap pagi dan malam. Di buat 3 hari berturut-turut .Sebelum minum pesakit perlu baca surah Al-Fatihah dan selawat 3 kali. Pesakit dilarang makan makanan yang terlalu berminyak dan gatal seperti udang, ikan kembung dan lain-lain serta makan makanan sejuk seperti betik dan labu.

GATAL KULIT
Cara ubi bemban belanda atau bemban sualih. Ubi ini diparut mengikut keperluan penyakit kulit dan kemudian disapukan ke bahagian-bahagian kulit yang berpenyakit. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat jerawat, membersihkan dan melicinkan kulit muka. 

GASTRIK
Gastrik peringkat awal : Caranya minum susu kambing dan mengamalkan minum madu sebanyak sesudu sehari sama ada di waktu pagi atau malam. Selain daripada itu pesakit disuruh makan sekepal nasi sejuk yang telah digaul dengan gula pada tiap-tiap pagi sebelum bersarapan.

KENCING MANIS
Penyakit ini merupakan suatu penyakit yang sangat sukar diubati oleh perubatan moden. Pesakit sering menemui maut akibat luka atau kudis yang tidak boleh sembuh. Bahagian –bahagian tertentu di badan kerap kali dipotong kerana luka yang tidak boleh sembuh. Pesakit dilarang makan makanan yang manis atau terlalu berkanji seperti nasi atau roti. Pesakit digalakkan makan makanan yang pahit seperti peria, jering, petai, pucuk pegaga dan lain-lain. Selain dari itu pesakit juga dilarang makan makanan yang berawet seperti sardin, buah-buahan dalam tin dan sebagainya. Ibu-ibu mengandung yang mengidap penyakit ini kerap kali mengalami keguguran. Kelahiran bayi pula berlaku ketika kandungan baru mencapai 7 bulan. Cara pengubatan adalah dengan menggunakan pokok periuk kera. Caranya ialah dengan merebus seluruh pokok periuk kera ini ikut sukatan yang berikut: Sepokok periuk kera ini digunakan untuk mendapatkan secawan air rebusan. Caranya ialah dengan rebus pokok periuk kera dengan 3 kali ganda air dari jumlah yang diperlukan. Air rebusan ini boleh diminum bila-bila masa seperti minum air teh atau kopi.

LUKA
Caranya : Rumput sialah di campur dengan sedikit kapur sirih. Ubat ini dijampi terlebih dahulu sebelum digunakan.

MENGELUARKAN DARAH KOTOR SELEPAS BERSALIN
Pokok mangkukkan. Air rendaman pokok mangkukkan ini digunakan untuk mengeluarkan darah kotor yang disebut sebagai ‘lungsur’. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai akar pokok mangkukkan kemudian dipotong kira-kira seinci atau 2 inci dan direndam semalaman di dalam air. Air hendaklah diminum pada tiap-tiap pagi sekurang-kurangnya selama seminggu. (Pokok ini sering digunakan sebagai penghias halaman atau pagar rumah. Daunnya digunakan untuk sebagai ubat penyubur rambut)

PERUT KEMBUNG
Beberapa helai daun jarak, daun sirih dan daun bungkal udang. Kesemua bahan digunting atau di cincang halus, di campur dengan minyak kelapa atau zaitun. Campuran hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Kemudian disapu ke perut pesakit semasa suam-suam panas.

SAKIT MATA
Titikan air perahan pucuk kacang belimbing atau kacang botol pada mata. Dilakukan selama 3 hari berturut-turut.

SAKIT PERUT
Gunakan daun durian belanda. Pucuk durian belanda diambil kira-kira 3 atau 4 helai dan di campur dengan sedikit air kapur sirih. Daun –daun ini dilenyek di tapak tangan dan terus disapukan di perut yang sakit.

SAKIT PINGGANG
Layurkan sehelai daun bakung yang telah disapu dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan daun yang disapu minyak ini pada pinggang yang sakit.

SEJUK KAKI DAN KEBAS
Jika kaki tangan sering mengalami sejuk-sejuk dan kebas seseorang itu boleh mengamalkan ubat ini. Bahan : beberapa batang serai. Serai ini digiling lalu disapukan pada bahagian yang sejuk atau kebas. Pengubatan dilakukan pada tiap-tiap malam semasa hendak tidur dan tidak boleh kena air.

Rujukan - Buku Sebahagian dari rawatan pesakit menurut Al-Quran dan Al-Sunnah oleh Tuan Guru Harun Din dan Amran Kasimin (1987) Percetakan Watan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

ADAKAH JIN MATI DISEMBELIH DAN APA HUKUMANYA

Email yang seterusnya ialah dari pesakit yang berpengalaman mendapat rawatan dengan kebanyakan pusat rawatan di Malaysia seluruh tanah air. Hanya menanti ana merawat sahaja. Pernah datang ke Melaka tetapi tak kesampaian untuk ana merawatnya kerana ketika itu ana sibuk.

Soalan:

1) Apa hukumnya sembelih jin yang masuk tubuh manusia hingga mati, ada dalilkah yang menunjukkan haram membunuh jin yang merasuk ni? Saya pun kurang pasti tentang hukum sembelih jin tapi ada dengar perawat islam di expose mistik dan ustaz di sekolah bercerita bunuh jin hanya ada sebab, bukan boleh main sembelih je. Jin hanya mati di alam manusia sahaja tetapi di alam ghaib masih ada lagi.

2) Yang kedua, perawat cakap jin ini makhluk yang IQnya rendah sikit, jadi senang kena tipu. Adakah jin tertipu atau perawat yang tertipu? Soalan saya ini juga berkait dengan sembelih jin, manalah tahu kot-kot jin acah-acah kat perawat supaya perawat rasa dirinya handal dapat sembelih jin.

3) Ketiga, Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas atau diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan. Diat jenayah membunuh dengan sengaja ialah 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp;
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah

Jenis qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. Jika membunuh dengan sengaja, maknanya qisasnya bunuh semula orang yang membunuh.

Bermakna adakah perawat boleh dikenakan qisas? atau diat?

Jawapan

1) Sebenarnya kita tidak tahu adakah jin itu mati disembelih, hanya terlihat respon jin itu seolah-olah mati (pesakit tumbang). Ana sendiri tak pernah sembelih jin walaupun ada menuntut ilmu sembelih ini. Tiada dalil 'haram' bunuh/sembelih jin, memang tiada di dalam al-quran mahupun hadis. Cuma ada satu hadis di mana Nabi tidak jadi mengikat jin yang mengganggu solatnya kerana Nabi saw teringat doa Nabi Sulaiaman iaitu dalam surah Sod ayat 20:

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكاً لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
Sembelih bukan jalan penyelesaian kerana ana pernah mendapat pesakit yang pernah memberitahu perawat yang ditemuinya dah sembelih jin tapi gangguan tak beransur sembuh. Inilah bukti bahawa sembelih bukan jalan penyelesaian. Datangkan kepada ana, pesakit yang sembuh setelah disembelih, barulah ana tarik balik statement ni.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa ayat 29:

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً
sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Dalam surah al-Isra ayat 82, Allah memesan kepada orang yang beriman, jadikan pembacaan al-quran sebagai penawar dan penyembuh:


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

2) IQ jin tidak rendah, malah diceritakan jin mampu membina istana Nabi Sulaiman hingga Balqis mengangkat kainnya kerana disangka sedang berjalan di atas air. Dalilnya dalam surah al-naml ayat 44:


قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam".

Teknologi itu baru dapat ditiru umat Nabi Muhammad iaitu Lantai Marmar. Jin jadi 'bingai' kerana kesan ruqyah yang dibaca, manusia juga akan jadi 'bingai' kalau dipukul/dibelasah di ISA/Penjara walaupun manusia itu ada phD.
Ada juga jin IQ rendah sebagaimana manusia. Ada yang tak sekolah, macam manusia juga. Di Amerika, walaupun negara moden tapi ada yang tak pandai membaca. Jadi benda ini 'subjektif' sebenarnya.
Jika jin yang mengganggu itu jenis IQ tinggi, kadang-kadang dia buat-buat bodoh sebab dia nak memperdayakan perawat. Jadi untuk kes ini, mungkin perawat yang tertipu. 
Maka boleh jadi jin acah-acah mati ketika disembelih itu 80-20. Mungkin juga jenis jin missionary iaitu jin yang cuba memperdayakan keimanan perawat. Bila perawat lihat jin mati, lalu timbul takbur dan bangga, lalu disiarkan di blog dan di kedai kopi mahupun warung mamak.

3) Kesalahan-kesalahan soalan nombor tiga termasuk di bawah kategori ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas. Namun begitu, terdapat hukuman bagi ta'zir iaitu nasihat, teguran, ancaman, pemulauan, pengisytiharan (mendedahkan aib mereka kepada umum), denda, penjara, sebat, bunuh dan buang daerah. 
Jika benar perawat itu bersalah membunuh (dan andaikata jenayah membunuh jin itu termasuk dalam hudud), tetapi tiada bukti mengesahkannya, maka perawat itu harus dinasihat atau ditegur atau dipulau. Ini kerana kesalahannya tidak nampak dan tiada bukti. Tidak mustahil jin itu ada Islam, ada kafir. Jika yang disembelih itu Islam? Ia boleh dimasuk ke dalam jenayah hudud kerana hukum hudud terpakai kepada semua hamba Allah yang beragama Islam. Wallahu alam.

Dalam surah al-Baqarah ayat 178, Allah swt berfirman:


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan yang dibunuh;  merdeka dengan yangg merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih

Namun begitu ana akhiri dengan sedikit pendapat ana, tidak perlu sembelih jin. Yakin dengan Allah dengan membaca surah al-baqarah. Malah jika yakin, ayat kursi itu sudah mampu membunuh jin. Azan pula sudah mampu membuat jin terberak/tercirit. Biasanya perawat tidak yakin dengan doanya pada Allah, maka perawat itu menggunakan teknik sembelih. Ini telah dikiaskan oleh perawat tentang pendapat sembelih, contohnya.. palestin sedang ditakluk Israel, kalau kita bom nuklear Israel, tentu selesai masalah. Jika doa (qunut nazilah) sahaja, sudah 40 tahun Israel selamat, tak jadi apa-apa pun walaupun sudah 40 tahun.
Konsep tawakal itu sudah hilang dari dalam diri perawat yang berkata begitu. Ana pernah mendengar ceramah Habib Umar, katanya.. lailaha illallah itu mampu membenamkan musuh Islam. Pada penghujung dunia kelak, konstatinopel akan dirampas oleh Islam semula dengan kalimah Lailaha illallah tanpa pertumpahan darah kerana yakinnya uma

KEAJAIBAN ANGKA AL-QURAN

Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an.

1. Dalam al-Qur’an ada 114 surat, di dalamnya ada 6236 ayat, semua itu tercakup dalam 30 juz, dan setiap juz terbagi menjadi dua hizb dan dengan demikian al-Qur’an tersusun dalam 60 hizb.

2. Setiap surat dimulai dengan Bismillah kecuali surat at-Taubah, adapun surat an-Naml maka di dalamnya ada 2 Bismillah.
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


"Sesungguhnya (surat itu) dari Nabi Sulaiman, dan sesungguhnya (kandungannya): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (An-Namlu: 30)

3. Dua puluh sembilan surat diawali dengan al-Huruf al-Muaqhatha’ah

Ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW. Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :

1. Solat – 5 kali
2. Dunia - 115 Kali : Akhirat – 115 Kali
3. Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali
4. Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali
5. Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali
6. Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali
7. Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :
8. Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali
9. Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
10. Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali
11. Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali
12. Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali
13. Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali
14. Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali
15. Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali
16. Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali
17. Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali
18. Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali
19. Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali
20. Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali
21. Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali
22. Iblis - 11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
23. Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali
24. Penawar- 4 kali : Muhammad - 4 kali
25. Sajada - 34 kali : 34 =Jumlah sujud dalam solat
26. Muhammad/Ahmad - 5 kali : Selawat - 5 kali
27. Dirikan solat - 17 kali : 17=Jumlah rakaat solat
28. Perang - 6 kali : Tawanan - 6 kali
29. Minggu - 7 : 7 hari = seminggu
30. Jam (saah) - 24 kali : jumlah jam dalam sehari


LAUT dan DARAT : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

RAWATAN PERDANA SIRI 2

dari kiri : Mualij Bukhari, Mualij Amli, Mualij Faizal, Ust Hassan

2.4.2011 - para mualij berkumpul di Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas Muar, Johor... pada malam tu para mualij dan pembantu mualij berta'ruf selepas menunaikan solat Isyak. 

Duduk bersama semasa majlis makan malam sambil bercerita perihal dan kerenah masing masing... memang lah seronok, yang suka buat lawak Ust Hassan mukanya serius jer, tp org lain ketawa... Kenangan seperti ini pasti kami tidak akan lupakan... Majlis ta'ruf selesai hampir jam 12.00 malam (lamanya..)... sebab masing masing cerita pengalaman merawat... dan pengalaman menghadapi pesakit paling kritikal... (disinilah yang dapat kita berkongsi ilmu)..


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.

Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.

barisan perawat tp ramai lagi sebab ada urusan
3.4.2011 - jam 7.30am kami berkumpul dan persiapan kelengkapan untuk merawat telah sempurna. hanya menunggu kunjungan dari pesakit... 

masing masing dah baca tahsin dan amalan pendinding diri, memohon pada Allah supaya dijauhkan segala musibah.

Gabungan dari TIAF,AKRINE, KISWAH, D'SAKA, D'SYIFA', dan ramai lagi telah turut serta ratawan perdana kali ini..


Suasana rawatan
Sessi RUQYAH pertama disampaikan oleh Syiekh Mustaqim... awal awal dah kena kerja keras sebab ramai pesakit kerasukan...

Sessi pertama seramai hampir 40 orang dipanggil untuk memperdengarkan bacaan ruqyah. Paling ramai pesakit yg daftar adalah perempuan berbanding dengan lelaki.





pesakit kritikal
dibacakan ayat ayat azab.. ayat dakwah...ayat peringatan.. supaya jin yang ada insaf... dalam rawatan hanya bertawakal pada Allah.. tidak pada lainnya.. yg terjadi dan segala pergerakkan semua dari-Nya...



Daripada Abdullah ibn Abbas ra, bahawa Rasulullah pernah berdoa: “Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati (Muttafiqun alaih)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

dalam rawatan pasti ada yg muntah...


Doa adalah mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoakepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.

Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.


turun... turun ..turun....
antara yang kena sembelih

waktu makan kita makan

senyum jer depan jurucamera.... amacam!! cantik tak ves ni..

mualij khairunizam asib & syeikh bukhari


Ust Mohd Mahelah.. sedang RUQYAH

aaaaa... bisik apa tu!!??..

pak cik ni ada gangguan sikit jer... penawarnya sembahyang berjemaah ya.

alhamdulilblah.. terima kasih tak terhingga kepada TG Uts Wan Asrul, kerana masih sempat ziarah kami..

alahai lama tak jumpa...

barisan pejuang pejuang ..

Setiap Penyakit ada penawarnya... 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”. (Abu Daud)

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Ibnu Mas'ud
Terima kasih kepada pembantu perawat dari Pemuda Cawangan Ledang, Pemuda Pagoh, Pemuda Segamat

Terima kasih kepada perawat yang terlibat... 
Terima kasih kepada AJK Masjid Sultan Ismail Tangjung Agas, Muar, Johor..

InsyaLLAH mungkin pada bila bila masa nanti akan muncul Rawatan Perdana Siri ke 3... sama2 lah kita doakan...