RAWATAN ISLAM PERDANA KALI KE 6 SELESAI…..ALHAMDULILLAHH…



Alhamdulillah pada 3hb Jun 2012 baru ni diadakan rawatan islam perdana ke 6 di masjid al-irsyad taman subang mewah usj 1 subang jaya,Selangor berjalan seperti yang dijadualkan. Berbekalkan semangat ingin teruskan rawatan perdana sepertimana sebelum ini yang sudah kali ke 6 dan dihadiri oleh beberapa perawat jemputan yang sangat setia dan komitmen dalam menyumbangkan tenaga mereka dalam pelbagai kemahiran yang digunakan untuk memulihkan dan meringankn bebanan pesakit yang dihadapi. Tahniah kepada semua perawat yang hadir yang begitu ikhlas dalam rawatan sejak awal pagi sehingga petang masih terus merawat walhal badan dan kudrat begitu keletihan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.Tunggu rawatan islam perdana yang ke 7 Insyaallah.