RAWATAN BAGI DEMAM





(Apa-apa je jenis demam )

1.Baca pada air biasa / mineral,air zam-zam atau air kelapa muda - Fatihah 41x

2. قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ ۝ سورة الأنبياء: 69
Ayat surah al anbiya 69 ni..baca 7 atau 9 kali.

Air buat minum dan lap badan, tak kira budak-budak, bapa budak, ibu budak, atuk atau nenek budak. Kecuali kalau guna air kelapa muda cukup untuk buat minum je..
Doa ini juga boleh di gunakan / di tambah :

بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النا

Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

Doa ini juga boleh dibaca untuk orang sakit demam panas atau seangkatan dengannya seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.

اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ العظيمِ، فَلاَ تَصْدَعِي الرَّأْسَ، ولا نُتْتِنِيْ الْفَمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ.

Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

Penggunaan bahan lain seperti daun bunga raya juga boleh dilakukan :



Caranya ambil 7 helai daun bunga raya atau lebih, tumbuk halus letakkan di dahi dan dada terutama untuk kanak-kanak. Daun setawar kampung juga boleh digunakan. Daun setawar sesuai untuk penyakit asma pada kanak-kanak.

Untuk daun setawar di ketuk-ketuk lembut sekadar untuk


mengeluarkan lendir pada keseluruhan daunnya. Kamudian letak pada dahi dan dada pesakit.( untuk asma letak pada dada sahaja ) 2 ke 3 helai daun memadai tertakluk kepada saiz daunnya dan daunnya pula tak kira yang tua atau yang muda. Penggunaan air doa dan daun-daun boleh di gabungkan.

Dan satu lagi keadah yang biasa dibuat oleh rawatan us. Iaitu keadah Urut atau Buang Angin..ni kena duduk dalam kelas, buat praktikal, Ia melibatkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti biji lada putih atau bawang putih atau kunyit atau urutan biasa ( ni untuk kanak-kanak ). Dan keadah ini biasa diguna bila keadah-keadah di atas tadi tak memberi bekas atau apa-apa perubahan pada pesakit, ubat-ubatan moden pun dah tak lut dan untuk sakit yang berulang-ulang serta dah lama.

Dan pesanan terakhir disyorkan terlebih dahulu dibaca amalan pembuka seperti surah al-Fatihah, selawat syifa, akhir surah al-Hasyr. Atau boleh ditambah dengan Solat Hajat.




Us HASSAN

DARUL MUALLIJ