PENGIJZAHAN PERAWAT ISLAM

Hanya 10 sahaja sijil ijazah perubatan islam dikeluarkan kepada peserta seminar kursus Mualij Islamiah 13 sesi. Penerima sijil telahpun di'sms' dan sijil akan dihantar melalui pos ekspres atau pos laju.

Calon penerima sijil dipilih berdasarkan:

a. Ujian Tasmik (4 orang)
-menyertai ujian dan tasmik

b. Kehadiran sesi praktikal rawatan (3 orang)
-khusus untuk peserta yang menghadiri rawatan Perdana di Masjid Sg Buaya

c. Memenuhi syarat khusus (3 orang)
- Kesungguhan, pengalaman, kefasihan bacaan dan komitmen

Kepada peserta yang tidak mendapat sijil, semoga dapat meluangkan masa untuk ujian tasmik pada bulan 6 akan datang.

Sanad doa ruqyah hadis: Sebagaimana yang ana perolehi dalam pengijazahan kitab hadis yang enam (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai Dan Ibnu Majah) oleh Maulana Sayyid Salman Al-Hussaini An-Nadwi, yang dihuraikan dan dikhatamkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam An-Nadwi Al-Maliki seperti dalam kitabnya, Al-Awa’il Salmaniah (الأوائل سلمانيه), yang mengandungi setiap satu hadis di dalam kitab hadis imam-imam di atas. Sebahagian besar doa ruqyah dalam Ruqyah Asas 17 Mustaqim adalah bersumber dari hadis.


MUALLIJ (Perawat Islam)

FORUM diskusi Muallij - semua di jemput

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekali lagi di jemput kepada semua untuk sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan di forum

www.muallij.com

'Walahaulawala Quwatailla Billahil 'Aliyiladzim'