KULIAH PAGAR DAN BENTENG DIRI DARI GANGGUAN


~::PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ::~

ALhamdulillah selesai kuliah Rawatan islam Bersiri>Modul II <
♡PAGAR DAN BENTENG DIRI DARI GANGGUAN♡

TARIKH: 31 hb Mac 2o16
TEMPAT: Bilik Kuliah ijazah 
MASA: 9.OO MLM HINGGA 12.3O MLM

" 1 KELUARGA 1 MUALLIJ"

Us Hassan
DARUL MUALLIJ

Kuliah Rawatan Islam Bersiri Sesi V 2o16 DARUL QURAN JAKIM


~::PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ::~

ALHAMDULILLAH...bru selesai kuliah Rawatan islam bersiri Sesi V 2o16

Tarikh: 24hb mac 2o16
Tmpat : dewan kuliah Darul Quran ,Jakim ,KKB
Peserta: Pelajar degree Darul Quran
Masa : 8.3o mlm hingga 12.oo tgh mlm
Modul 1: Asas perawat dan etika perawat
Dalm perubatan islam..


Us Hassan
Darul Muallij




KURSUS RAWATAN ISLAM SESI 1 2016


Alhamdulillah Pusat Rawatan Islam Darul Muallij telah mengadakan kursus rawatan islam dengan jayanya..

HARI :: JUMAAT -ISNIN
TARIKH:: 11HB -14HB MAC 2O16
MASA :: 8.30 AM -12AM


Semoga perawat yang mempelajari untuk merawat diri,keluarga,dsn masyarakat..

Us Hassan
Darul Muallij




ARCHERY KEM REMAJA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ ,KL


AKTIVITI DARUL MUALLIJ ARCHERY ::
Alhamdulillah musim cuti sekolah banyak tempahan dari sekolah2/jabatan/kementrian..dlm pgrm cti sekolah...

PROGRAM : KEM REMAJA 
TEMPAT: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ ,KL
MASA: 9.OO HINGGA 1.OO
TAHNIAH COACH2 DARUL MUALLIJ


US HASSAN
DARUL MUALLIJ ARCHERY

DARUL MUALLIJ ARCHERY :: KEM MEMANAH CUTI SEKOLAH I



DARUL MUALLIJ ARCHERY ::
KEM MEMANAH CUTI SEKOLAH II....



Alhamdulillah Darul Muallij menganjurkan kem Memanah brsama Masjid al Ehsan Ulu Yam secara berkala kepada masyarakat untuk aktivti sunnah..

TEMPAT:: PADANG SASAR MASJID AL EHSAN ULU YAM
TARIKH:: 19HB MAC 2O16
MASA 9.OO PAGI HINGGA 1.OO PETANG








KAEDAH RAWATAN UNTUK SEGALA MASALAH GANGGUAN DIPERUT/ DALAM PERUT

Image result for yogurt bliss
KAEDAH RAWATAN UNTUK SEGALA MASALAH GANGGUAN DIPERUT/ DALAM PERUT::~

Sediakan yogurt apa jnis yogurt kecuali NENAS..

bacakan bismillah 5

🍄بسم الله الرحمن الرحيم..
🍄بسم الله الشافي
🍄بسم الله الكافي
🍄بسم الله الموافي
🍄بسم الله الوافي
🍄بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم...

buat mnum 3 x sehari (pagi⛅️/ptg☀️/mlm🌙)

selama 3 hari


us Hassan
Darul Muallij

Mendekatkan diri kepada ALLAH asbab kesembuhan

TAZKIRAH DARUL MUALLIJ

☘Sudahkah Kamu beramal dengan Amalan kamu setiapHari!☘

Alhamdulillah ,bagaimana pagi ini ahli grup,sudahkah bangun dari tidur dan beramal dengan amalan yang kamu ada!...

Sedangkan kamu semua sudah mengalami kesakitan,gangguan walaoun bersifat emosi dan fizikal...kamu x beramallkah dengan ayat2 Allah yang sudah ada diberikan oleh sahabat2 ,ustaz2 kamu!...

Kamu banyak mngeluh dari beramal....kamu banyak mngeluh dengan sakit daru beramal..kamu banyak mengeluh dengan gangguan dari beramal...kamu x mngeluh kamu lupa nak beramal!

Kita HAMBA ALLAH..BILA dalam kedukaan,kesakitan,masalah hidup maka rujuklah Allah..... dengan cara beramall!

Iaitu amalan Membaca quran....jadikan atat2 Ruqyah srbagai amalan...kerana itulah wasilah kita dengan Allah...

Sesungguhnya Al-Quran itu mulia, maka akan mulia jugalah sesiapa yang membacanya dengan ikhlas dan tawadhuk serta memahami isinya dan mengamalkan ajarannya... Berazamlah untuk membaca Al-Quran setiap hari kerana ia akan menjadi peneman di alam Barzakh nanti...

Al-Quran itu adalah kalam Allah... Diwahyukan kepada Nabi Muhammad SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam untuk menjadi panduan dan ikutan umat seluruhnya... Beruntunglah mereka yang sentiasa bersama dengan Al-Quran dan sentiasa mempelajarinya...  Di dalam hadis baginda Nabi Muhammad SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam ada menyebutkan yang mafhumnya, " Sebaik-baik dikalangan kamu adalah mereka yang belajar tentang al-Quran dan mengajarkannya pada orang lain..."

Ya Allah, jadikan kami dikalangan orang yang membaca dan mempelajari Al-Quran, begitu juga zuriat keturunan kami... Amin...

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa barik wa Sallim~

Us Hassan
Darul Muallij

AMALAN PENDINDING DIRI YANG KEBAL

Image result for PENDINDING DIRI
AMALAN PENDINDING DIRI YANG AMPUH

Kehebatan Al Quran tidak boleh disangkal lagi, malah dapat dilihat masyarakat Islam kini mulai sedar ada benarnya rawatan Islam mampu dan berkesan memulihkan penyakit kronik berbanding dengan rawatan moden.Semuanya dengan izin Allah SWT.

1. Amalkan bacaan surah Al Baqarah selama 3 hari berturut-turut dan sebaik-baiknya dilakukan sekali setiap bulan.

2. Amalkan bacaan surah Yassin setiap pagi dan petang atau sekali sekurang-kurangnya setiap hari.

3. Lazimkan diri membaca surah Ayatul Kursi, Al Muawwizat iaitu 3 Qul [Surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas] setiap kali selesai solat Fardhu dan sebelum tidur.

4. Amalkan terapi mandi ais dan garam yang telah diruqyahkan sentiasa berwudhu walau bukan di waktu solat.

5. Amalkan terapi menggunakan minyak wangi yang telah diruqyahkan pada 32 'point' tubuh badan.

6. Berbekam mengikut tarikh sunnah mulakan amalan pemakanan sunnah pada diri dan keluarga.

7. Amalan zikir yang khusus misalnya manzil,Ratib Al Hadad, Al Mathurat dan sebagainya mengikut kemampuan diri.

8. Membaca Al Quran setiap hari tanpa mengira waktul.

9. Lazimkan diri dengan amalan membaca ayat Manzil,Ruqyah Syariyyah atau ayat-ayat kesembuhan dari Al Quran, sebaik-baiknya 2 kali sehari atau sekali setiap hari.

Secara ringkasnya, amalan ini bertujuan sebagai pendinding diri, malah dalam masa yang sama membantu kesembuhan penyakit fizikal yang lain sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak.

Ust Hassan
Darul Muallij

Hakikat gangguan sebagai Ujian

Image result for ujian hidup

TAZKIRAH RAWATAN ISLAM”

" Ustaz kenapa saya sakit ye? Adik beradik yg lain sihat je, saya je yg kena? Kenapalah orang boleh SIHIR aku?"
* soalan-soalan yg selalu di tanya oleh pesakit-pesakit semasa sesi rawatan...
Allahu Akhbar!!

Mengapa sering bertanya kenapa aku sakit? Kenapa aku di SIHIR? Kenapa keluarga aku?
Ajarlah hati kita untuk bertanya kembali, mengapa Allah yg Maha Berkuasa pilih kita utk menerima ujian dan mengizinkan ianya terjadi...dosa kita kan banyak..selalu ke kita istighfar? Taubat kita Allah terima ke? Amalan kita bagus sgt ke? Bukalah hati kita utk terima & redha dgn ujian yg Allah hantarkan ini..sekurang-kurangnya, inilah peluang kita utk di ampunkan Allah..📌
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

US HASSAN
DARUL MUALLIJ

KAEDAH PERUBATAN ISLAM MENYIMPANG DARI AJARAN ISLAM

Image result for KAEDAH BOMOH
AMALAN PENGUBATAN YANG MEMESONGKAN AQIDAH

Segala pengubatan bersifat spiritual yang tidak Islamik dan biasanya berkaitan dengan sihir.

1.   Pergantungan kepada makhluk halus;

Ø   Jin sebagai perantara
Ø   Memberitahu sesuatu yang tersembunyi
Ø   Istilah khadam / pendamping
Ø   Jin meletakkan syarat yang wajib dipenuhi
Ø   Perjanjian antara  bomoh dengan jin
Ø   Syarat berbentuk amalan, bacaan, ritual
Ø   Matlamat: Mensyirikkan manusia

2. Pembacaan jampi serapah yang berunsur syirik;

Ø   Menyeru kehadiran makhluk halus / puja
Ø   Menyatakan permintaan dan harapan kepada jin
Ø   Bahasa yang tidak difahami
Ø   Kata-kata dusta yang tidak logik
Ø   Kata-kata lucah
Ø   Kadang-kadang dikaburi dengan penggunaan Basmalah, Berkat Lailaha illallah Muhammad Rasulullah

3. Penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran;

Ø   Pengubahan tulisan asal ayat al-Quran
Ø   Percampuran ayat al-Quran dengan jampi
Ø   Membaca ayat al-Quran secara terbalik (Qulhu Songsang)
Ø   Ayat al-Quran dijadikan tangkal
Ø   Al-Quran ditulis dengan tulisan selain Arab

😈4. Pemakaian tangkal dan azimat.


Ø  إن الرقى والتمائم والتولة شرك- Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal2 dan ilmu pengasih itu satu amalan syirik- Hadis  riwayat Ahmad dll drpd Ibn Mas’ud
Ø   Diperbuat daripada kain, benang, kertas timah, tembaga yang bertulis ayat-ayat al-Quran, kalimah Allah, Muhammad dan lain-lain.
Ø   Biasanya bertulis wafak
Ø   Ada yang daripada bahan seperti kayu, bahan daripada binatang seperti taring harimau dan sisik tenggiling, batu (akik, tasbih) dan bahan logam (syiling lama, paku, jarum dan lain-lain)

😈5. Penggunaan bahan-bahan yang kotor dan najis sebagai ubat;

Ø   Allah tidak meletakkan kesembuhan pada sesuatu yang haram
Ø   Sangat sinonim dengan amalan sihir
Ø   Contoh: Minum darah ular untuk sembuh penyakit asma

😈6. Melakukan ritual tertentu seperti penyembelihan, pemujaan, perdupaan, menurun dan sebagainya;

Ø   Menurun :       - Bomoh menjadi medium
             - Jin masuk ke dalam tubuh dan merawat pesakit

Ø   Menyembelih binatang : Memberi makan kepada jin

Ø   Pemujaan : Puja kubur, busut, patung, gambar

Ø   Perdupaan : Menyeru kehadiran jin

😈7. Melakukan sesuatu yang disyariatkan secara tidak betul;

Ø   Kenduri doa selamat sebagai pemutus ubat
Ø   Berpuasa 14 hari berturut-turut
Ø   Bertahajjud 14 malam
Ø   Bersedekah memberi makan 40 orang anak yatim- semuanya dilakukan agar diberikan kebolehan merawat
Ø   Beramal dengan doa2 tertentu utk beroleh khadam

😈8. Memperolehi ilmu pengubatan melalui mimpi;

Ø   Mimpi tidak dapat dipastikan kebenaran melainkan mimpi berjumpa Rasulullah SAW.

Ø   Ilmu yang biasanya dipindahkan melalui mimpi melibatkan saka keturunan (jin).

Ø   Biasanya makhluk yang muncul dalam mimpi tidak dikenali namun berperwatakan alim.

😈9. Melakukan sesuatu yang disyariatkan secara tidak betul;

Ø   Kenduri doa selamat sebagai pemutus ubat
Ø   Berpuasa 14 hari berturut-turut
Ø   Bertahajjud 14 malam
Ø   Bersedekah memberi makan 40 orang anak yatim- semuanya dilakukan agar diberikan kebolehan merawat
Ø   Beramal dengan doa2 tertentu utk beroleh khadam

Us Hassan
Darul Muallij

BEDAH BATIN MENURUT ISLAM

Image result for BEDAH BATIN
Koleksi Pusat Rawatan Islam Darul Muallij::

☘Sejak akhir-akhir ini banyak post fb dan video yang menyebarkan tentang rawatan bedah batin yang mengatakan ianya adalah rawatan islam dan diraikan begitu ramai pesakit kerana untuk sembuh dengan cepat.

☘Di dalam Quran menyebut tentang tayat syifa. ’Sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)

☘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga. - Surah Al-Isra’, Ayat 82

☘Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.

☘Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)

☘Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.

☘Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.

☘Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.

☘Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.

☘Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.

☘Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.

☘Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.

☘Memang ada ulama membenarkan perubatan dengan meminta pertolongan jin antaranya Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa dan ulama Saudi, Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah. Mereka mengharuskan khidmat jin dengan syarat penggunaan pada perkara diharuskan di samping wasilah juga diharuskan syarak.

☘Ini bermakna rawatan menggunakan khidmat jin diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT.

☘Namun, ada pendapat menolak pandangan ini kerana peristiwa Nabi Sulaiman bukan syariat yang ditinggalkan kepada kita.

حسبي الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
Us Hassan
Darul Muallij HQ

JIN YANG SUKA TINGGAL DI DALAM RUMAH

Image result for RUMAH KOSONG
Koleksi Pusat Rawatan Islam Darul Muallij::~
Jin yang Suka Tinggal Di Rumah:-

Kebanyakkan sekumpulan jin yang suka yinggal dirumah adalsh seperti brikut...
1.Rumahnya jarang diduduki
2.ada banyak bilik atau ruangan kosong yang jarang dikunjungi
3.suasananya yang lembap
4.Di dalam rumah tersimpan benda khurafat (azimat,wafak,rajah,dan seumpamanya)
5.Rumah yang banyak patung,loceng dan lukisan makhluk bernyawa.
6.Rumah yang sering digunakan untuk maksiat.
7.Di dalam atau sekitar halaman rumah ditanami atau disembunyikan barang sihir.
8.Rumah tersebut pernah diadakan pemujaan sihir.
9.Rumah yang tidak pernah digunakan untuk ibadah dan tidak pernah disebut nama Allah atasnya.
10.Rumahnya ditinggalkan orang.
11.Rumah yang memiliki bahan2 kotor dan tidak jaga kebersihan dalamnya.
12.Rumahnya yang dahulu dihuni jin kafir
13.Pemilik rumah memiliki khadam.
14.Tanah yang dibangunkan atas tanah perkuburan ,bukan sebab ada arwah menganggu tetapi jin suka tanah perkuburan.

Us Hassan
Darul Muallij

HUKUM MENGAMBIL UPAH RAWATAN ISLAM

Image result for UPAH
Menilai Semula Upah Merawat

Upah dikenakan kerana penggunaan MASA, TENAGA dan KEPERLUAN AM untuk merawat  seperti KENDERAAN, SEWA BANGUNAN, BAYARAN PEMBANTU dll.

Risiko perawat diserang balas oleh BOMOH, JIN dan penyakit tekanan melampau akibat merawat seperti Demam, Strok dan sebagainya amat TINGGI. Siapa pula yang HARUS membayar kos merawat untuk perawat jika perawat pula yang SAKIT?

Adapun merawat penyakit gangguan kebiasaannya mengganggu masa tidur perawat. Bila tidak cukup tidur, tentu akan menjejaskan kesihatan. Sewaktu sakit, perawat tidak berupaya merawat dan hilang sumber pendapatan. Siapa pula yang akan menanggung kos sara diri dan keluarga perawat?

Tidak Salah amik upah..tapi berpatutan dengan kos yang diambil atas kos perjalanan,kos fasiliti dll...tapi melampaui batas ..bukan menyebabkn rawatan islam tidak disukai oleh masyarakat kerana perawat mwngecaj begitu tinggi....

Ustaz akan bincangkn topik ini dari semasa k semasa...

Us Hassan
Darul Muallij

MERAWAT ANAK SAWAN TANGIS

 Image result for BAYI MENANGIS

MERAWAT ANAK SAWAN TANGIS 

Untuk anak sawan tangis perlu diperhatikan simptom-simptom pada baby tersebut sebelum  merawat, kebiasaan sawan tangis, baby akan menangis bila mula waktu ptg, kemudian maghrib dan pada jam 11 semakin kuat, lebih-lebih lagi pada waktu jam 2,3 pagi dan baby akan tidur lena dekat subuh.

Antara Punca Sawan Tangis Ialah :

1. Baby terbuka hijab dan nampak makhluk yang datang menganggu. Baby ketakutan yang amat sangat kerana melihat wajah mereka.

2. Mereka menganggu baby dan baby rasa tak selesa. Walaupun baby berada disamping mak n ayahnya tetapi kalauu dibiarkan tangisan baby semakin kuat.

3. Perhatikan waktu tidurnya. Jika tangan dan kaki baby terkejut sewaktu tidur. Gangguan lebih menyerlah ketika  tidur.

KAEDAH RAWATAN SAWAN TANGIS

1. Ruqyahkan di dada baby biarkan walaupun baby menangis.

2. Jantung baby akan berdenyut kuat kemudian menjadi normal sehingga manzil habis.

3. Gunakan  teknik tarik buang.
4. Tutup hijabnya.
5. Buat mandian dan minuman selama 7 hari insya Allah baby akan  tidur dgn lena.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

kESEMBUHAN MILIK ALLAH


TAZKIRAH MALAM RAWATAN ISLAM

☘Apa yang ustaz ingin cuba sampaikan, tekankan di sini adalah.Dalam memulakan sesuatu rawatan diri tidak kiralah penyakit fizikal atau mistik sekalipun, perkara UTAMA yang perlu menyinggah pada diri kita adalah;

~Adakah rawatan itu berlandaskan syariat Islam atau tidak dan
~Adakah rawatan itu boleh mengakibatkan akidah kita terpesong atau sebaliknya....
KUNCI UTAMA dalam proses kesembuhan adalah

~KEYAKINAN
~KEFAHAMAN
~KESEDARAN
~KEIKHLASAN
~KESUNGGUHAN
~RASA RENDAH DIRI SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH SWT...
☘Tidak kiralah rawatan menggunakan teknologi moden atau Islam sekalipun, a
pabila semua perkara di atas dititikberatkan, insyaAllah Allah akan berikan kesembuhan sesuai dengan usaha hamba itu sendiri dalam proses merawat diri sendiri...

Ingat pesan Ustaz~
☘Allah berikan kita penyakit bukan dengan sia-sia, Allah hadiahkan kita kesakitan bukan dengan sia-sia, Allah berikan nikmat sakit bukan dengan sia-sia.Ingatlah sahabat, ingatan buat diri ni, setiap sesuatu yang berlaku itu bukanlah dengan sia-sia....

Us Hassan
Darul Muallij

Manzil dalam Perubatan Islam

Image result for manzil


Secara ringjasnya...
“Manzil” (منزيل), iaitu sebuah risalah yang mengandungi himpunan ayat-ayat al-Quran yang pernah diajar oleh Rasulullah saw kepada para sahabat r.’a sebagai penawar kepada beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari gangguan jin dan sihir.....
Himpunan ayat-ayat al-Quran, yang dikenali sebagai “Manzil” ini telah disusun oleh Syaikh al-Hadith Mawlana Muhammad Zakariyya al-Kandahalawi...
ayatnya ialah....

1.     Surah al-Fatihah (al-Fatihah: 1-7),
2.     5 ayat pertama surah al-Baqarah (al-Baqarah: 1-5),
3.      Ayat yang bermula dengan “Wa ilahukum ilahum wahid…. (al-Baqarah: 163),
4.      Ayat Kursi dan 2 ayat seterusnya (al-Baqarah: 255-57),
5.      3 ayat terakhir surah al-Baqarah (al-Baqarah: 284-286),
6.      Ayat “ Syahidallah annahu…. (Alu ‘Imran: 18),
7.      Ayat terakhir surah al-Mukminun (al-Mukminu: 115-118),
8.     Ayat dari surah al-Jin (al-Jin: 1-4),
9.      10 ayat pertama surah al-Shaffat (al-Shaffat: 1-11),
10.    3 ayat terakhir surah al-Hasyr (al-Hasyr: 21-24),
11.     Surah al-Ikhlas
12.     Surah al-Falaq
13.      Surah al-Nas.

Ayat-ayat lain ialah;


           1.       Alu ‘Imran: 26-27,
          2.      Al-A’raf: 54-56,
          3.      al-Isra’: 110-111,
          4.      al-Rahman: 33-40,
          5.      al-Kafirun: 1-6.

Us Hassan
Darul Muallij