AMALAN PENDINDING DIRI YANG KEBAL

Image result for PENDINDING DIRI
AMALAN PENDINDING DIRI YANG AMPUH

Kehebatan Al Quran tidak boleh disangkal lagi, malah dapat dilihat masyarakat Islam kini mulai sedar ada benarnya rawatan Islam mampu dan berkesan memulihkan penyakit kronik berbanding dengan rawatan moden.Semuanya dengan izin Allah SWT.

1. Amalkan bacaan surah Al Baqarah selama 3 hari berturut-turut dan sebaik-baiknya dilakukan sekali setiap bulan.

2. Amalkan bacaan surah Yassin setiap pagi dan petang atau sekali sekurang-kurangnya setiap hari.

3. Lazimkan diri membaca surah Ayatul Kursi, Al Muawwizat iaitu 3 Qul [Surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas] setiap kali selesai solat Fardhu dan sebelum tidur.

4. Amalkan terapi mandi ais dan garam yang telah diruqyahkan sentiasa berwudhu walau bukan di waktu solat.

5. Amalkan terapi menggunakan minyak wangi yang telah diruqyahkan pada 32 'point' tubuh badan.

6. Berbekam mengikut tarikh sunnah mulakan amalan pemakanan sunnah pada diri dan keluarga.

7. Amalan zikir yang khusus misalnya manzil,Ratib Al Hadad, Al Mathurat dan sebagainya mengikut kemampuan diri.

8. Membaca Al Quran setiap hari tanpa mengira waktul.

9. Lazimkan diri dengan amalan membaca ayat Manzil,Ruqyah Syariyyah atau ayat-ayat kesembuhan dari Al Quran, sebaik-baiknya 2 kali sehari atau sekali setiap hari.

Secara ringkasnya, amalan ini bertujuan sebagai pendinding diri, malah dalam masa yang sama membantu kesembuhan penyakit fizikal yang lain sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak.

Ust Hassan
Darul Muallij

No comments:

Post a Comment