Mendekatkan diri kepada ALLAH asbab kesembuhan

TAZKIRAH DARUL MUALLIJ

☘Sudahkah Kamu beramal dengan Amalan kamu setiapHari!☘

Alhamdulillah ,bagaimana pagi ini ahli grup,sudahkah bangun dari tidur dan beramal dengan amalan yang kamu ada!...

Sedangkan kamu semua sudah mengalami kesakitan,gangguan walaoun bersifat emosi dan fizikal...kamu x beramallkah dengan ayat2 Allah yang sudah ada diberikan oleh sahabat2 ,ustaz2 kamu!...

Kamu banyak mngeluh dari beramal....kamu banyak mngeluh dengan sakit daru beramal..kamu banyak mengeluh dengan gangguan dari beramal...kamu x mngeluh kamu lupa nak beramal!

Kita HAMBA ALLAH..BILA dalam kedukaan,kesakitan,masalah hidup maka rujuklah Allah..... dengan cara beramall!

Iaitu amalan Membaca quran....jadikan atat2 Ruqyah srbagai amalan...kerana itulah wasilah kita dengan Allah...

Sesungguhnya Al-Quran itu mulia, maka akan mulia jugalah sesiapa yang membacanya dengan ikhlas dan tawadhuk serta memahami isinya dan mengamalkan ajarannya... Berazamlah untuk membaca Al-Quran setiap hari kerana ia akan menjadi peneman di alam Barzakh nanti...

Al-Quran itu adalah kalam Allah... Diwahyukan kepada Nabi Muhammad SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam untuk menjadi panduan dan ikutan umat seluruhnya... Beruntunglah mereka yang sentiasa bersama dengan Al-Quran dan sentiasa mempelajarinya...  Di dalam hadis baginda Nabi Muhammad SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam ada menyebutkan yang mafhumnya, " Sebaik-baik dikalangan kamu adalah mereka yang belajar tentang al-Quran dan mengajarkannya pada orang lain..."

Ya Allah, jadikan kami dikalangan orang yang membaca dan mempelajari Al-Quran, begitu juga zuriat keturunan kami... Amin...

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa barik wa Sallim~

Us Hassan
Darul Muallij

No comments:

Post a Comment