KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM DAN KAMBING SURAU NURUL HIDAYAH PRIMA SELAYANG


 Alhamdulillah Surau Nurul Hidayah ,Prima Selayang dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam Darul Muallij telah mngadakan program penyembelihan ayam sebanyak 31 ekor dan 3 kambing ..
setiap peserta yang mendaftar diwajiban untuk merasai pengalaman menyembelih ...untuk mendapatkn ilmu  pengalaman itu yang penting

Ustaz Hassan Darul Muallij sedang melakukan demo
Zarul Azuan dan Aizat Fathi, selaku perawat Darul Muallij membantu upacara program penyembelihan
Ustaz Hassan menerima cenderahati dari wakil surau Nurul Hidayah
Bersama peserta program
Penyembelihan ayam sedang berlansung
Ustaz Hassan sedang menyampaikan taklimat
Ustaz Hassan dan wakil perawat Darul Muallij Azril sedang melakukan demo penyembelihan

PEMBUKAAN GERAI PAROTA CRISPY OLEH USAHAWAN DARUL MUALLIJ

Alhamdulillah tahniah pada usahawan muda DM..Sue Aini dan Siti Syazwani atas pembukaan gerai parota baru-baru ini.
Sambutan yg diterima sangat menggalakkan yg dtg dr pelbagai peringkat umur. Tpi yg nyata pelajar2 sekolah memang peminat setia parota cheese.
Di buka setiap hari isnin - jumaat jam 10.30 am - 6.30 pm. 
Bersebelahan dgn Sekolah Menengah Tahfiz Saran dan Pasar Mini Zalie.
9/10 Rezeki datang dari perniagaan

Parota terdapat dalam tiga perisa iaitu perisa standart, perisa cheese , 
dan perisa blackpaper.Semuanya sedap belaka :)

Mendapat sambutan menggalakkan
memang sedap!
sunnah berniaga
Jualan parota memang laris

Darul Muallij semakin mantap dengan perkhidmatan rawatan Islam, perkhidmatan memanah, Perrkhidmatan bekam dan yang terbaru DM Food (Parota)
Moga segala usaha usaha diberkati ALLAH ..
Dan yang penting kerana redha dan cinta ALLAH

MISI BANTUAN BANJIR TEAM DARUL MUALLIJ



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~~


Nabi saw telah membuat perumpamaan ikatan kasih sayang sesama muslim itu ibarat satu badan dengan sabda Baginda saw: “ Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, belas kasihan dan keakraban mereka ibarat satu jasad, jika satu anggota badan mengadu sakit maka seluruh anggota lain akan berjaga dan diserang demam.” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya).

Atas nama persaudaraan sesama Islam dan kesedaran terhadap ujian banjir yang melanda pantai timur dan beberapa negeri yang lain, ahli Darul Muallij telah bersama-sama menjadi sukarelawan bagi menghulurkan sedikit tenaga bagi membersihkan kawasan yang dilanda banjir. Beberapa ahli Darul Muallij juga ada yang sudah beberapa kali turun ke Kelantan dan pahang bagi membantu dari segi material dan tenaga.


Ada diantara mereka juga telah bertolak pagi tadi ke Dun yg berbeza dan InsyaAllah esok akan disertai oleh sebilangan besar ahli darul Muallij kesana bersama Unit Amal, Nisaa Shah Alam dan Muslim care


...Moga2 usaha kecil ini menjadi mendapat keredhaan Allah S.W.T.. Mohon DoaNYA...
~Duka Ini Milik Bersama~
~~Sollu Alan Nabiy~~