MAJLIS IJAZAH RAWATAN ISLAM SESI III DARUL QURAN ,JAKIM


Alhmdulillah KULIAH DAN MAJLIS IJAZAH RAWATAN ISLAM SESI III DARUL QURAN ,JAKIM selesai dgn jaya

HARI: SABTU
MASA 9.OO MALAM HNGGA 12.3O MLM
TEMPAT: BILIK KULIAH DQ ,JAKIM


TAHNUAH SEMUA ..DAN TERUSKAN ISTIKOMAH.

Archery Combat SMA Bestari






Alhamdulillah program archery combat begitu meriah bersama Darul Muallij Archery Combat dan PPelajar-pelajar SMA Bestari...
Hari :sabtu
Masa: 9.00 hingga 12 tengahari
TempAT: PADANG SMA BESTARI
Kekuatan: 50 pelajar


Us Hassan
Darul Muallij

Kursus Rawatan Islam untuk Tahun 2016 sesi ke III


Assalamualaikum::~
Insyaallah Pusat Rawatan Islam Darul Muallij akan mengadakan lagi Kursus Rawatan Islam untuk Tahun 2016 sesi ke III::

MODUL RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ::~


MODUL 1 
–ASAS PERAWAT 
MODUL 2 
- PAGAR DAN BENTENG
MODUL 3 
– PENGENALAN ALAM JIN,SIHIR DAN AIR RUQYAH
MODUL 4
– MASALAH SIHIR DAN GANGGUAN SIHIR
MODUL 5
–AMALI RAWATAN DAN KAEDAHNYA
MODUL 6
–RAWATAN GILA/STROKE/KOMA/SUSUK DAN YAASIN
MODUL 7
-SANTAU
MODUL 8
- AMALAN YAASIN 7 MUBIN
MODUL 9
– MASALAH SIHIR DAN KAEDAHNYA
MODUL 10
- RUQYAH SYARRIYAH DAN TALAQQI

Tarikh :: 11 HB MAC 2O16 :: MODUL 1 /2/3
MaSA :: 8.30 MALAM HINGGA 12.3O MALAM
Hari :: JUMAAT

12 HB MAC 2O16:; MODUL 4 DAN 6
2.3O PETANG HINGGA 6.OO PETANG
SABTU

:: MODUL 7 DAN 8
8.3O MALAM HINGGA 12,3O MALAM
SABTU

:: MODUL 5~AMALI DAN PRAKTIKAL
8.30 MALAM HINGGA 12 MALAM
AHAD MALAM

14HB MAC 2O16:: MODUL 9 DAN 10
8.3O MALAM HINGGA 12.3O MALAM
ISNIN 
~ IJAZAH RAWATAN ISLAM BERSANAD DARUL MUALLIJ
~MAJLIS PENUTUP

Tarikh tutup penyertaandmnsara
b Mac 2o16

Tempt:: Dewan Darul Muallij
Untuk maklumat ::hubungi Ustaz Hassan ( 019-2070213 ~TELEGRAM/ 0173281956~WASAP)
Pusat Rawatan Islam Darul Muallij
No 3-1 Bandar Sungai Buaya Rawang,Selangor
www.darulmualij.blogspot.com

“kita berikhtiar Kesembuhan Milik Allah”

Mengapa aku disihir?

Image result for sihir
Sekiranya kita yakin dan menaruh harapan untuk sembuh, maka kita akan sentiasa berusaha ke arah kesembuhan tanpa rasa jemu, lelah dan berputus asa. Orang yang tidak yakin untuk sembuh dari penyakit biasanya tidak akan berusaha ke arah kesembuhan. Akibatnya, ia sukar sembuh.....


Meskipun kita berusaha mencari kesembuhan, belum tentu akan dapat kesembuhan, inikan pula duduk diam tak berbuat apa-apa....


Ada sesetengah kaedah perubatan yang amat bertentang dengan amalan Islam. Apabila kita mengetahui kaedah rawatan ini tidak memenuhi syariat Islam sepenuhnya, maka kita hendaklah meninggalkan kaedah tersebut.....


Contohnya, katakanlah sebagai syarat untuk sembuh dari penyakit kita dikehendaki menjunjung satu patung dan meminta agar kuasa ruh dari patung itu menyembuhkan penyakit kita. Meskipun kaedah ini mungkin boleh mendatangkan kesan positif kepada kesihatan, namun ianya adalah kesalahan paling besar kepada Allah iaitu syirik. Sanggupkah kita membeli kesembuhan dengan menjual tauhid kepada Allah?....

Satu kaedah rawatan yang pada asalnya harus, boleh bertukar menjadi makruh dan akhirnya haram sekiranya ianya melanggar tatasusila dan kesopanan masyarakat setempat....


Selagi anda hidup, selagi itulah ujian-ujian Allah dalam berbagai-bagai bentuk akan dilaksanakan ke atas anda. Tujuannya ialah Allah ingin melihat siapakah yang terbaik di sisiNya....

Dalam kes kita mendapatkan rawatan, hendaklah kita berdoa mendapatkan kesejahteraan dan perlindungan dari Allah sebelum pergi berubat. Dapatkan cadangan dan pandangan dari orang terdekat berkenaan perawat yang bakal ditemui samada perawat mengamalkan perubatan mengikut syarak atau menggunakan pertolongan makhluk halus....

Daripada kesimpulan rahmat-rahmat yang telah kita kecapi setelah melalui proses-proses penyembuhan:...

1. Dapat lebih mengenali Allah berbanding dahulu.

2. Dapat meletakkan kasih kepada Allah dan rasulnya mengatasi kasih kepada dunia.

3. Dapat merasakan kasih sayang kepada semua makhluk terutama sesama manusia.

4. Dapat merasakan penderitaan orang lain.

5. Dapat merasakan kenikmatan dan keseronokan hidup dalam banyak perkara.

6. Dapat membuat amalan-amalan kerohanian secara lebih istiqamah (konsistent)

7. Dapat jadi perawat yang selalu mendoakan kebaikan dan kesejahteraan manusia walaupun musuh.

8. Dapat memaafkan kesalahan sesama manusia tanpa hati merasa sakit.

9. Dapat sumber rezeki baru dengan menjual ubat-ubatan.

10. Dapat mengeluarkan produk kesihatan sendiri.

11. Dan banyak lagi nikmat-nikmat yang lain yang sekiranya dimasukkan, mungkin tak cukup ruangan....


Rumah didiami Jin

Image result for rumah jin
Koleksi Pusat Rawatan Islam Darul Muallij::~

Jin yang Suka Tinggal Di Rumah:-
Kebanyakkan sekumpulan jin yang suka yinggal dirumah adalsh seperti brikut...
1.Rumahnya jarang diduduki
2.ada banyak bilik atau ruangan kosong yang jarang dikunjungi
3.suasananya yang lembap
4.Di dalam rumah tersimpan benda khurafat (azimat,wafak,rajah,dan seumpamanya)
5.Rumah yang banyak patung,loceng dan lukisan makhluk bernyawa.
6.Rumah yang sering digunakan untuk maksiat.
7.Di dalam atau sekitar halaman rumah ditanami atau disembunyikan barang sihir.
8.Rumah tersebut pernah diadakan pemujaan sihir.
9.Rumah yang tidak pernah digunakan untuk ibadah dan tidak pernah disebut nama Allah atasnya.
10.Rumahnya ditinggalkan orang.
11.Rumah yang memiliki bahan2 kotor dan tidak jaga kebersihan dalamnya.
12.Rumahnya yang dahulu dihuni jin kafir
13.Pemilik rumah memiliki khadam.
14.Tanah yang dibangunkan atas tanah perkuburan ,bukan sebab ada arwah menganggu tetapi jin suka tanah perkuburan.

Us Hassan
Darul Muallij

Ubat terbaik merawat gangguan Jin

Bagi perawat dan pesakit..
Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesem buhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat bina tang bisa juga racun.....

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.....

Ubat yang terbaik untuk perawat dan pesakit...adalah..
Membacakan Al-Qur’an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur’an akan merapatkan lagi hubungan seseorang dengan Allah..


Ayat AlQuran diturunkan sebagai peringatan untuk sekalian Alam... manusia dan jin,
sbb tu jin pun siap boleh hafal ayat lagi Ayat Quran...dan siap betulkan kita lagi kalau salah... jin ada islam , ada kafir..buddha, hindu , hidup spt manusia..yg sama berkongsi mendiami bumi ini...pada alam yang berlainan.....

Yang mencegah Gangguan jin bkn Ayat..
Tapi Keikhlasan kita minta Pada Allah... Minta perlindungan daripada Allah.... Allah yang lindungi kita... Kalau dah penuh Keikhlasan dan ketawakalan kita bergantung pada Allah... baca Bismillah pun Syaitan takut...

Kalau kena ganngguan kita sibuk nak baca ayat tu ayat ni... kelam kabut berterabur baca pun tapi nak baca jugak...sbb apa? sbb kita percaya ayat tu mampu halau jin... tapi yg peliknyanya jin ni siap betulkan kita baca dan boleh gelakkan lagi... sbb berjaya takutkan kita berjaya permainkan kita...kita lagi tambah takut... lagi tambah pelik... kenapa ayat nie tak mujarab ke?... sbb apa? sbb jin pun agama islam...Ayat Alquran bkn utk manusia shj,,,utk panduan dan peringatan sekalian Alam.
manusia dan jin...

Us Hassan Darul Muallij

Kaedah Merawat Demam menurut ISLAM

Rawatan Demam

Image result for DEMAM

1.Baca pada air biasa / mineral,/air zam-zam atau air kelapa muda - Fatihah 41x

2. قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ ۝ سورة الأنبياء: 69
Ayat surah al anbiya 69 ni..baca 7 atau 9 kali.

Air buat minum dan lap badan, tak kira budak-budak, bapa budak, ibu budak, atuk atau nenek budak. Kecuali kalau guna air kelapa muda cukup untuk buat minum je..
Doa ini juga boleh di gunakan / di tambah :

بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النا

Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

Doa ini juga boleh dibaca untuk orang sakit demam panas atau seangkatan dengannya seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.

اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ العظيمِ، فَلاَ تَصْدَعِي الرَّأْسَ، ولا نُتْتِنِيْ الْفَمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ.

Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

Penggunaan bahan lain seperti daun bunga raya juga boleh dilakukan :

 Caranya ambil 7 helai 🍃daun bunga raya🌺 atau lebih, tumbuk halus letakkan di dahi dan dada terutama untuk kanak-kanak. Daun setawar 🍀kampung juga boleh digunakan. Daun setawar sesuai untuk penyakit asma pada kanak-kanak.

Untuk daun setawar di ketuk-ketuk lembut sekadar untuk mengeluarkan lendir pada keseluruhan daunnya. Kamudian letak pada dahi dan dada pesakit.( untuk asma letak pada dada sahaja ) 2 ke 3 helai daun memadai tertakluk kepada saiz daunnya dan daunnya pula tak kira yang tua atau yang muda. Penggunaan air doa dan daun-daun boleh di gabungkan.

Dan satu lagi keadah yang biasa dibuat oleh rawatan us. Iaitu keadah Urut atau Buang Angin..ni kena duduk dalam kelas, buat praktikal, Ia melibatkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti biji lada putih atau bawang putih atau kunyit atau urutan biasa ( ni untuk kanak-kanak ). Dan keadah ini biasa diguna bila keadah-keadah di atas tadi tak memberi bekas atau apa-apa perubahan pada pesakit, ubat-ubatan moden pun dah tak lut dan untuk sakit yang berulang-ulang serta dah lama.

Dan pesanan terakhir disyorkan terlebih dahulu dibaca amalan pembuka seperti surah al-Fatihah, selawat syifa, akhir surah al-Hasyr. Atau boleh ditambah dengan Solat Hajat.


Us HASSAN, DARUL MUALLIJ

Salah beramal mengundang Jin sebagai pendamping

SOAL JAWAB BERSAMA USTAZ HASSAN
Ada yg amal ayat 3 QUL,  Ayat Kursi...pasang pendinding ,pagar rumah konon nak elak gangguan jin/syaitan... tapi gangguan makin teruk?... sbb apa? sbb baca tanpa niat kerana Allah... benda ni ada disekeliling kita bila dgr je kita minta perlindungan terus dorg offer diri tanpa rela......sbb apa? kita minta perlindungan dgn beramal dgn ayat itu... dan percaya ayat ini mampu menghalau gangguan...itu salah itu yg membuat jin tertarik dgn kita... dorg mmg tak sabar menyumbang bakti berkhimat dgn tuan yg baru....

Tapi kalau kita tawakal dan dapatkan keikhlasan dulu pada Allah dahulu dlm bahasa yg paling kita mudah faham bahasa melayu sekalipun atau ikut suka la bahasa apa janji kita faham......Mohon perlindungan Allah dari gangguan Makhluknya,,, In Shaa Allah baca Ayat apa pun menjadi..
segala kekuasan hanya pada Allah, bukan pada ayat, bukan pada makhluk.. perawat-perawat pun ada yg kena rasuk... sbb apa?

jadi mohon pada Allah dgn sebenar-sebenarnya... Mohon pada Allah dgn penuh kesedaran bahwa kita hambanya yang lemah yang sentiasa melakukan kezaliman pada diri sendiri... Hanya pada Allah tuhan yg kami sembah dan hanya pada Allah kami memohon pertolongan..tiada daya upaya melainkan dgn izinnya... itulah asas pada setiap perubatan...pendinding dan amalan...
Allah menjadikan kita sakit bukanlah bertujuan untuk kita cepat-cepat mendapatkan kesembuhan. Tujuan utama ialah untuk kita lalui proses-proses yang dituntut untuk mendapatkan kesembuhan.......


Apabila proses-proses ini dilalui, maka disitulah Allah akan menurunkan rahmat-rahmatnya kepada kita. Jika kita berputus asa dan berhenti mencari kesembuhan, maka dua kali malanglah kita. Penyakit tak sembuh, rahmat tak dapat....

Mungkin dalam proses mencari kesembuhan kita terpaksa menghabiskan banyak masa berjumpa dengan berpuluh-puluh orang perawat dari seluruh pelusuk negara. Kita juga mungkin mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak sehingga membawa kepada kemiskinan....


Perkara dan peristiwa yang berlaku kepada kita semua baik-baik belaka, maka setiap proses mencari kesembuhan dapat kita lalui dengan tenang dan gembira. Malah kita akan mendapat ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman baru yang amat berguna, yang mana sukar kita dapatkannya di dalam kebiasaan kehidupan harian......

Sekiranya kita yakin dan menaruh harapan untuk sembuh, maka kita akan sentiasa berusaha ke arah kesembuhan tanpa rasa jemu, lelah dan berputus asa. Orang yang tidak yakin untuk sembuh dari penyakit biasanya tidak akan berusaha ke arah kesembuhan. Akibatnya, ia sukar sembuh.....

Meskipun kita berusaha mencari kesembuhan, belum tentu akan dapat kesembuhan, inikan pula duduk diam tak berbuat apa-apa....

Ustaz Hassan, Darul Muallij 2016