Mengapa aku disihir?

Image result for sihir
Sekiranya kita yakin dan menaruh harapan untuk sembuh, maka kita akan sentiasa berusaha ke arah kesembuhan tanpa rasa jemu, lelah dan berputus asa. Orang yang tidak yakin untuk sembuh dari penyakit biasanya tidak akan berusaha ke arah kesembuhan. Akibatnya, ia sukar sembuh.....


Meskipun kita berusaha mencari kesembuhan, belum tentu akan dapat kesembuhan, inikan pula duduk diam tak berbuat apa-apa....


Ada sesetengah kaedah perubatan yang amat bertentang dengan amalan Islam. Apabila kita mengetahui kaedah rawatan ini tidak memenuhi syariat Islam sepenuhnya, maka kita hendaklah meninggalkan kaedah tersebut.....


Contohnya, katakanlah sebagai syarat untuk sembuh dari penyakit kita dikehendaki menjunjung satu patung dan meminta agar kuasa ruh dari patung itu menyembuhkan penyakit kita. Meskipun kaedah ini mungkin boleh mendatangkan kesan positif kepada kesihatan, namun ianya adalah kesalahan paling besar kepada Allah iaitu syirik. Sanggupkah kita membeli kesembuhan dengan menjual tauhid kepada Allah?....

Satu kaedah rawatan yang pada asalnya harus, boleh bertukar menjadi makruh dan akhirnya haram sekiranya ianya melanggar tatasusila dan kesopanan masyarakat setempat....


Selagi anda hidup, selagi itulah ujian-ujian Allah dalam berbagai-bagai bentuk akan dilaksanakan ke atas anda. Tujuannya ialah Allah ingin melihat siapakah yang terbaik di sisiNya....

Dalam kes kita mendapatkan rawatan, hendaklah kita berdoa mendapatkan kesejahteraan dan perlindungan dari Allah sebelum pergi berubat. Dapatkan cadangan dan pandangan dari orang terdekat berkenaan perawat yang bakal ditemui samada perawat mengamalkan perubatan mengikut syarak atau menggunakan pertolongan makhluk halus....

Daripada kesimpulan rahmat-rahmat yang telah kita kecapi setelah melalui proses-proses penyembuhan:...

1. Dapat lebih mengenali Allah berbanding dahulu.

2. Dapat meletakkan kasih kepada Allah dan rasulnya mengatasi kasih kepada dunia.

3. Dapat merasakan kasih sayang kepada semua makhluk terutama sesama manusia.

4. Dapat merasakan penderitaan orang lain.

5. Dapat merasakan kenikmatan dan keseronokan hidup dalam banyak perkara.

6. Dapat membuat amalan-amalan kerohanian secara lebih istiqamah (konsistent)

7. Dapat jadi perawat yang selalu mendoakan kebaikan dan kesejahteraan manusia walaupun musuh.

8. Dapat memaafkan kesalahan sesama manusia tanpa hati merasa sakit.

9. Dapat sumber rezeki baru dengan menjual ubat-ubatan.

10. Dapat mengeluarkan produk kesihatan sendiri.

11. Dan banyak lagi nikmat-nikmat yang lain yang sekiranya dimasukkan, mungkin tak cukup ruangan....


No comments:

Post a Comment