UCAPAN HARI RAYA MENGIKUT SUNNAH

Hampir semua ucapan Aidil Fitri yang beredar saat ini tidak ada riwayatnya,
Ianya juga dikatakan sama sekali tidak bersumber dari sunnah Baginda Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasssalam, melainkan merupakan ‘urf(kebiasaan) yang ada di suatu masyarakat. 

Contoh ucapan:
"minal ‘aidin wal faizin"
“Selamat Hari Raya Aidil Fitri – Mohon Maaf Lahir & Batin”
Maka adakah berdosa jika kita mengucapkannya?
Tentu tidak , kerana ucapan ini juga baik. Jadi bagaimana untuk mendapatkan pahala sunnah semasa menyambut Hari Raya.

DISARANKAN Selain ucapan yang sering kita ucapkan ketika Aidil Fitri adalah lebih baik kita dahului dengan
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

Apabila bertemu, para sahabat Baginda Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasssalam sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan
berkata:
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
(Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu)
(Hadis riwayat Ahmad).

Sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Baginda Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasssalambertemu di hari raya,
sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
(Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu)
Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271.
Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Dan dengan kesempatan ini saya mengucapkan :

"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
“Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
Mohon Maaf Zahir & Batin”
Sekiranya terdapat apa apa kesalahan, kesilapan dan tulisan,sama ada secara sedar atau tidak sedar yang saya telah lakukan selama kita mengenali.