DARUL MUALLIJ ARCHERY Kelab Memanah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


PROGRAM MEMANAH DARUL MUALLIJ ARCHERY BERSAMA KELAB MEMANAH MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN ,PUTRAJAYA DENGAN KERJASAMA AQLA ALBARUTUNJI.....
Alhamdulillah ..seramai hampir lbih kurang 100 peserta ahli kelab Memanah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam usaha untuk memartabatkan sukan sunnah ....kami DaRUL Muallij archery dijmput untuk melatih secara bermodul,aktiviti dan juga bersijil insyaallah.....
tahniah kepada pihak Aqla kerana kerjasama bagi pihaknya....archery 4 all

Jurulatih Zarul Azuan dan Syazwani

Sedang menunjukkan cara untuk fokus kepada peserta cilik

Jurulatih Azril bersama peserta cilik

Us Hassan bersama Aqla al Barutunji

Aktiviti sedang berlansung

Demo memasang bow

Masing2 menunjukkan kehebatan skill

Pesrta cukup enjoy!

DARUL MUALLIJ ARCHERY Program Memanah Tahfiz Mutqan Seri Muda

Peserta dari kalangan adik-adik tahfiz Mutqan 
Program Memanah Mutqan
Jam : 8 pagi -12 tghari
hari : Sabtu
Tarikh: 21/2/2015

Tempat: Mutqan Seri Muda
Kekuatan: 40 peserta.
Jurulatih Darul Muallij archery yang terlibat :
syazwani, azril, aizat fathi, rizuan, zarul azuan

Belajar teknik memanah yang betul

Juralatih sedang menjalankan tugas

 Tahniah kepada adik-adik tahfiz Mutqan..moga membesar sebagai pejuang ISLAM yang tsabat  dalam perjuangan ISLAM

Sesi senaman regangan sebelum latihan bermula

Tunjuk ajar dari jurulatih 

Kursus Rawatan Islam untuk Tahun 2015

Assalamualaikum Berita baik untuk anda semua!!
Insyaa ALLAH Pusat Rawatan Islam Darul Muallij akan mengadakan 
Kursus Rawatan Islam untuk Tahun 2015
Jom mantapkan ilmu rawatan ISLAM anda!

MODUL ASAS PERAWAT 
MODUL 1 
 ASAS PERAWAT 
 MODUL 2 
 PAGAR DAN BENTENG
 MODUL 3 
  PENGENALAN ALAM JIN,SIHIR DAN AIR RUQYAH
 MODUL 4
 MASALAH SIHIR DAN GANGGUAN SIHIR


 MODUL 5
 AMALI RAWATAN DAN KAEDAHNYA
 MODUL 6
 RAWATAN GILA/STROKE/KOMA/SUSUK DAN YAASIN
 MODUL 7
SANTAU
 MODUL 8
 AMALAN YAASIN 7 MUBIN
 MODUL 9
 MASALAH SIHIR DAN KAEDAHNYA
 MODUL 10
RUQYAH SYARRIYAH DAN TALAQQI


 
Tarikh :: 27 hb Februari
Masa:: 8.3o malam hingga 11.oo malam
Modul:: modul 1 dan modul 2
Tempat:; Dewan Darul Muallij

Tarikh :: 28hb Februari
MAsa:: 8.30 malam hingga 11.00 malam
MOdul: modul 3 dan modul 4
Tempt:: Dewan Darul Muallij

Untuk maklumat ::hubungi Ustaz Hassan
( 019-2070213 ~telegram/wasap sahaja)

Pusat Rawatan Islam Darul Muallij
No 3-1 Bandar Sungai Buaya Rawang,Selangor

www.darulmualij.blogspot.com

“kita berikhtiar Kesembuhan Milik Allah”

ADAB MURID TERHADAP GURU



BICARA DARUL MUALLIJ::
~Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya, maka iaitu :


  • Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu.
  • Jangan membanyakkan bercakap-cakap dihadapan gurunya.
  • Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  • Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
  • Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata "si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu".
  • Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya, maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  • Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  • Jangan ia berpaling kekiri dan kekanan dihadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan     kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  • Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  • Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  • Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  • Jangan bertanya kepada gurunya ditengah jalan sehingga ia sampai kerumahnya atau ketempat duduknya.
  • Jangan ia jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengajarkan suatu pekerjaan  yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama), maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dan dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa bagi Nabi Khidir alaihima Salam.....


(dari al-Imam al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)

Alfaqiru ilallah..

alfatihah buat Tuan Guru haji Abdul rahman bin Ahmad alfathoni

MERAWAT DENGAN BAHAN NAJIS DAN KOTOR


MERAWAT DENGAN BAHAN NAJIS/KOTOR

Islam menganjurkan kepada umatnya kehidupan yang sihat dan menggalakkan supaya berubat apabila mengalami kesakitan. Ini sejajar dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi :
Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah ::

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubat baginya. "
Namun perkembangan ilmu perubatan yang berjalan seiring dengan keperluan zaman menyaksikan timbulnya kepelbagaian dalam merawati penyakit. Kajian demi kajian akhirnya menatijahkan penggunaan alat dan wasilah yang pelbagai juga aliran perubatan yang bermacam-macam. Tidak kira perubatan moden (alloypathy) atau pun perubatan alternative, akhirnya terjebak dalam penggunaan bahan-bahan yang tidak sah dari segi syariat Islam. Secara jelasnya timbulnya penggunaan najis dalam mengubati penyakit. Adakah ini dibenarkan oleh Islam atau tidak, memerlukan penekunan kita dalam mengkaji dan mengeluarkan hukum secara tepat.


~~Anjuran berubat dengan benda yang suci ::~~

Sebelum kita meneruskan perbincangan kita, di sini didatangkan beberapa hadis mengenai penggunaan elemen yang kotor dalam perubatan. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud) Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas‘ud katanya: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari) Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: 2

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)


Us Hassan Darul Muallij

DARUL MUALLIJ ARCHERY Program Memanah Untuk Remaja Masjid Arrahimah Kuala Kubu Bharu


Alhamdulillah program Memanah Untuk Remaja di Masjid Arrahimah ,
Kuala Kubu Bharu berjalan seperti yang dirancangkan.

Tarikh:: 15 Februari 2015
Masa:: jam 9.oo pagi hingga 12 tengahari
Hari::ahad
Anjuran :: MASjid Arrahimah ,kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Darul Muallij Archery
Kekuatan :: 40 remaja





  

DARUL MUALLIJ ARCHERY PROGRAM TEKNIK MEMANAH ANJURAN NISA' HULU SELANGOR

Barisan ahli Nisa' Hulu Selangor

Alhamdulillah Program Teknik Memanah

Tarikh:: 14haribulan Februari 2015
Tempat:: Taman Millenium Kuala Kubu Bharu
Waktu :: 9.00 pagi hingga 1 petang
Darul Muallij Archery telah menjalankan Klinik Memanah anjuran Nisa" Hulu 

Selangor 

bertempat di Taman Millenium Kuala Kubu Baru. 



Alhamdulillah muslimah cintakan sunnah

Moga  muslimah Nisa' bakal menjadi pejuang ISLAM yang sebenarnya

Sesi penerangan oleh ustaz Hassan

Klinik ini dijalankan atas inisiatif pihak NGO Nisa' Hulu Selangor 

yang ingin mengembangkan dan mempelajari teknik memanah 

dalam kalangan anak muda.

Semoga sunah ini dapat terus bersama kita kembangkan dalam masyarakat.


mempelajari teknik memanah yang betul

begitu bersemangat sekali

AKTIVITI MEMANAH SK SUNGAI BUAYA



Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, penubuhan sekaligus perasamian kelab memanah SK Sungai Isap yg diterajui oleh Ustaz Hussin sebagai Ketua Guru Penasihat Sekaligus Jurulatih Utama Kelab Memanah.
Untuk Pengetahuan semua Kelab Memanah SK Sungai Isap adalah cawangan Darul Muallij Archery di Kuantan.
Moga2 usaha ini mendapat redha ALLAH taala..

Barisan peserta kelab memanah SK Sungai Isap
Sesi Latihan memanah sedang berlansung

Buat pertama kali penubuhan kelab memanah ini dianggotai oleh 70 orang murid dari SK Sungai Isap dan juga orang luar yang berminat dengan sukan memanah..
Alhamdulillah sambutan yg amat memberansangkan diraih buat kali pertama penubuhannya di Kuantan..
Segala Puji Hanya Bagi ALLAH ..
 Sunnah memanah ini semakin mendapat tempat di hati kanak2 dan juga remaja..
Ustaz Hussin sedang memberi tunjuk ajar