ADAB MURID TERHADAP GURU



BICARA DARUL MUALLIJ::
~Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya, maka iaitu :


  • Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu.
  • Jangan membanyakkan bercakap-cakap dihadapan gurunya.
  • Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  • Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
  • Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata "si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu".
  • Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya, maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  • Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  • Jangan ia berpaling kekiri dan kekanan dihadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan     kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  • Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  • Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  • Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  • Jangan bertanya kepada gurunya ditengah jalan sehingga ia sampai kerumahnya atau ketempat duduknya.
  • Jangan ia jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengajarkan suatu pekerjaan  yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama), maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dan dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa bagi Nabi Khidir alaihima Salam.....


(dari al-Imam al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)

Alfaqiru ilallah..

alfatihah buat Tuan Guru haji Abdul rahman bin Ahmad alfathoni

No comments:

Post a Comment