MERAWAT DENGAN BAHAN NAJIS DAN KOTOR


MERAWAT DENGAN BAHAN NAJIS/KOTOR

Islam menganjurkan kepada umatnya kehidupan yang sihat dan menggalakkan supaya berubat apabila mengalami kesakitan. Ini sejajar dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi :
Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah ::

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubat baginya. "
Namun perkembangan ilmu perubatan yang berjalan seiring dengan keperluan zaman menyaksikan timbulnya kepelbagaian dalam merawati penyakit. Kajian demi kajian akhirnya menatijahkan penggunaan alat dan wasilah yang pelbagai juga aliran perubatan yang bermacam-macam. Tidak kira perubatan moden (alloypathy) atau pun perubatan alternative, akhirnya terjebak dalam penggunaan bahan-bahan yang tidak sah dari segi syariat Islam. Secara jelasnya timbulnya penggunaan najis dalam mengubati penyakit. Adakah ini dibenarkan oleh Islam atau tidak, memerlukan penekunan kita dalam mengkaji dan mengeluarkan hukum secara tepat.


~~Anjuran berubat dengan benda yang suci ::~~

Sebelum kita meneruskan perbincangan kita, di sini didatangkan beberapa hadis mengenai penggunaan elemen yang kotor dalam perubatan. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud) Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas‘ud katanya: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari) Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: 2

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)


Us Hassan Darul Muallij

No comments:

Post a Comment