Aktiviti Memanah Bengkel dan Praktikal , Masjid al Ittisam TTDI Jaya

Berita Darul.Muallij Archery::
~Alhamdulillah Masjid Ittisam TTDI Jaya telah bekerjasama dgn DMA dalam karnival yang dianjurkn MPP
Pada : Ahad
Tarikh : 24 Mei 2015
Tmpt : Masjid Al Ittisam TTDI Jaya

Acars ini bjln pd jam 9 hngga 1 ptg .dgn pnuh kmeriahan....








Hukum Menggunakan Pelaris Dalam Perniagaan


Setiap rezeki manusia di dunia ini datangnya daripada Allah s.w.t. Islam menetapkan panduan yang jelas bahawa penggunaan benda lain khususnya azimat dan tangkal bagi menarik perhatian pembeli adalah tidak dibenarkan.Masyarakat Islam seharusnya faham mengenai hal itu dan tidak sepatutnya meminta pertolongan daripada sumber lain.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengambil selain daripada Allah beberapa sekutu (berhala), mereka itu mengasihinya seperti mengasihi Allah. Tetapi orang-orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Jika orang-orang yang zalim mengetahui, ketika mereka melihat seksaan (nescaya) sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya

(Surah al-Baqarah ayat 165).


Allah menjelaskan ada kalangan umat Islam menyembah Allah tetapi dalam masa sama mereka mempercayai perkara lain yang mampu melariskan perniagaan mereka.Perbuatan berkenaan dikira mempersekutukan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya, mereka aniaya di muka bumi, tetapi Dia menurunkan dengan kadar (yang tertentu), menurut kehendak-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala hamba-Nya
(Surah Asy-Syuura ayat 27).

Jika kita faham perniagaan satu ibadah, pasti seseorang itu menjaga akhlaknya dan sentiasa positif dengan persaingan.

Ramai sahabat Rasulullah s.a.w berjaya sebagai usahawan walaupun mereka menghadapi pelbagai kesukaran.Malah, boleh dikatakan Rasulullah s.a.w melahirkan masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah.Keuntungan dalam perniagaan menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam.Saidina Ali menyatakan dalam warkahnya kepada Malik bin al-Haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor Mesir: “Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperoleh keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat”Namun, keuntungan harus diperoleh melalui usaha yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan Islam.

“Jelas, Nabi Muhammad s.a.w melarang sebarang penggunaan tangkal seperti benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan bagi tujuan mendapat faedah yang diharamkan,” usahawan Muslim perlu mempunyai ilmu perniagaan sebelum menceburi bidang yang mencabar itu dan berniat untuk membantu agama.“Apabila dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, pastikan ia dibelanjakan dengan cara halal kerana mereka membawa amanah daripada Allah.

“Jika membuka perniagaan restoran atau kafe, pastikan kita menyediakan tempat yang selesa, makanan yang bersih dan sedap supaya pelanggan berpuas hati.“Tidak boleh menerbitkan perasaan dengki atau iri hati dengan pesaing lain. Kita dibolehkan ‘tercabar’ dengan perkhidmatan baik yang ditawarkan itu dan berusaha memperbaiki kekurangan untuk menjadi lebih baik darinya,”


Alfaqiru ilallah
Darul Muallij HQ

Darul Muallij Archery Masjid Tengku Panglima Perang Kuantan

Alhamdulillah
Telah berlangsung aktiviti memanah Darul Muallij Archery cawangan Kuantan di masjid Tngku panglima perang,sungai karang kuantan..Mendapat sambutan ramai dibawah pimpinan Ustaz Hussin Ishak.




Kursus Rawatan Islam

Alhamdulillah selesai kursus rawatan islam grup yang 3 2o15..moga berjaya menjadi perawat untuk diri srndiri,keluarga dan masyarakat..
TAHNIAH peserta semua!!
 





 

Kisah Rawatan Islam

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ::


Kisah rawatan islam ::

Semalam mendapat panggilan dri seorang pesakit menceritakan bahawa mereka mengalami mcam2 dugaan kesakitan dan sminggu ni rumah mereka duduki tidak bekalan air sedangkn air dirumah jiran mereka masih ada mengalir tanpa catuan .Menjadi tanda Tanya pada mereka apa yang berlaku pada rumah mereka.

Mereka pun menyiasat satu persatu dihalaman rumah mereka,sedangkan bil sudah bayar dan sbagainya .Satu hari mereka telah mengupah tukang rumah untuk memeriksa tangki air diatas loteng rumah mereka.dan mereka terkejut besar kerana mereka dapati dalam tong air besar dalam loteng tu kain putih selebar sebagaimana kain putih menqafankn jenazah . Mereka terkejut kerana didapti juga pada kain itu kesan2 najis manusia. Apabila berlku mereka hubungi us untuk tindakan lanjut supaya tiada kesan mudharat pada kluarga mereka……

Alhmdulillah setelah ditawarkandgn kaedah tawar barang sihir..mereka sihat dngn izin ALLAH
Macam2 org sihir kita yea
pagarlah diri sndiri,ahli keluarga dan rumah dari kejahatan manusia dan kejahatan jin…..





Ijazah Perubatan Islam Darul Muallij BekamCARE Teluk Mas

Alhmdulillah...mendapat pengijazahan daripada Darul Mualij...semoga dapat memberi khidmat dan manfaat kpd masyarakat setempat, terutama di perkampungan kami di teluk mas..aminDarul Mualij adalah pusat rawatan yg diikhtiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)Alhmdulillah, terima kasih Ustaz Hassan diatas ilmu yg diberi kpd kami


Rawatan bedah batin menurut Islam


Pusat Rawatan Islam Darul Muallij::


Sejak akhir-akhir ini banyak post fb dan video yang menyebarkan tentang rawatan bedah batin yang mengatakan ianya adalah rawatan islam dan diraikan begitu ramai pesakit kerana untuk sembuh dengan cepat.


Di dalam Quran menyebut tentang tayat syifa. ’Sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga. - Surah Al-Isra’, Ayat 82


Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.


Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)


Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.


Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.

Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.


Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.


Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.


Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.


Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.


Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.


Memang ada ulama membenarkan perubatan dengan meminta pertolongan jin antaranya Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa dan ulama Saudi, Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah. Mereka mengharuskan khidmat jin dengan syarat penggunaan pada perkara diharuskan di samping wasilah juga diharuskan syarak.


Ini bermakna rawatan menggunakan khidmat jin diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT.


Namun, ada pendapat menolak pandangan ini kerana peristiwa Nabi Sulaiman bukan syariat yang ditinggalkan kepada kita.


حسبي الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير


Darul Muallij HQ



Program Memanah Sekolah REndah Agama Bukit Sentosa Fasa II

> DMA News Update<
Assalamualaikum~

Alhamdulillah...selesai sudah program DMA di Sekolah REndah Agama Bukit Sentosa Fasa III ,pada Ahad 10 Mei 2015.Semoga meraka mendapat banyak manfaat daripada sukan ini.
Berminat utk menyewa alatan memanah dr kami? Jangan segan silu.. Boleh hubungi Ustaz Hassan Ishak di 019-2070213 Utk butiran lanjut..






RAWATAN ISLAM PERDANA KALI KE 10

Rawatan Islam Darul Muallij::
Alhamdulillah selesai program yang berlangsung semalam dengan jayanya...
pagi ~seminar rawatan islam petang~rawatan utk pesakit




Kelab Memanah Darul Muallij Archery Masjid Riadussolihin Seksyen 17 Shah Alam

BERITA DARUL MUALLIJ::
~Insyaa ALLAH DArul Muallij Archery tekah membuka cawangan setrusnya di Seksyen 17 ,Shah Alam...untuk pendaftaran,aktivti boleh join sekarang...

Archery 4 Sunnah
#Penasihat DMA