Hukum Menggunakan Pelaris Dalam Perniagaan


Setiap rezeki manusia di dunia ini datangnya daripada Allah s.w.t. Islam menetapkan panduan yang jelas bahawa penggunaan benda lain khususnya azimat dan tangkal bagi menarik perhatian pembeli adalah tidak dibenarkan.Masyarakat Islam seharusnya faham mengenai hal itu dan tidak sepatutnya meminta pertolongan daripada sumber lain.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengambil selain daripada Allah beberapa sekutu (berhala), mereka itu mengasihinya seperti mengasihi Allah. Tetapi orang-orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Jika orang-orang yang zalim mengetahui, ketika mereka melihat seksaan (nescaya) sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya

(Surah al-Baqarah ayat 165).


Allah menjelaskan ada kalangan umat Islam menyembah Allah tetapi dalam masa sama mereka mempercayai perkara lain yang mampu melariskan perniagaan mereka.Perbuatan berkenaan dikira mempersekutukan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya, mereka aniaya di muka bumi, tetapi Dia menurunkan dengan kadar (yang tertentu), menurut kehendak-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala hamba-Nya
(Surah Asy-Syuura ayat 27).

Jika kita faham perniagaan satu ibadah, pasti seseorang itu menjaga akhlaknya dan sentiasa positif dengan persaingan.

Ramai sahabat Rasulullah s.a.w berjaya sebagai usahawan walaupun mereka menghadapi pelbagai kesukaran.Malah, boleh dikatakan Rasulullah s.a.w melahirkan masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah.Keuntungan dalam perniagaan menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam.Saidina Ali menyatakan dalam warkahnya kepada Malik bin al-Haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor Mesir: “Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperoleh keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat”Namun, keuntungan harus diperoleh melalui usaha yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan Islam.

“Jelas, Nabi Muhammad s.a.w melarang sebarang penggunaan tangkal seperti benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan bagi tujuan mendapat faedah yang diharamkan,” usahawan Muslim perlu mempunyai ilmu perniagaan sebelum menceburi bidang yang mencabar itu dan berniat untuk membantu agama.“Apabila dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, pastikan ia dibelanjakan dengan cara halal kerana mereka membawa amanah daripada Allah.

“Jika membuka perniagaan restoran atau kafe, pastikan kita menyediakan tempat yang selesa, makanan yang bersih dan sedap supaya pelanggan berpuas hati.“Tidak boleh menerbitkan perasaan dengki atau iri hati dengan pesaing lain. Kita dibolehkan ‘tercabar’ dengan perkhidmatan baik yang ditawarkan itu dan berusaha memperbaiki kekurangan untuk menjadi lebih baik darinya,”


Alfaqiru ilallah
Darul Muallij HQ

No comments:

Post a Comment