Berkahwin dengan Jin
Ada
seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah
berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun
damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya
dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya
ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia,
berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh
menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah
S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan
makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis
adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya
daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam
sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah
berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis
ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah
berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan
hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman
Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan
bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu
mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan
rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup
manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih
sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan
jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak
nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak
tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan
terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur
ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku
perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan
jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus,
yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah
agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah.
Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar
bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa
dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu
mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka
sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran,
menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau
di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga
ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah
dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah
perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”
Wallahu’alam….
Ustaz Hassan
DARUL MUALLIJ
Labels:
Alam Jin
Kaedah buang saka
Untuk perawat dan merawat diri sendiri.
1) Solat hajat 2 raka'at kerana Allah Taala. Raka'at pertama baca ayat
kursiy, raka'at kedua baca surah ketiga-tiga ayat 3 qul yakni an-nas,
al-falaq dan al-ikhlas. Selesai solat, wirid la ilaha illallah seberapa
banyak yang mungkin dan akhir sekali baca al-fatihah 21 kali. Kemudia
berdoa yakni Doa Pengisytiharan contohnya:
"bahawasanya Ya Allah, saya tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mahupun
khadam yang berada bersama saya dan harta benda saya. Hanya kepadamu Ya
Allah aku memohon pertolongan dan kepadaMu jua aku kembali."
2) Pengumuman. Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan
berkhadam sentiasa berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang
seperti ini, maka kalau nak tolong pun sudah tidak boleh kerana diri
sendiri yang berhajat. Cara buat declaration/ pengumuman berikut dengan
suara yang jelas:
"Saya, mewakili diri saya, ahli
keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa,
kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara
kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam
ilmu yang diwariskan/diberikan/ diijazahkan
kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi.
Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika
begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu
tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan serambi madinah. Di
sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."
3) Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat/dipasung pada barang
tersebut. Ambil kayu/besi sebatang dan garis-gariskan di barang tersebut
sambil membaca surah Al-Fath 1-3, al-Furqan 23 dan ayat bismillah 5.
Niatkan untuk membuka kunci ikatan.
Ayat Bismillah 5
Surah Al-Furqan : 23
Surah al-Fath: 1-3
4) Baca ayat surah al-naml ayat 30-31 dan tiup di tapak tangan.
Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan/barang dan buang.
Sebut Allahu akbar.
5) Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,
a) Jin/khadam akan keluar dan pergi ke serambi madinah. Atau
b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.
5) Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam.
Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman.
InsyaAllah.
Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.
us Hassan
darul muallij
Labels:
Kaedah Rawatan
RAWATAN BAGI DEMAM
(Apa-apa je jenis demam )
1.Baca pada air biasa / mineral,air zam-zam atau air kelapa muda - Fatihah 41x
2. قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ سورة الأنبياء: 69
Ayat surah al anbiya 69 ni..baca 7 atau 9 kali.
Air buat minum dan lap badan, tak kira budak-budak, bapa budak, ibu budak, atuk atau nenek budak. Kecuali kalau guna air kelapa muda cukup untuk buat minum je..
Doa ini juga boleh di gunakan / di tambah :
بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النا
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.
Doa ini juga boleh dibaca untuk orang sakit demam panas atau seangkatan dengannya seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.
اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ العظيمِ، فَلاَ تَصْدَعِي الرَّأْسَ، ولا نُتْتِنِيْ الْفَمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ.
Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.
Penggunaan bahan lain seperti daun bunga raya juga boleh dilakukan :
Caranya ambil 7 helai daun bunga raya atau lebih, tumbuk halus letakkan di dahi dan dada terutama untuk kanak-kanak. Daun setawar kampung juga boleh digunakan. Daun setawar sesuai untuk penyakit asma pada kanak-kanak.
Untuk daun setawar di ketuk-ketuk lembut sekadar untuk
mengeluarkan lendir pada keseluruhan daunnya. Kamudian letak pada dahi dan dada pesakit.( untuk asma letak pada dada sahaja ) 2 ke 3 helai daun memadai tertakluk kepada saiz daunnya dan daunnya pula tak kira yang tua atau yang muda. Penggunaan air doa dan daun-daun boleh di gabungkan.
Dan satu lagi keadah yang biasa dibuat oleh rawatan us. Iaitu keadah Urut atau Buang Angin..ni kena duduk dalam kelas, buat praktikal, Ia melibatkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti biji lada putih atau bawang putih atau kunyit atau urutan biasa ( ni untuk kanak-kanak ). Dan keadah ini biasa diguna bila keadah-keadah di atas tadi tak memberi bekas atau apa-apa perubahan pada pesakit, ubat-ubatan moden pun dah tak lut dan untuk sakit yang berulang-ulang serta dah lama.
Dan pesanan terakhir disyorkan terlebih dahulu dibaca amalan pembuka seperti surah al-Fatihah, selawat syifa, akhir surah al-Hasyr. Atau boleh ditambah dengan Solat Hajat.
Us HASSAN
DARUL MUALLIJ
Labels:
Kaedah Rawatan
Doa pelembut hati
Masalah anak nakal, hyperaktif, kaki lepak,
berjinak-jinak dengan sahabat nakal, ada potensi bakal jadi bohjan,
bohsia, mat rempit, kupu-kupu malam adalah antara masalah yang sering
berlaku di zaman ini dan merungsingkan ibu bapa di mana ibu bapa mula
menyalahkan anaknya atas terjadi semua ini, Ada juga yang menyalahkan
takdir.
Sebenarnya, semua ini berlaku kerana hampir 70% isteri bekerja dan bekerjaya. Maka masa untuk anak-anak sudah diabaikan. Namun dalam islam telah mengajar kita satu ilmu yang telah lama dipinggirkan sejak ahli kaunseling yang tidak ada asas kelulusan agama, tidak ada pengetahuan tentang al-quran dan hadis telah mengambil alih peranan ini.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha).
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
BACA SURAH AL-FATIHAH
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (3) مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (7)
** اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ DIULANG 10 KALI AYAT
PEMECAH KEBUNTUAN (AL-HASYR:21-24):
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24)
BACA AYAT 1-5 SURAH TAHA
طه (1) مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (2) إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى (3) تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى (4) الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (5)
kemudian baca doa pelembut hati di bawah
اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
KEMUDIAN TIUPKAN KE AIR
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
Jenis air yang boleh digunakan:
1. Air Zam-zam
2. Air Kolah Masjid (tempat berwuduk)
3. Air Bacaan Yaasin beramai-ramai pada malam jumaat.
4. Air wuduk ibu bapa (syarat pengambilan air basuhan ialah 4 anggota wajib.

Subscribe to:
Posts (Atom)