PENYAKIT GATAL KULIT



Anda sakit gatal kulit? kusta? kurap? Ubatinya seperti yang diperintahkanNya kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod ayat ke-42

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

“Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Kaedahnya:

1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya) atau;

2. Mandi dengan limau purut setiap hari atau;

3. Mandi dengan larutan sesudu garam atau tawas atau;

4. Mandi dengan campuran segenggam tanah (bukan macam nak samak)

5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya)(perubatan tradisional melayu)

Sebelum mandi, hentakkan kaki ke bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub dalam wahyu ilahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi, doanya ialah:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ)

Jangan lupa buat zikir 83 kali selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu:
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

14 August 2010


Tujuh Langkah Mengubati Penyakit Kulit


Tujuh Langkah Mengubati Penyakit Kulit perlu dituruti untuk mengubati penyakit kulit atau kegatalan selepas rawatan ruqyah dan bekam dibuat. Ini kerana apabila seseorang telah diruqyah, sihir atau gangguan jin telah hilang dan pergi namun yang tinggal hanya bekas di anggota badan. Ramai perawat tertinggal kaedah ini selepas meruqyah dan membekam (atau tidak tahu kaedah petua tradisional dan pengantar perubatan Islam)

1. Dengar cd ruqyah
Selepas proses ruqyah bersama perawat, pesakit hendaklah sentiasa mendengar ayat ruqyah dari cd atau rakaman sepanjang tempoh rawatan ini.

2. Baju sutera dan baju linen/nilon
Dalam tempoh rawatan di atas, baju sutera dipakai waktu tidur. Adakah baju sutera dilarang untuk lelaki? Ya, malah diharamkan kecuali bagi penyakit kulit!
Baju linen dan nilon pula dipakai pada hari siang. Jika memakai kain kapas, maka lambat sembuh. Muallij Mustaqim tak suruh orang sihat pakai, untuk org gatal satu badan je, Kalau gatal kat hujung jari, tak payah pakai!

Ikuti langkah seterusnya. Ianya mengambil masa 3 minggu.

3. Mandian Limau Purut dan Akar Kelapa
Untuk 3 hari yang pertama, mandian limau purut dibuat pada sebelah petang manakala mandian rebusan akar kelapa dibuat pada waktu pagi. Ia adalah mandian bilasan terakhir dan bukan mandian permulaan. Barang yang diperlukan ialah:

a. air ruqyah
b. limau purut 9 biji (3 biji setiap hari)
c. Akar pokok kelapa (panjang 2 jengkal sebanyak 5 batang dan direbus)

4. Tanah atau sarang angkut-angkut
Untuk hari ke 4, mandian air tanah perlu dibuat jika kegatalan kulit itu seluruh badan. Kaedahnya sama sepeti samak:
Langkah 1: 3 baldi air paip
Langkah 2: 1 baldi air tanah
Langkah 3: 2 baldi air kolah 2 masjid
Langkah 4: 1 baldi air ruqyah

Manakala jika tempat gatal itu cuma sedikit, dapatkan sarang angkut-angkut dan lumatkan dengan air liur dan cuma disapu ditempat gatal dan dibiarkan sejam sebelum bilas.

5. Madu
Selepas mandian air tanah tadi, lumurkan badan atau anggota yang gatal/berkudis/berkurap dengan madu. Lakukan di waktu pagi selepas solat subuh dan biarkan sehingga 1 jam minimum dan 3 jam maksimum.
Proses lumur madu ini dibuat selama 3 hari.

6. Inai (Henna)
Pada waktu malam pula, dapatkan daun inai sama ada yang dijual dikedai dalam bentuk botol ubat gigi ataupun dari daun inai yang ditumbuk sendiri. Air pati daun inai dilumur ke badan sejam sebelum tidur.
Proses ini dilakukan selama seminggu.

7. Mandian Daun Bidara
Selepas habis proses lumur inai selama 7 malam, kemudian pada waktu pagi, mandi dengan daun bidara (atau sabun daun bidara jika sukar nak dapatkan daun bidara). Mandian dengan daun bidara dengan melumatkan daun dengan tangan (gosok) dan sapu daun itu ke seluruh badan. Sebanyak 7 helai daun diperlukan bagi sekali mandian.
Mandi dengan daun bidara pada pagi dan petang selama 3 hari.
**boleh guna daun ketapang jika gagal mencari daun atau sabun bidara.

Pantang semasa tempoh rawatan.

1. Makan makanan laut kecuali ikan. Ikan perkasam dilarang!
2. Makan apa saja telur
3. Makan makanan peram, perkasam dan jeruk.
4. Buat maksiat termasuklah merempit mahupun pakai pakaian seksa mata hati.
5. Pakai baju kain kapas/cotton.
6. Percaya kepada tuah barang mistik
7. Tinggalkan solat kecuali haid.

Digalakkan....

1. makan kurma ajwah setiap pagi sebanyak 7 biji. Jika tidak mampu, kurma yusuf tayyob pun boleh.
2. Puasa sunat sepanjang tempoh rawatan (jika berdaya, jika tidak.. buat puasa Nabi Daud yakni selang sehari)
3. Minum madu 3 sudu selepas dan sebelum tidur.
4. Mendengar cd ruqyah sebelum tidur dan lebih afdal pada pagi, petang dan malam.
5. Minum susu kambing
6. Makan habatus sauda (dari bijirin untuk dikunyah kerana enzim kunyahan lebih baik dari minuman).
7. Zikir dan solat tahajjud.

Selepas 21 hari atau seminggu dalam rawatan, mungkin akan terhasil parut kasar. Gunakan minyak zaitun untuk sapuan. Bukan minyak olive johnson n johnson atau safi dan yang sewaktu dengannya.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya sedang sakit kulit yg gatal teruk...ada tak pusat perubatan yg boleh ubati sakit saya.

    ReplyDelete
  3. Petua yang kerap digunakan untuk masalah kulit berpanau adalah dengan bawang putih dan aloe vera.
    Semoga boleh membantu bersama.

    ReplyDelete