Kaedah Rawatan Islam Darul Mualli


Kaedah Rawatan Islam Darul Muallij::~
Antara kaedah yang boleh diamalkan untk pendinding bagi perawat/pesakit/orang awam;

1. Berwuduk
Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.
Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita....
Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.....

2.berdoa dengan doa penggerak
"Bismillahi lazi la yadhuruhu maasmihi saiun fi ardhi wala fi samaai wahuwa samiun aliim."
Setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.

3. Ayt kursyi...
membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t....

Us Hassan
Darul Muallij

No comments:

Post a Comment