Apakah hukum memakai tangkal @ azimat ?

PERSOALAN :
Apakah hukum memakai tangkal @ azimat?Ada pendapat mengatakan harus sebagai ikhtiar selagi iktiqad meyakini segala yang berlaku dengan izin Allah?


JAWAPAN :
Penggunaan Tankal dan azimat.. berhubung dengan perkara-perkara yang bida'ah dan khurafat. Bolehkah kiranya diberikan keterangan dengan lebih lanjut berkenaan dengan :- ng1. Hukum menggunakan tangkal ( seperti yang diperbuat dari limau dan kemenyan ) 2. Tangkal ini ada yang dibuat sebagai 'pagar rumah' dengan menanam atau menggantung di pintu-pintu rumah 







Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan. 

Dalil-dalil yang mengharamkannya: 

1. maksud hadis,"sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya" HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154. 

2. maksud al hadis,"sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik." HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156 

3. maksud alhadis,"sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik." HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530. 

Syarah/Penjelasan: 

1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat. Firman Allah, "Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya." maksud ayat Surah Yunus:107 

2. Furqan:3 3. anNaml: 65 4. alA'araf: 188 

---------------------------------- 


Segolongan fuqaha' mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur'an: 

1. al Khitobi (Fathul-Majid, ms 126) 2. Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara: * ianya berbentuk ayat alQur'an * dengan bahasa Arab * i'tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua. 

Rumusan: 1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al Azhar) 

2. Tangkal dan azimat yang diperbuat selain ayat alQuran tidak boleh dibolehkan (fatwa Ibn Hajar) 

3. Tangkal dari buah limau dan kemenyan serta pagar rumah perlu dinilai dengan pendapat ulama' di atas.. 

Rujukan: Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa musykilatul Hayah Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat Fi Risalah atTa'alim Ibn Hajar, Fathul Bari Imam Ahmad, alMusnad Imam Ahmad Ibn Hanbal 


3. Membakar asap kemenyan dan mengasap seluruh rumah dan orang yang 'sakit' 

------------------------------------- 

Jawab: Wangi-wangian termasuk hal yang disukai oleh RasuluLlah saw termasuklah bau kemenyan. Dari Anas bin Malik RA, "adalah bagi RasuluLlah itu sukkah (wangian campuran misk), di mana baginda berwangian dengannya." (Termidzi) 

Menjadi kebiasaan di zaman RasuluLlah saw bila ada kematian, maka semerbaklah bau gaharu untuk memberi keharuman bagi pengunjung dan mendatangkan rasa syahdu. Bahkan majlis-majlis ilmu dan pertemuan juga disunatkan berwangi-wangian. 

Oleh itu jika pembakaran kemenyan dan gaharu untuk keharuman semata-mata, maka ia adalah sunnah. Jika ada kerana lain, maka sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam agama, maka ia adalah tertolak. 

4. Mandi bunga / memakai minyak wangi dan meminum air yang telah dijampi (tidak diketahui apa yang telah dijampi) 

--------------------------------------------------- Jawab: 

Pertama: Persoalan mandi bunga dan minyak wangi. 

Kepercayaan kita terhadap sesuatu dikeliling kita hendaklah dalam batas-batas yang wajar. Misalnya kita percaya dengan khasiat minyak gamat, khasiat tongkat ali kerana kelebihan istimewa yang ada padanya. 

Begitu juga dengan mandi bunga dan wangi-wangian. Kita tahu mandi bunga dan wangian menyegarkan badan dan memulihkan semangat dan tenaga. Ia di amalkan oleh masyarakat turun temurun. Setakat itulah kepercayaan kita. Misalnya kepercayaan kita terhadap keris. Kita percaya keris adalah senjata yang terbaik untuk zaman kepahlawanan Melayu purba. Dengan ada keris di pinggang kita, kita percaya kita dapat mempertahankan diri dan memberi keyakinan bila berdepan dengan musuh. Tapi kita tidak percaya keris itu ada kuasa sakti; begitu juga dengan mandi bunga dan minyak wangi. Jika kita percaya dengan kadar yang wajar, maka tiada masalah untuk mandi bunga. Kita tidak boleh percaya melebihi daripada itu kerana ia masuk ke dalam daerah khurafat.

Kedua: Minum air yang dijampi. 

Jampi dan mentera dalam bahasa Arab ialah arruqyah atau al udzah. Menurut Ibn Mandzur (Lisanul Arab, Jld 5, ms 34)," al udzah, al ma'adzah, atta'widz, atau ruqyah adalah jampi yang dipergunakan orang untuk melindungi diri dari terkejut ketakutan atau gila bertujuan berlindung dengannya." 

Jampi-jampi ini sudah lama di amalkan oleh manusia sebelum kedatangan Islam dan ia mengandungi kata-kata yang tidak dimengerti, atau memuja dan menyeru pertolongan jin dan iblis. Jika ia berasal dari kaum musyrik sudah tentu ia mengandungi jampi yang mengandungi nama-nama Dewa-dewa mereka. 

Maka Islam telah mengganti jampi berupa ayat-ayat alQur'an, asma Allah serta hadis-hadis tertentu. Misalnya Dari Abi Sa'id al Khudri RA, meriwayatkan bahawa ketika Jibrael AS datang kepada Nabi saw beliau dalam keadaan kurang sihat, lalu dijampi oleh Jibrael dan ini ada diriwayatkan dalam kitab sahih Muslim akan matan jampi itu. 

Maka syarat jampi dalam islam ialah sama dengan syarat untuk tangkal iaitu: - asma' Allah atau do'a yang ma'thur atau ayat alQur'an - jampi dalam bahasa Arab; jika menggunakan bahasa lain ialah yang dimengerti oleh pesakit - iktiqad bahawa jampi itu sebagai alat sahaja bukan penyebab. 

Rujukan:
1. fathul Bari (Ibn Hajar asqalani) 
2. al farawal hadisiah (Ibn Hajar al Haithami al Syafi'iyah)
Ustaz Hasan Darul Muallij

1 comment:

  1. Saya tak jelas dan ini penting.sebagai contoh isteri saya memakai kemenyan yang di lekatkan di perut supaya hantu raya yang di gunakan oleh bosnya tidak menggangunya.kerana bila hantu raya menganggu dia akan dimarahi oleh bosnya walau tanpa apa2 sebab.macamana hukum memakainya ustaz.bantulah saya

    ReplyDelete