Kaedah merawat histeria

Ramai pula yang tanya bagaimana kaedah merawat histeria. Dengan ini, ana pamerkan beberapa panduan khususnya untuk guru-guru, pensyarah kolej dan universiti selesaikan. Kembalilah ke al-Quran wahai doktor cemerlang didikan USA, London, dan negara Kristian pro Yahudi serta dari negara 5.

Asas
1. Pada asasnya, hendaklah asingkan orang yang terkena histeria jauh dari orang ramai. Mangsa histeria biasanya terkena histeria di khalayak ramai dan ini memungkinkan berjangkitnya kepada orang lain yang lemah semangat. Cari PESAKIT yang mula-mula sekali terkena histeria!!
2. Baca al-fatihah dan ayat kursi.
3. Baca surah Al-Hasyr
4. Ha mim

6. Doa tepuk belakang belikat iaitu:
بِسْمِ اللهِ رَبِّيْ اللهِ حَسْبِيَ اللهُ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهُ إعْتِصَمْتُ بِاللهِ فَوَضَّتُ أَمْرِيْ إِلَى الله مَاشَاءَ اللهُ لاَ قوَّةَ إِلاَّ بِالله
Atau
بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ
Atau
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ كُنْ فَيَكُونُ مَاشَاءَ اللهُ قَدِيرٌ اَبَدًا اَبَدًا

Histeria Kecilan:
1. Asingkan mangsa histeria ke ruang yang lain
2. Bercakap dengan bahasa yang baik pada mangsa histeria agar bertenang
3. Jangan diikat, digari atau pukul mangsa histeria
4. Muallij membaca ayat pendinding. Jika tidak sempat, minimumkan bacaan bismillahirrahmanirrahim sudah memadai.
5. Jika bekesempatan, pagarlah di muka pintu atau kawasan dengan membaca:-
Yaasin ayat 9 (buat isyarat dengan jari telunjuk)
6. Tepuk dahi pesakit sambil membaca selawat tafrijiah dan ha mim
7. Baca doa penggerak dan tekan di titik-titik sendi bermula dari ubun-ubun hingga ke hujung kaki. Jika perempuan, cukup sekadar menepuk belakangnya.
8. Jika masih berterusan, kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan seperti gambarajah di antara tulang belikat.

Histeria Besar-besaran:
1. Elakkan campur tangan tukang sihir dan bomoh.
2. Pasang cd ruqyah dengan speaker kuat. Kalau tak ada stok cd ruqyah, boleh beli dari ana ataupun kalau tak ada peruntukan, bolehlah baca ayat qursi atau azan kuat-kuat secara beramai-ramai.
3. Cari mangsa yang paling agresif, tunjuk dengan jari sambil baca Yaasin ayat 9
4. Kejar dan cekup belakang lehernya dan jatuhkannya, bacakan surah al-namlu ayat 30-31. Tepuk ubun-ubunnya sambil membaca selawat tafrijiah
5. Kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan seperti gambarajah di antara tulang belikat.
6. Suruh orang berhampiran pegang mangsa sambil membacakan surah al-falaq dan ha mim berulang-ulang kali sambil menyuruhnya tidur selepas habis bacaan.
7. Cari lagi mangsa agresif kedua dan seterusnya.

Kesan dari amalan ilmu yang diajar ini
Pro = Kesannya ialah jimat duit tak payah telefon perawat atau bomoh aka mbah dukun.
Con = Mungkin tak boleh setel kes tu sebab cikgu-cikgu atau lecturer belum dapat ijazah perubatan islam.

Jazam
Nak jazam juga ke? X payah la, cukuplah perawat bidan terjun ini amalkan zikir berikut 100x selepas solat maghrib dan subuh. Ada dua saja zikirnya, baca dua-dua sekali setiap satu 100x iaitu:
لَا إِلَه إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُل شَيْء قَدِيْر
dan
سُبْحَانَ الله، وَالْحَمْدُ لله، وَلَا إِلَهَ إِلا اللهُ، وَالله أَكْبَرُ

 
Ustaz Hasan Darul Muallij

1 comment: