RAWATAN ISLAM PENYAKIT KULIT

Bukan gambar sebenar kejadian

Pesakit semalam yang dirawat oleh team kami menghadapi satu penyakit misteri. Disebabkan banyak tempat dah di ikhtiar keluarga utk dirawat, maka dia cuba berikhtiar bekam juga sebagai rawatan islam. Pesakit mempunyai penyakit kulit yg kritikal.. Tapi misteri..misteri dari segi wujudnya penyakit kulit tu bermusim.. Penyakit ni dideritai pesakit sejak umur 12 tahun.. Dia punya kulit tu nak katanya melepuh kemerah merahan tanpa sebarang sebab.. Di kaki di pinggang di tangan dan di muka
Kaki nya membengkak sehingga sukar untuk pesakit menggerakkan kakinya.. Yang lebih kritikal sebelum ni.. 


Sehinggakan kulit yang luka itu bernanah hampir seluruh badan.. Sehinggakan terpaksa di masukkan ke wad utk dibalut kan tangan dan kaki dan juga anggota yg terkena penyakit kulit tersebut.. Yang aneh, apabila Dr hospital tidak dapat mengesahkn penyakit yang dideritai pesakit.. Memang sedih tgokk keadaan pesakit.. Tidak dapat nak berjalan sempurna solat pun diatas kerusi.. Umur baru 25 tahun

Nk katanya kulit tu ibarat mcm luka eksiden yg teruk.. Sgt merah.. Kata ibu dia penyakit ni..datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu je.. Jika hilang, memang tak nampk macam mempunyai penyakit kulit

Kami mulakan rawatan dengan membekam dan teknik sedutan menggunakan cup bekam di kawasan kulit yang tidak mempunyai sakit.. Setelah selesai, kami mulakan rukyah dan pesakit muntah sewaktu rukyah, sedawa dan juga mengeluarkan bunyi hisssing sound... Macam bunyi ularr

Kami teruskan dengan teknik tarik dan buang di sekitar kaki dan badan pesakit.. Alhamdulillah pesakit merasa lega sedikit... Kaki terasa ringan sikit berbanding sebelum rawatan.. Badan pesakit juga makin kurang panas berbanding sebelum rawatan kami. Pesakit mengamalkan mandian daun bidara.

No comments:

Post a Comment