Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu

DARUL MUALLIJ ARCHERY NEWS UPDATE




Ayuh semua ke Temasya Zaman Kegemilangan Empayar Melayu pada 13 & 14 Disember 2014 sempena cuti sekolah di Ladang Alam Warisan. Peluang yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak anda dengan memberi pendedahan kepada mereka kepada sejarah warisan bangsa Melayu dan juga riadah sunnah seperti memanah dan berkuda.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk seisi keluarga. Antara aktivitinya adalah:


1. Taman Tema Mini untuk kanak-kanak bermandi-manda (soopa
doopa & giant bubble)
2. Permainan tradisional seperti congkak, galah panjang, & baling tin
3. Sukaneka
4. Santai Berkuda & Memanah
5. Pameran & Jualan
6. Persembahan Nasyid & Qasidah
7. Persembahan kebudayaan
8. Seminar dan majlis ilmu mengenai Zaman Kegemilangan Melayu
9. Pertandingan Silat Tari & Busana Terindah


Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir.


Jumpa anda di sana In sha Allah

No comments:

Post a Comment